Menurut Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 40, memberitahu, peminat yang membuat fitnah itu ialah seorang lelaki dan turut hadir pada majlis rumah terbuka di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.
"Saya tidak pasti apa motif dia berbuat demikian, sedangkan wajah saya tiada dalam gambar yang dimuatnaik. Dalam gambar itu, peminat terbabit hanya bergambar dengan Zain dan adik saya, Ayu Raudhah. Apa yang peliknya dia berani meletakkan tag #MajlisPertunanganRozitaCheWandanZainSaidin yang mencetuskan spekulasi.

Bagaimanapun, Rozita berkata, dia tidak terkejut dengan perkara itu kerana kerana memang tiada sebarang majlis pertunangan diadakan sepanjang hari raya."Saya rasa umum tahu bahawa kami memang tidak merancang untuk bertunang sebaliknya mahu bernikah sahaja. Mungkin juga kerana kami sekeluarga berpakaian sedondon pada hari itu yang membuatkan peminat terpedaya dengan gambar itu."
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.