Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, mangsa yang juga penumpang bas berkenaan, turun dari kenderaan itu yang berhenti berhampiran persimpangan lampu isyarat berhampiran sebuah stesen minyak.
Bagaimanapun, pergerakan lambat Fong Chan tidak disedari pemandu yang menyangka warga emas itu sudah benar-benar turun dari bas, lalu memandu kenderaan itu. Seorang saksi yang dikenali sebagai Haikal, 18, berkata, ketika kejadian, wanita itu sedang menuruni tangga bas apabila kenderaan berkenaan tiba-tiba bergerak.
“Ia menyebabkan wanita berkenaan terjatuh dan kedua-dua kakinya dilenyek tayar bas. Saya serta beberapa orang lain yang berada di situ cuba membantu dengan menenangkannya sementara menunggu ambulans,” katanya.
Menurut Haikal, keadaan menjadi kecoh apabila beberapa individu bertengkar dengan pemandu bas serta cuba menyerang lelaki berkenaan, tetapi keadaan reda apabila polis tiba di tempat kejadian.
“Sebagai penumpang, kami berharap pemandu bas lebih berhati-hati bagi mengelak kejadian seperti ini berulang lagi,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, siasatan awal mendapati pemandu bas terbabit tidak berhenti di hentian bas yang disediakan dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.
“Pemandu itu turut mendakwa tidak menyedari mangsa menuruni tangga bas. Berikutan kejadian itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Pandan untuk rawatan lanjut,” katanya.- Metro
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.