Pages

Ads 468x60px

Labels

Diana Danielle Bawa Baby Berjemur Kerana Penyakit Kuning

Pada 2 Julai yang lalu, kita semua diberitakan satu khabar gembira apabila Diana Danielle telah selamat melahirkan bayi sulungnya. Isteri kepada pelakon dan pengarah Farid Kamil ini selamat bersalin di sebuah hospital di Sydney, Australia kira-kira jam 6.30 petang (waktu Malaysia). Lihat gambar baby Farid dan Diana ni, sangat comel. Tengoklah bapa dan ibunya, sama cantik sama lawa. Mestilah baby yang dilahirkan juga cute dan comel. Apa nama baby Farid dan Diana ni ya?
Sebagai pengubat rindu peminat, sudah tentu Farid dan Diana akan berkongsi beberapa gambar baby pertama mereka. Maklumlah, memang bukan mudah untuk para peminat menatap wajah anak sulung Farid & Diana, kerana jarak mereka pun jauh dari Malaysia.
Pagi ini menerusi akaun Instagram beliau, Diana buat pertama kali kongsikan gambar beliau bersama putera sulungnya itu.
“Letting the little boss soak in the sun. Just a slight case of jaundice — nothing the sun can’t solve.”
Diana Danielle memberitahu anaknya ada alami sedikit masalah penyakit kuning.
Semoga bayi Farid Kamil & Diana Danielle yang masih belum kita ketahui namanya ini cepat sembuh dan mereka boleh kongsikan lebih banyak gambar-gambar yang comel. Diana Danielle nampak maintain je. Takde la berisi sangat. Cun! Untunglah Farid Kamil ya.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...