Selepas 5 tahun tidak bertentang mata, akhirnya Awie dan Erra ditemukan semula menerusi rancangan Tunggu Sekejap kendalian Awie sendiri. Erra mengakui yang diri gementar ketika melangkah masuk untuk ditemubual oleh Awie.
Menurut aktress jelita ini, pada mula-mula hendak melangkah masuk menjadi tetamu Awie, perasaan gemuruh dan berdebar itu memang terasa.
“Saya terfikir anggapan orang luar terhadap kami. Anggapan itu sebenarnya yang merosakkan keadaan. Sebelum ini, saya dan Awie sendiri pernah bekerjasama dalam filem Cuci. Akhirnya, ini satu kolaborasi yang menyeronokkan,” ujarnya.
Jelas Awie pula, ini merupakan satu peluang untuk kami bekerjasama kembali. Apa yang terjadi sebelum ini biarlah berlalu pergi, lagipun masing-masing sudah berkeluarga dan mempunyai kerjaya sendiri. Beliau juga tidak kisah jika masih di beri peluang bekerjasama dengan Erra lagi selepas ini.

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.