Pages

Ads 468x60px

Labels

ZED ZAIDI TEGUR TINDAKAN AFIQ



















KEMELUT yang berlaku antara Afiq Muiz dan keluarga serta turut melibatkan pelakon baru, Eina Azman ternyata menarik perhatian Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Abd Jamil atau Zed Zaidi.

Menerusi Zass, Zed berkata, agak sukar untuknya membantu kedua-dua pendatang baru itu memandangkan ia masalah peribadi dan melibatkan keluarga masing-masing.

Bagaimanapun sebagai Presiden Seniman, Zed tidak mahu isu tersebut semakin berlarutan sehingga menjejaskan imej artis di negara ini.

"Afiq kena sedar, biarpun ini melibatkan hal keluarga, sebenarnya secara tidak langsung ia melibatkan imej artis juga.

"Bila berlaku perkara seperti ini, orang akan berkata: 'Biasalah artis', 'Inilah artis'.

"Contohilah Rosyam Nor, sepanjang dia menjadi artis, tidak pernah sekali pun dia mendedahkan perihal keluarga, apatah lagi siapa anak dan isterinya, cuma bila dah lama dalam industri barulah orang mula mengenali keluarganya," ujarnya.

Zed berkata, sebagai seorang lelaki dan anak, Afiq perlu memainkan peranannya sebaik mungkin untuk mencari jalan pendamaian tanpa melibatkan pihak lain. Malah Zed turut memberi teguran terhadap pelakon baru itu supaya menilai kembali tindakannya sebelum ini.  
 
"Cukup-cukuplah aibkan keluarga, buka pekung keluarga kerana keluarga ini sebenarnya adalah maruah kita.

"Seburuk-buruk mana pun ibu kita, kita perlu pertahankan dia dan Afiq sebagai seorang anak sebenarnya patut berjumpa ibunya ketika pertama kali artikel mengenai dirinya dikeluarkan.

"Bukannya membuat sidang media dan 'menyerang' ibunya semula. Satu saja pesan saya, wanita yang bergelar ibu, hanya ada satu, tiada galang ganti. Tetapi perempuan, ramai di luar sana, hilang satu, pasti ada gantinya," katanya.

Dalam pada itu, Zed turut menasihati Eina supaya mengunci mulut buat masa ini dan tidak lagi memperbesarkan isu saman-menyaman kerana ia tidak akan memulihkan sebarang kemelut yang berlaku.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...