Pages

Ads 468x60px

Labels

Wanita Dakwa Dapat 'Alamat' Dari Tuhan Cabut Batu Nisan





















ALOR GAJAH - Misteri batu nisan dicabut dan dipecahkan di Tanah Perkuburan Solok Zakaria, di sini, yang dikesan hujung Ramadan lalu, terungkai apabila ia didapati dilakukan dua beradik yang mendakwa menerima 'wahyu daripada tuhan'.
    
Beberapa batu nisan di kubur itu didapati pecah beberapa hari sebelum Aidilfitri 8 Ogos lalu. Bilangan nisan yang pecah bertambah selepas itu.

Katanya, seorang penduduk melihat seorang wanita berusia 58 tahun bersama adik lelakinya yang berusia 44 tahun sedang leka memecahkan batu nisan berkenaan, kira-kira jam 9.30 pagi, Isnin lalu.
    
Menurut seorang penduduk yang tinggal kira-kira 50 meter dari kawasan kubur itu, Azri Ayob, 53, ketika kejadian, dia sedang memberi makan kepada ayam dan itiknya di reban di belakang rumahnya.




    

















"Ketika itu saya lihat seorang perempuan dan lelaki sedang mencabut, memecahkan batu-batu nisan dengan tukul dan membuang batu-batu nisan tersebut.
    
"Saya tanya mereka mengapa buat begitu. Wanita itu berkata, dia mendapat 'alamat' daripada tuhan yang menyuruh dia mencabutkan batu-batu nisan di sini kerana tiada orang (mati) di tempat itu," katanya.
    
Azri berkata, bimbang lebih banyak batu nisan dipecahkan, dia menghubungi polis dan melaporkan perbuatan dua beradik itu.
    
Menurutnya, dia kembali semula ke kubur itu kemudian, tetapi dapati kedua adik beradik itu sudah beredar, dengan menaiki sebuah Proton Iswara Aeroback.    
    
"Saya kemudian mengekori sehingga ke rumah mereka sejauh kira-kira satu kilometer dan mencatat nombor pendaftaran kereta itu untuk diserahkan kepada polis," katanya.
    
Menurut Azri, dia menyedari batu nisan berkenaan tercabut beberapa hari sebelum hari raya ketika dia membakar rumput dan daun-daun kering di belakang rumahnya.
    
"Selepas membakar, saya sedar terdapat banyak batu nisan dilonggokkan di situ, tetapi masa itu saya tak pasti puncanya.




    

















“Keesokan harinya, saya periksa tempat pembakaran itu dan melihat bilangan batu nisan bertambah. Apabila saya periksa kubur-kubur di situ, saya dapati lebih 50 batu nisan telah dicabut dan pecah,” katanya.
    
Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, kedua orang yang disyaki itu ditahan di rumah mereka di Kampung Jelatang, kira-kira 4.30 petang hari yang sama.
    
”Siasatan awal mendapati wanita itu menyuruh adiknya mencabut batu-batu nisan di tanah perkuburan tersebut selepas mendapat 'rahmat' daripada tuhan.
    
"Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengetahui bagaimana ia memperoleh 'rahmat' seperti didakwanya,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
    
Menurut Umar Ali, kedua-duanya kini ditahan reman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan kerana menceroboh kawasan perkuburan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...