Pages

Ads 468x60px

Labels

Kisah Nyata : Miss France VS Wanita Bercadar



Miss France bertanya kepada Wanita Muslimah yang berniqab :”Apa gunanya kamu menutupi seluruh badan dan muka dengan cara yang tidak masuk akal seperti itu?”


Muslimah berniqab kemudian menjawab: “Dan engkau, apakah manfaat yang anda dapat dengan menanggalkan baju di hadapan seluruh rakyat Perancis, bukankah hal seperti itu jauh lebih tidak masuk akal? “

Dari sini sudah kelihatan siapa yang benar. Fikir-fikirkanlah baik buruknya.

Pertandingan Ulangtahun Perkahwinan Fizo Omar & Mawar



Pasangan paling menjadi perhatian peminat, Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim bakal menyambut ulangtahun perkahwinan pada 10 November ini dengan tema ‘Seindah Ikatan Cinta MawarFizo’


So, menjelang sebulan sebelum sambutan tersebut berlangsung, pihak pengurusan Fareeda telah mengadakan Pertandingan 'Berposing Ala MawarFizo’ bermula sejak 13 Oktober lalu.

Pertandingan ini memerlukan para peminat menghantar Gambar Penyertaan, Nama Peserta, No. Telefon, Alamat, Nama Facebook beserta resit pembelian Tudung Fareeda ke ikatan_cinta@fareedascarf.com.

Untuk lebih maklumat mengenai pertandingan tersebut, korang boleh baca di fanpage "Mawar Fareeda Fanpage". 

Cara Mudah Kesan Kedai Yang Guna Pelaris



“Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat” -( Al-Hijr: 42).


“Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya” -( An-Nahl : 99).
“Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW ” -( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya’la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285).
Di zaman moden hari ini masih ramai lagi yang berani menempah tempat di Neraka dengan mengamalkan sihir untuk pelbagai tujuan dan maksud.

Walaupun sudah jelas larangan Rasulullah s.a.w tentang bahaya sihir ternyata masih ada lagi yang mendapatkan khidmat bomoh.

Mereka ini terdiri dari berbagai lapisan masyarakat dan tujuan, bahkan ada juga dari kalangan artis dan ahli politik yang mendapatkan khidmat tukang-tukang sihir ini.
Ada juga yang ingin membalas dendam kepada seseorang yang tidak disukainya dengan cara ini.

Apa yang saya nak sentuh pada kali ini ialah berkenaan dengan penggunaan pelaris kedai. Disangkakan dengan bercambahnya ilmu dan pusat-pusat pengajian Islam di masjid-masjid, surau-surau dan forum-forum amalan khurafat ini sudah berkurangan tapi nampaknya masih rancak di negara kita malaysia.
Jika dulu amalan pelaris yang menggunakan khidmat jin khadam atau tangkal ini hanya popular di Indonesia sahaja tapi sekarang sudah merebak sampai ke Malaysia. Jadi kita sebagai pengguna harus berhati-hati dalam memilih kedai makan. Persoalannya bagaimana nak tahu kedai makan yang di syaki itu benar2 mengamalkan pelaris atau tidak.
Ini satu petua yang di ajarkan oleh seorang pengamal perubatan Islam.
Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3 kali di luar dari kedai.
Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (mcm ustaz Ismail Kamus ajar).
Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.
Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
Baginda S.A.W telah berkata kepadaku :
“Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu”.
( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ).
Wallahuaklam.

Gambar Rumah Baru Fizo Omar & Mawar


Perkenalan singkat antara Fizo Omar dan Mawar membawa kepada ikatan perkahwinan pada 10 November tahun lalu. Kini, mereka sudah bergelar sebagai pasangan suami isteri yang sah selama 5 bulan.

Melalui gambar-gambar terkini Fizo Omar dan Mawar yang sedang giat mengubahsuai rumah mereka di bawah, jelas membuktikan tindakan berkahwin dahulu dan kemudian bercinta satu langkah yang betul.

Kalau sudah jodoh, tempoh perkenalan singkat bukan masalah utama untuk berkahwin. Yang penting kedua-dua pihak bersedia ke arah itu.





Gambar Yana Shamsudin Didukung Seorang Lelaki Dikecam Hebat!!


Akibat berkongsi sekeping gambar dirinya didukung oleh seorang lelaki, Yana Samsudin menerima kecaman yang amat hebat daripada para pengikutnya di Instagram. Ramai yang melahirkan rasa kecewa dan membidas Yana kerana perbuatan tersebut adalah berdosa akibat membenarkan lelaki bukan muhrim mendukung dirinya. Yana Samsudin ternyata kecewa membaca reaksi para pengikutnya.

yana samsudin dukung

Namun pelakon jelita ini mempunyai penjelasannya yang tersendiri. Kata Yana menerusi Harian Metro hari ini:-
Mungkin mereka yang tentukan dosa saya. Gambar itu diambil ketika saya dalam keadaan darurat sebab kaki terseliuh dan tak boleh berjalan langsung. Nak tak nak kenalah (lelaki) yang kuat tolong saya.
Kalau nak harapkan saya berjalan lambatlah jadinya. Kami pula kejar masa untuk lengkapkan jadual penggambaran. Saya tahu apa yang saya buat. Terima kasih kepada yang terlebih prihatin. Sedih pula bila jadi begini.

yana samsudin dukung
Biasalah kadang-kadang para peminat ini lebih prihatin. Itu tandanya mereka sayang kepada selebriti kesayangan mereka. Kadang-kadang penjelasan yang tidak lengkap untuk sekeping gambar boleh menyebabkan timbul salah faham. Itu adalah lumrah. Kalau dah darurat nak buat macam mana kan? Takkanlah Yana nak merangkak pula ke set penggambaran. Tak apalah Yana. Yang penting anda tahu apa yang anda lakukan. Tak gitu?


Shahrizal Jaszle Curang, Tunjuk Gambar Kekasih Baru Di Instagram!!


Belum pun selesai kontroversi kes tangkap khalwatnya, pelakon Shahrizal Jaszle muncul dengan kisah panas baharu apabila dia dikatakan curang selepas gambar mesranya bersama seorang wanita tersebar di laman sosial Instagram.

Lebih memeranjatkan, pelakon itu yang juga dikenali sebagai Shahz Jaszle pada Sabtu lalu turut mengesahkan wanita berkenaan adalah kekasihnya walaupun dia masih tunangan orang.

“Hey @jijiezainal, dia gf (girlfriend) kita la skrg (sekarang),” katanya menjawab pertanyaan salah seorang pengikut laman sosial itu menerusi akaun wanita yang dikaitkan iaitu Hanis Husna (@hanis_husna).

Bagaimanapun, Shahrizal, 26, tidak menjelaskan status pertunangannya dengan, Redzwani Puteri, 26, sebaliknya Hanis pula menyatakan bahawa pemuda itu sudah pun putus tunang.

Pada foto tersebut, wanita berkenaan memuat naik foto mesra mereka dengan kapsyen-kapsyen romantis.

Tidak lama kemudian Shahrizal turut memuat naik foto dia bersama Hanis di laman Instagram miliknya pula . Namun dia meminta kepada pengikutnya supaya tidak mengkritik foto berkenaan.

“I don’t care what you’re gonna saya. If you wanna comment better careful with your words. Cause you don’t know what I have been thru before this,” seperti dipetik menerusi akaun Instagramnya.

“Saya tidak kisah apa yang akan kamu (pengikut Instagram) katakan. Jika ingin komen, sila jaga kata-kata kamu. Kerana kamu tidak tahu apa yang telah saya lalui sebelum ini,” ujarnya dalam bahasa Inggeris.

Foto tersebut turut mendapat perhatian Redzwani sendiri apabila dia memberi komen ‘Apa ini?’, namun komen tersebut telah dipadamkan oleh Shahrizal.

Redzwani yang dihubungi pada petang Ahad enggan memberi sebarang komen berkaitan perkara itu. Sebelum ini dia pernah berkata hatinya tetap mempercayai kejujuran Shahrizal walaupun pelakon itu pernah ditangkap khalwat.

Shahrizal pula gagal dihubungi.

Terdahulu, pada 10 April lalu, Redzwani memberitahu mStar Online hubungannya dengan Shahrizal masih lagi baik walaupun tunangnya itu sedang menghadapi perbicaraan kes khalwatnya di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di sini.

Pelakon itu ditangkap khalwat ketika serbuan dilakukan sekumpulan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah apartmen di Taman Sri Subang dekat sini pada 16 Mei 2013.

Insiden itu juga menyebabkan pertunangan Shahrizal dengan Redzwani terpaksa diputuskan oleh keluarga perempuan tetapi telah disambung semula pada Hari Raya Aidiladha tahun lalu.

Sebelum ini Shahrizal pernah dikaitkan dengan pelakon Miera Liyana dan Maria Farida.

Shah Jaszle Curang!! "Biarlah Saya Undur Diri" – Redzwani


Seperti kisah cinta di dalam drama pun ada apabila Shahrizal Jaszle secara tiba-tiba memuat naik sekeping gambar bersama seorang wanita dipercayai teman wanita barunya. 

Ternyata tunang Shahrizal, Redzwani Puteri terkejut dan terpinga-pinga sewaktu bertanya, ‘What is this?’ di ruangan komen gambar berkenaan. 

Cubaan untuk menghubungi Shahrizal bagi mendapatkan penjelasan gagal memandangkan pelakon itu kini sedang menjalani penggambaran di Australia. 


Gambar kenangan sewaktu pertunangan Shahrizal & Redzwani 

Bagaimanapun Redzwani yang dihubungi oleh mStar Online menyatakan sudah tiada lagi perasaan cinta pada Shahrizal sebaik tunangnya itu curang dan sedia mengundur diri. 

Biarlah saya undur diri. Mereka (Shahrizal dan Hanis) mengaku mereka adalah sepasang kekasih. Maka tiada lagi kewujudan saya. 

Semalam, kekasih Shahrizal yang dikenali sebagai Hanis Husna telah mengeluarkan kenyataan kepada media dengan menafikan dirinya perampas kerana hubungan mereka sudah lama terjalin. 




Inilah dia kekasih baru Shahrizal, Hanis Husna 

Disebabkan itu, Redzwani enggan memberikan komen lebih lanjut namun tetap mendoakan kebahagiaan Shahrizal dengan kekasih barunya. 

Malah pada 20 April lalu, Shahrizal telah menulis sesuatu kepada Redzwani di Twitter mengatakan mereka telah berpisah secara baik sebelum ini sekaligus mengesahkan hubungannya dengan Redzwani telah berakhir. 


Tentang apa yang telah berlaku, tiada apa yang saya boleh katakan. Mereka pun telah membuat kenyataan masing-masing. Jadi, tak perlulah saya cakap panjang lebar. Semoga mereka bahagia dan berjaya dalam karier masing-masing. 

Sementara itu, ibu kepada Shahrizal, Zaleha pula berasa sedih atas apa yang berlaku dan menganggap kedua-duanya tidak dijodohkan untuk bersama. 

Gambar Terbaru Fiza Elite Semakin Cantik!!

Fiza Elite akhirnya telah berniat untuk bertudung penuh sejak 30 Ogos 2011 yang lalu yang mana ketika itu adalah hari kelahirannya yang ke 30. Kini, setelah setahun lebih, Fiza akhirnya berjaya menunaikan niat di hatinya itu dimana pada 6 Jun 2013 beliau telah mengumukannya menerusi laman Instagram. Menurutnya,



“Memang saya terfikir untuk bertudung sejak beberapa bulan ini. Saya tak mahu terburu-buru takut nanti saya melakukannya separuh jalan sahaja”

“Mahu berubah ini bukan setakat bertudung sahaja, tapi memerlukan kita untuk berubah secara dalaman juga”

“Cukupkah amalan kita? Cukupkah sembahyang kita?… tetapi kalau suatu hari nanti, anda lihat saya bertudung… itulah dia,” ujar Fiza Elite yang pernah popular dengan imej seksi di zaman remaja.

Maria Farida Dedah Tentang Perangai Shah Jaszle!!



Salah seorang mangsa pelakon terkenal Shah Jaszle iaitu Maria Farida telah tampil memberikan komen terhadap isu Shah Jaszle yang kini sudah putus tunang gara-gara sudah bertemu kekasih baru.

Maria Farida menyatakan dirinya langsung tidak terkejut dengan apa yang berlaku kepada Shah Jaszle ketika ini kerana itu semua merupakan kesilapan dirinya sendiri.

“Saya tidak terkejut. Memang saya sangka ianya akan berlaku kepadanya. Perkara itu tidak ada kena mengena dengan saya. Tapi apa yang boleh saya katakan, dia (Shah Jaszle) yang jahanamkan hidup dia sendiri.

“Whats goes around, comes around. Saya malas nak komen panjang. Memang dia selalu kantoi dengan ramai teman wanitanya sampai sekarang. Cuma nasib dia yang kali ini paling besar,” kata Maria Farida dengan panjang lebar.

Pada masa yang sama, Maria Farida turut melahirkan rasa simpati dengan tunang Shah Jaszle iaitu Redzwani Puteri yang masih mempercayai aktres buaya darat itu walaupun dia secara terangan mengetahui pembohongan dan pengkhianatan yang dilakukan oleh kekasihnya.

“Kasihanlah pada tunang dia, dapat buaya yang macam tu. Lepas satu, satu dia (Shahz Jaszle) perdayakan. Sebenarnya saya malas dan memang tak ambil tahu lagi pasal hidup dia. Saya hanya dengar dari orang-orang sekeliling yang bercakap pasal hal kontroversinya itu,” tambahnya lagi.

Artis Wanita Dikerumuni Lelaki Di Stadium

Apabila jejaka2 berjumpa dengan aweks cantik di padang, beginilah jadinya, lihat sahaja pergerakkan mata dan tingkah laku mereka ketika bergambar bersama Rita Rudani. Nampak seperti tidak pernah jumpa selebriti terkenal pun ada, haha.... Maaf ya, bergurau je...

Pipi Murid Tahun 4 Tertusuk Besi

pipi tersusuk besi3

Murid lelaki berusia 10 tahun tercucuk besi longkang sehingga menembusi pipinya dalam kejadian di SRK Sacred Heart, Kota Kinabalu, jam 12.30 tengah hari. Kejadian ini berlaku di Negeri Sabah. Bagaimanapun besi sudah pun dikeluarkan dan mari kita doakan adik ini cepat sembuh.
pipi tersusuk besi2 Pipi Murid Sekolah Tertusuk Besi Di SRK Sacred Heart, Kota Kinabalupipi tersusuk besi Pipi Murid Sekolah Tertusuk Besi Di SRK Sacred Heart, Kota Kinabalu
Laporan Insiden Kemalangan Pelajar Di SK. Secreat Heart, Kota Kinabalu.
SABAH, Kota Kinabalu, bertarikh 21hb, April 2014, kira kira jam 12.50 tengahari telah berlaku suatu insiden kemalangan melibatkan pelajar lelaki tahun 4 di SK Secred Heart. Pelajar yang terlibat berlari mengejar bas yang beliau naiki di luar kawasan dan terpijak besi penutup parit yang terlepas daripada rangka asalnya lalu tertusuk ke dalam mulut menembusi ke liar bahagian pipinya.
Pelajar tersebut telah di bawa oleh seorang ibu bapa yang kebetulan menunggu anaknya pulang sekolah di kawasan yang sama.Pihak
sekolah telah memanggil bomba dan ambulan untuk membantu pelajar ini. Perjalnan ke hospital diiringi oleh bomba dan polis yang hadir.
Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip telah hadir sendiri ke lokasi kejadian untuk melihat sendiri dan memahami bagaimana insiden tersebut berlaku. Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu juga turut hadir. Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu telah membuat lawatan ke hospital melihat keadaan pelajar tersebut dan berjumpa dengan ibu bapa pelajar berkenaan yg kebetulan berada di hospital.
Keadaan pelajar stabil dan akan dimasukkan ke hospital Likas.
pipi tersusuk besi4 Pipi Murid Sekolah Tertusuk Besi Di SRK Sacred Heart, Kota Kinabalupipi tersusuk besi3 Pipi Murid Sekolah Tertusuk Besi Di SRK Sacred Heart, Kota Kinabalu
Pihak sekolah telah dimintakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya tentang aspek keselamatan pelajar sepanjang masa. Laporan lengkap dan gambar kejadian sedang diminta dari pihak sekolah.

Aksi Mesra Bersama Shanaaz, Qi Razali Tiada Hak Untuk Halang - Nelydia Senrose

Nelydia perjelas isu agenda mesra dengan Sharnaaz1 Aksi Mesra Nelydia dengan Sharnaaz, Qi Razali Tiada Hak Untuk Halang
Nelydia perjelas isu agenda mesra dengan Sharnaaz – Pelakon sedang meningkat naik, Nelydia Senrose menjelaskan bahawa keputusan untuk menerima sesebuah tawaran berlakon itu adalah keputusan diri sendiri dan tidak melibatkan pihak lain termasuk teman lelakinya, Qi Razali.

Menurut aktres berusia 20 tahun itu, orang lain tidak perlu campurtangan dengan urusan peribadinya kerana dia sudah dewasa dan tahu menjaga batas-batas dalam lakonan, maruah diri dan keluarga.

"Segala keputusan menerima sesebuah tawaran adalah daripada diri saya sendiri. Dia (Qi Razali) tiada hak untuk tentukan limit kepada saya. Dia pun tak pernah meletakkan apa-apa batas kepada saya apabila saya berlakon."
Nelydia perjelas isu agenda mesra dengan Sharnaaz2 Aksi Mesra Nelydia dengan Sharnaaz, Qi Razali Tiada Hak Untuk Halang

Tak perlu ada orang untuk mengajar saya untuk masuk campur urusan lakonan saya. Soal personal saya, ia letak tepi.”
Nelydia membuat penjelasan itu selepas diminta pihak media mengulas tentang kontroversi agenda mesra dengan aktor Sharnaaz Ahmad dalam drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang didakwa keterlaluan sehingga menimbulkan perasaan cemburu Qi Razali. –sumber -

Rumahtangga Bergoyah, Adam AF2 Enggan Ulas Panjang

adam dan fiza elita

Penyanyi dan pelakon Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman enggan mengulas panjang tentang dakwaan mengenai keretakan rumahtangganya.
rumahtangga adam bergoyah Rumahtangga Dikatakan Bergoyah, Adam AF2 Enggan Ulas Panjang
Malah dia memohon supaya diberikan sedikit masa sebelum dia mengumumkan kedudukan statusnya dengan isterinya yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Elite iaitu Fiza.
“Saya tidak mahu komen panjang tentang perkara ini, doakan sahaja yang terbaik untuk rumah tangga kami.
“Apa-apa cerita tentang rumah tangga kami InshaAllah saya akan beritahu kelak,” katanya seperti yang dipetik mStar Online.
Mengulas mengenai gosip tersebut, Adam mengakui sebagai selebriti segala berita baik dan buruk akan dapat dihidu oleh pihak media dan masyarakat.
“Apa yang saya boleh cakap kami baik-baik sahaja dan tidak bergaduh, kami cuma sibuk dengan kerja masing-masing. Saya anggap ia sebagai satu ujian,” ujarnya.
Selain itu, Adam juga turut menafikan dakwaan melarikan diri daripada pihak media bagi mengelak ditanya mengenai isu rumahtangganya dalam sebuah majlis baru-baru ini.
“Saya balik awal pada majlis berkenaan minggu lalu sebab ada hal peribadi, manakala saya terpaksa membatalkan sebuah sesi fotografi kerana mahu pulang ke Sabah berikutan ada perkara peribadi yang perlu diuruskan,” jelasnya.
Pasangan Adam dan Fiza telah mendirikan rumahtangga pada 26 September 2013.

GEMPAR!!! 3 Artis Popular Yang Telah Murtad

Masyarakat masih dikejutkan dengan tindakan beberapa selebriti negara itu menukar agama. Seorang daripada mereka ialah Pinkan Mambo.
Penyanyi yang popular dengan lagu, Kekasih Yang Tak Dianggap ini untuk kali keduanya dilapor telah menukar agama dan ia disahkan oleh ibunya sendiri, Deetje yang menyatakan rasa kecewanya . Walaupun belum pernah melihat Pinkan pergi ke gereja, Deetje berkata, anaknya sudah mula belajar agama lain.
Menurutnya, Pinkan atau nama penuhnya Pinkan Ratnasari Mambo telah banyak berubah sejak kebelakangan ini. Bagaimanapun, keputusan Pinkan menukar agama tidak akan menyebabkan Deetje merasa kehilangan anak.
“Anak merupakan titipan Allah dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,” kata Deetje.
Artis cantik yang juga pernah menjadi VJ MTV Rianti Rhiannon Cartwright juga telah dikatakan meninggalkan Islam dan berkahwin dengan kekasihnya, Cas.
Perkahwinan mereka telah berlangsung di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.

Rianti atau lebih dikenali dengan watak Aisha dalam filem agama, Ayat-Ayat Cinta, dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan.
Namun, pada ketika diminta mengesahkan perkembangan itu, pengurusnya, Adi, enggan berbuat demikian sebaliknya berkata, dia tidak tahu mengenainya.
“Saya hanya berkomunikasi dengan dia mengenai kerja. Yang lain saya tidak tahu,” katanya.
Dia juga mencadangkan supaya pengesahan itu didapatkan daripada paderi di gereja yang mendedahkan perkahwinan Rianti dengan penyanyi Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan.Namun walau bagaimanapun, pihak gereja enggan mengesahkannya.
Antara Selebriti popular Indonesia yang didakwa meninggalkan Islam ialah Happy Salmah. Happy juga dikatakan memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan kekasihnya, Tjokorda Bagus yang berketurunan raja.
Model yang juga pelakon filem ini dilahirkan di Sukabumi, Jawa Barat itu menjalani upacara pindah agama Hindu, dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani di Villa Ibah, Ubud, Indonesia.
Sudhi Wadani adalah upacara dalam Hindu sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas dan hati suci menyatakan menganut agama Hindu.
Upacara yang mengambil masa sehari itu merupakan antara syarat yang harus dijalani bila seseorang ingin berkahwin mengikut adat Hindu.
Mereka juga melangsungkan perkahwinan beberapa hari kemudian di Puri Saren Kauh, Ubud dengan mengikut adat istiadat Hindu .
Menurut Happy , dia tidak akan berbicara mengenainya secara terbuka.
“Saya tidak akan bercakap mengenainya,” kata Happy.
Segala hal yang berhubungan dengan keyakinannya, dia berharap menjadi rahsia tentang hubungan perkawinannya .
Namun, apa yang dilakukan oleh Pinkan, Rianti dan Happy ialah mereka memeluk agama lain kerana mahu mengikut agama suami mereka masing-masing.
- Sumber

Kayda Gadis Sosial Dan Seksi, Anak Perempuan Sheila Majid


Kayda Aziz, anak perempuan Datuk Sheila Majid. Mungkin tidak ramai yang mengenali anak perempuan penyanyi tersohor negara Datuk Sheila Majid iaitu Wan Nur Khaleda yang kini usianya sudah mencecah 22 tahun.
Pada pengamatan penulis, Wan Nur Khaleda atau lebih dikenali sebagai Kayda Aziz sangat sosial orangnya dan sering tampil dengan pakaian-pakaian yang agak seksi. Ini menyebabkan Sheila Majid sedikit dikritik peminat di laman sosial.
Bagaimanapun, Sheila yang ditemui dalam majlis sidang media Strepsils The Right Note di One World Hotel semalam mempunyai penjelasan sendiri berhubung perkara tersebut.
Menurut aktres kelahiran Singapura itu, dia menganggap apa yang sedang dilalui oleh Kayda Aziz adalah satu proses pendewasaan hidup untuk mematangkan diri.
"Umur dia bukannya 45 atau 50 tahun. Dia baru 22. Ini apa yang kita panggil proses pembesaran. Adakalanya kita kena buat silap dalam kehidupan. Memang ada beberapa insiden yang dia terkantoi, tapi dia belajar dari kesilapan tu. Dia ambil itu sebagai pengajaran.

"Bagi saya pada umur sekarang dia nak pakai camtu, tak mengapa. Kalau dah umur 42 pakai seksi macam tu memanglah saya marah. Sekarang ni dia masih lagi tercari-cari fesyen yang sesuai. Tapi tak adalah sampai keterlaluan hingga menampakkan pakaian dalam sahaja.
"Saya pernah bagitahu wartawan sebelum ni, anak saya bukan selebriti, dia cuma gadis remaja yang sedang membesar dan dia tak akan lari dari membuat silap. Cuma malangnya, dia adalah anak saya dan dia pun turut jadi bahan perhatian.
"Bagi dia peluang untuk membesar, biar dia buat kesilapan dan belajar dari situ. Jangan terus menghukum. Saya juga pernah buat silap, tapi masa dulu saya cuma anak Haji Abdul Majid, orang tak peduli."

Apapun, mari skodeng beberapa keping gambar jelita Kayda Aziz yang mana raut wajahnya saling tidak tumpah macam Sheila Majid. Bak kata pepatah"ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi."






sumber

Wajah sebenar Princess Elsa Dalam Filem Animasi Frozen

Wajah sebenar Princess Elsa dalam filem animasi Frozen - Salah satu filem animasi yang mencetuskan fenomena di Malaysia ialah Frozen. Ianya sangat suka ditonton segenap lapisan masyarakat Malaysia kerana jalan cerita yang menarik dan menghiburkan.

Tahukah anda, watak utama dalam filem tersebut yang dipegang Princess Elsa sebenarnya menggunakan wajah milik seorang wanita yang amat cantik dan jelita. Ramai akui turut terkejut dan tidak menyangka.

Gambar-gambar Eksklusif Keluarga ZUL YAHYA

Gambar menarik Zul Yahya yang kini telah menjadi pengarah filem beraksi bersama anak-anak.
Ikhlasnya, kegembiraan dan kebahagian memang jelas terpancar diwajah mereka sekeluarga.
Jom tengok..!










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...