Pages

Ads 468x60px

Labels

RAHSIA KECANTIKKAN LINDA HASHIM

Pasti ramai perasan sesuatu yang menarik mengenai isteri kepada pelakon Beego ini. Selain mempunyai kulit yang cantik, bentuk tubuhnya sentiasa maintain dari dulu hingga kini.

Tidak kisah berkongsi rahsia kecantikan dan kesihatan yang menjadi amalannya sehingga hari ini, akui pemilik nama Linda Hashim ini, dia sememangnya cukup obses dan mementingkan penjagaan diri. Mari kita baca petua sihat Linda.


"Saya boleh dikategorikan sebagai vegetarian. Saya sangat gemar makan sayur dan setiap hari sayur adalah menu utama saya. Sebenarnya itulah rahsia saya kekal langsing sehingga ke hari ini", kata Linda.

Makan sayur tidak akan memberikan sebarang kesan kepada kenaikan berat badan, bahkan ia membantu kita mendapat tubuh yang sihat dan kulit yang cantik juga.

Makanlah banyak mana yang kita nak, badan pasti takkan naik. Bagaimanapun, ini tidak bermakna saya tidak makan nasi, saya tetap makan tetapi boleh dikira. Misalnya sekali atau dua kali seminggu sahaja, itu pun dalam kuantiti yang sedikit.


Seperti yang Linda lakukan, Linda meninggalkan makanan berminyak dan santan. Malah suami turut menyokong cara Linda. Lebih menarik, mereka akan berbincang menu apa hendak dimakan. Yang pasti, hanya makanan yang sihat dan mempunyai nutrien akan diambil.

"Suplemen dan vitamin amat penting untuk kulit dan kesihatan kita. Sebab itu setiap hari saya akan ambil vitamin C dan E, pun begitu, saya juga ada makan makanan tambahan yang lain", jelas Linda lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...