Pages

Ads 468x60px

Labels

AIDIL CERAIKAN RITA KERANA TIDAK TAHAN DIBURUKAN?


KUALA LUMPUR, 19 OGOS 2013: Pelbagai pergolakan dan tanda tanya berlaku selepas pelakon, Rita Rudaini diceraikan suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak yang juga pemain pertahanan bola sepak Johor Darul Takzim dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kira-kira 3 hari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri.
Namun, selepas perceraian itu, Aidil seakan enggan bersuara atau memberi kenyataan kepada media, tetapi hari ini akhbar Berita Harian dalam sisipan HIP berjaya melaporkan mengenai isi hatinya yang selama ini terpendam.
Aidil berkata dia tidak mahu mengesahkan benar atau tidak bahawa dia ada menghantar SMS untuk menceraikan Rita, sebaliknya menjelaskan dia sudah hilang sabar dengan tindakan Rita selama ini.

"Apa yang boleh saya katakan, saya sangat terkilan dengan tindakannya yang tidak sudah-sudah memburukkan saya. Tidak cukup dengan itu, Rita juga menghantar SMS yang bukan-bukan kepada saya.
"Kenapa dia tidak bersikap jujur dengan memberitahu perkara sebenar kepada media? Saya tidak pernah gagal memberikan nafkah kepada anak setiap bulan," katanya.
Difahamkan, Aidil membuat keputusan untuk bercerai dengan Rita pada 4 Ogos lalu selepas dia dikatakan bengang dengan Rita berhubung artikel 'Rita bengang skandal terbaru Aidil' disiarkan menerusi ruangan pojok Desas-Desus terbitan B*POP pada Ahad.
Menurut Aidil lagi keputusannya menceraikan Rita tiada kaitan dengan gadis yang kononnya dikaitkan sedang bercinta dengannya iaitu Zarema, sebaliknya apa yang dilakukannya itu datang daripada sudut hatinya sendiri.
"Tiada siapa yang mempengaruhi saya dalam setiap keputusan yang saya buat. Sebelum ini, dia (Rita) tuduh adik saya Zaquan Adha dan isterinya, Ayu Raudah banyak campur tangan hal rumahtangga kami. Kini Zarema pula jadi mangsa.
"Biarlah saya berterus-terang bahawa setiap keputusan yang saya buat ini semuanya lahir dari hati saya sendiri, buat apa saya terus hidup dengan orang yang begitu pentingkan diri sendiri? Saya juga impikan kehidupan berumah tangga yang sempurna seperti orang lain.
"Bayangkan selama beberapa tahun kami berkahwin, tidak pernah sekali dia mengikut saya pulang ke rumah keluarga saya di Seremban. Setiap kali pulang ke Seremban, saya akan pulang seorang diri iaitu dari mula kami berkahwin sehinggalah apabila sudah ada anak,"luahnya lagi.
Kemelut rumah tangga mereka sudah berlarutan lebih setahun dengan prosesperbicaraan di Mahkamah Syariah yang masih belum selesai.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...