Pages

Ads 468x60px

Labels

RUMAH ERRA FAZIRA CUBA DIROMPAK


















APRIL 02, 2013- Rumah Erra Fazira Cuba Dirompak – Rumah pengacara program Primadona, Erra Fazira atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chik  di Seksyen 20, Damansara cuba dipecah masuk oleh pencuri, petang semalam.


Menurut Erra, kejadian berlaku apabila beliau, anaknya, Engku Aleesya dan pembantu rumahnya tiada di rumah kerana menghantar anak ke sekolah di Bangsar.
“Kami keluar dari rumah pada pukul 1 tengah hari, bagaimanapun 45 minit kemudian, saya dihubungi jiran memberitahu rumah saya dipecah masuk.
“Syukur kerana penjenayah tidak sempat memasuki bahagian dalam rumah dan hanya berada di garaj rumah saya sahaja,” katanya.
Bagaimanapun jiran kepada pelakon ini, yang curiga dengan kehadiran suspek, segera menghubungi pihak polis.
“Suspek yang tidak sempat masuk ke dalam rumah, bergegas melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran pihak polis,” kata sumber polis.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...