Pages

Ads 468x60px

Labels

DIGAM STESEN TV, AFIQ MUIZ MASIH ARTIS RESIDEN


KUALA LUMPUR, 19 OGOS 2013: Matlamat rumah produksi, Global Station Sdn Bhd memperkenalkan artis residennya yang pertama, Afiq Muiz dilihat seperti sia-sia. Lebih-lebih lagi apabila Afiq Muiz telah dikaitkan dengan isu anak derhaka yang menjadi perhatian umum sehingga dia digam oleh stesen-stesen televisyen.
Tetapi sebagai seorang produser yang dari awal meyakini kebolehan dan potensi yang ada pada juara Kacak Bergaya 2010 itu, Datin Zaiton Mohd Jiwa atau Kak Ton melihat perkara ini dari sudut yang cukup positif. Malah dia tidak merasa rugi bila mana artis residennya itu hanya kekal sekadar pada nama namun, tidak muncul di dalam produk terbitan Global Station Sdn Bhd yang lain.
perkara ini telah dikongsi oleh Kak Ton yang juga kakak ipar kepada Dato` Siti Nurhaliza kepada portal Murai pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Global Station Sdn Bhd yang cukuo mendapat perhatian setelah menerbitkan drama bersiri Adam & Hawa.
"Sehingga saat ini, Afiq masih kekal sebagai artis residen Global Station Sdn Bhd. Tiada sebab untuk saya menggugurkan atau menggantung status Afiq yang akan berakhir Februari tahun depan, iaitu tempoh masa setahun kontrak dia dengan syarikat produksi ini.

"Memang penonton dan peminat yang mengetahui bertanya kenapa tiada kemunculan Afiq dalam drama-drama kami setelah mengetahui bahawa dia telah menjadi artis residen produksi ini. Namun, rasanya ramai yang sudah maklum dengan isu dan kontroversi yang melibatkan dia dengan ibunya sehingga ada stesen televisyen yang menggam dia.
"Kami hanya menunggu jika dapat sebarang perkembangan positif mengenai hal ini serta berharap Afiq juga mengambil perkara ini sebagai iktibar. Jika dia tidak lagi digam stesen televisyen, barulah kami boleh membariskan wajahnya dalam sebarang projek yang sedang diusahakan kini.
"Kalau masih kena gam, saya buat apa-apa projek yang ada dia pun, sudah tentu ianya tak dapat ditayangkan. Saya harap isu ini akan pulih demi kebaikan semua pihak,"ujar Zaiton yang mesra disapa Kak Ton mengenai Afiq Muiz.
Selain itu Kak Ton memberitahu bahawa Afiq Muiz berjaya memikat hatinya untuk menjadi artis residen Global Station Sdn Bhd setelah melihat tingkah laku dan peribadinya yang tidak sombong dan bakatnya yang besar dalam dunia lakonan.
Namun, setelah tercetusnya isu dan kontroversi yang melibatkan dia dengan ibunya, Kak Ton turut memainkan peranan dengan menasihatinya untuk menjernihkan kembali hubungan antara dia dan ibunya.
"Saya panggil dia tempoh hari apabila cerita mengenainya tiba-tiba menjadi perhatian dan yang kurang enaknya ia merupakan perkara atau isu yang tidak elok. Saya berikan nasihat agar dia menjadikan ini pengajaran terbesar dalam hidupnya.
"Jangan sekali-sekali bercakap buruk tentang ibu kita walau bagaimana teruk pun kita rasa tentang dia. Untuk Afiq, diharapkan persengketaan ini dapat diselesaikan sempena mengambil keberkatan Syawal ini untuk menjernihkan kembali hubungan di antara dia dengan ibunya.
"Pertama kali diperkenalkan kepada saya, saya dapat rasa Afiq ini orang yang lurus, tidak pandai berbuat jahat. Dia mahu belajar dan ikhlas dalam menjalani sesuatu perkara. Kerana itu saya yakin dengannya dan jadikan dia artis residen kami.
"Apa-apa pun bagi sesiapa yang bergelar artis baru, saya nasihati anda supaya jagalah disiplin dan tingkah laku agar permulaan karier anda diingati dek kerana keperibadian yang begini, bukan dengan isu negatif yang boleh merosakkan reputasi serta kekal diingatan masyarakat,"ujarnya kepada murai.com.my.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...