Pages

Ads 468x60px

Labels

DARI SIAPA SHILA DAPAT HADIAH TEDDY BESAR?

Tanggal 13 Ogos lepas, penyanyi Shila Amzah telah menyambut hari kelahirannya yang ke-23 tahun. Pun begitu, Shila yang bakal berangkat pulang ke Shanghai pada 16 Ogos ini merasakan sambutan hari lahirnya sama seperti sambutan sebelum ini.
"Birthday tahun ni macam biasa saja. Saya cuma keluar hang out dengan kawan-kawan. Saya juga luangkan masa dengan orang-orang yang rapat dengan saya.
"Program main bowling tu pula bukanlah program bersama Shilalas (Kelab peminat). Sebaliknya, ia lebih kepada bermain bersama peminat dan sahabat handai yang sudah terdiri daripada keluarga besar Shila.
"Actually, Shila tak tahu pasal program tu. Semuanya diuruskan oleh Mak dan Abah. Pada sebelah malam pula, mereka adakan sesi karaoke," katanya.
Menjelaskan hadiah yang diterimanya itu, Shila mengatakan tiada hadiah yang paling istimewa. Sebaliknya, semua berharga buat Shila.
"Shila terima hadiah berupa Teddy Bear besar dari sepupu. Shila pun dah besarlah. Shila tidak mengharapkan apa-apa hadiah istimewa. Setakat ini, Shila masih belum terima hadiah apa-apa dari peminat di Shanghai.
"Terus-terang, Shila tak sangka ada sambutan hari jadi sebegini. Pada 12 tengah malam 13 Ogos, Mak, Adik dan Abah telah sediakan kek untuk Shila. Kami hanya menyambutnya dengan makan kek tersebut.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...