Pages

Ads 468x60px

Labels

Natasha Hudson Tukar Nama Anak

Hasil perkahwinan dengan Carleed Khaza, selebriti meletop Natasha Hudson telah melahirkan anak pada 22 April 2013. Natasha telah menamakan bayi itu sebagai Naeema Taqiyyah. Bagi beliau, nama tersebut membawa maksud keberkatan, ketenangan, soleh dan bertakwa. Namun apabila dirujuk kepada para ulama dan mufti, Taqiyyah juga membawa maksud yang berbeza mengikut fahaman syiah.



Jadi, nak tak nak, Natasha kenalah tukar kepada nama yang baru yang lebih manis dan ada makna yang cantik serta sesuai. Natasha menggantikan nama anaknya sebagai Naeema Kalila. Cantik nama tu. 
“Saya tidak tahu yang Taqiyyah turut membawa makna pengikut ajaran Syiah sehinggalah saya menyertai majlis usrah. Setelah bertanya mengenai perkara itu, saya dan suami bersetuju menukar namanya dengan makna lebih baik. Dalam Bahasa Arab, Taqiyyah merujuk kepada perkataan bertakwa. Namun, kami tidak mahu ia mengundang salah faham dan kekeliruan pada masa akan datang. Jadi, ialah ditukar kepada Naeema Kalila.”
 
Naeema Kalila adalah cahaya mata pertama Natasha bersama Carleed setelah mereka berkahwin pada April 2012 lalu. Ia merupakan perkahwinan ketiga buat Natasha.

Hasil perkahwinan terdahulu, pelakon filem Langgar ini dikurniakan seorang anak perempuan, Nessa Helena, 5.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...