Pages

Ads 468x60px

Labels

HUBUNGAN AFIQ MUIZ DENGAN IBUNYA SUDAH OK


Selepas kontroversi melibatkan pelakon Afiq Muiz dan ibu tersebar, terlalu banyak kenyataan balas antara mereka berdua. Sehingga Afiq di gelar anak derhaka kerana sengketa yang tiada kesudahan.
Kini Afiq memberitahu kepada media bahawa hubungannya dengan ibu sudah kembali seperti sedia kala. Namun, Afiq tidak mahu memberi kenyataan dengan lebih lanjut kerana bimbang apa yang dikeluarkan olehnya ditokok tambah seterusnya boleh memburukkan keadaan.


“Saya tidak mahu komen apa-apa. Hubungan kami (saya dan ibu) sudah OK. Saya rasa media tidak perlu tahu kerana ia membabitkan soal peribadi. Saya tidak mahu berkongsi apa-apa lagi dengan media. Cukuplah dengan apa yang sudah berlaku sebelum ini.
“Tidak guna saya beriya iya menegakkan kebenaran, kelak diri saya juga yang dipersalahkan. Lagi pun, kenyataan saya selama ini sering ditokok tambah dan seterusnya saya yang menjadi bahan fitnah.” jelas Afiq Muiz.


Afiq juga menafikan gosip cinta antaranya dengan pelakon Eina Azman kerana dilihat berpimpin tangan keluar bersama di Bangsar dan menegaskan dia hanya berkawan baik dengan pelakon wanita tinggi lampai itu tanpa hubungan istimewa.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...