Pages

Ads 468x60px

Labels

CUKUPLAH RITA BURUKAN SAYA -AIDIL ZAFUAN

Akhirnya menerusi Berita Harian hari ini, bekas suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan menjawab segala persoalan yang bersarang di minda orang ramai. Bukan mudah untuk menceraikan seorang isteri lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan, namun menurut Aidil, dia sudah hilang sabar dengan tindakkan Rita selama ini.

























Ditanya mengapa dia tergamak menceraikan Rita di kala Aidilfitri hampir menjelma, kata Aidil
Saya tidak mahu mengesahkan menghantar SMS untuk menceraikan Rita atau tidak. Mengenai perkara itu, kita tunggu saja di mahkamah. Tapi apa yang saya boleh katakan, saya sudah hilang sabar dengan tindakkan Rita selama ini. Bukan tidak menghormati bulan baik Ramadhan, tetapi kesabaran saya ada hadnya.
Biarlah saya saja tahu apa yang berlaku, tak perlu rasanya kongsi dengan masyarakat kerana ini hal rumah tangga kami. Apa yang boleh saya katakan, saya sangat terkilan dengan tindakkannya yang tidak sudah-sudah memburukkan saya. Tidak cukup dengan itu, Rita juga menghantar SMS yang bukan-bukan kepada saya.





















Mengenai tuduhan Rita yang dirinya tidak mengambil berat hal anak-anak mereka, Aidil menjawab:-

Kenapa dia tidak bersikap jujur dengan memberitahu perkara yang sebenar kepada media? Saya tidak pernah gagal memberikan nafkah kepada anak setiap bulan. Semua bukti pemberian ada saya simpan. Sebelum ini dalam perbicaraan di mahkamah, hakim tanya dia, adakah saya memberikan nafkah kepada anak-anak. Rita jawab ada tetapi apabila memberikan kenyataan kepada media, dia tidak menyatakan perkara sebenar.
Apabila sudah menyediakan nafkah untuk anak-anak, jangan kata nak ucapkan terima kasih, dia boleh pula beritahu nafkah saya beri tidak cukup. Saya tidak faham berapa banyak yang dia hendak sebenarnya? Macam persiapan raya baru-baru ini, seminggu sebelum Aidilfitri saya ada menghantar SMS bertanyakan soal persiapan raya anak-anak.
Ini kerana saya bercadang membawa mereka membeli-belah pada 29 Julai lalu. Tapi Rita bising, dia kata, kenapa lagi seminggu hendak raya baru saya sibuk nak bertanya. Bukan saya sengaja, tetapi sebelum itu, saya berada di Jepun untuk menjalani latihan. Seminggu sebelum raya baru saya pulang ke Malaysia.
Selepas bising-bising, Rita kata mereka sudah pulang ke kampung di Perlis pada tarikh itu. Akhirnya saya dapat tahu, rupa-rupanya pada tarikh itu, dia belum pulang ke kampung. Tetapi apabila saya SMS, dia tidak jawab mesej saya.

Add caption

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...