Pages

Ads 468x60px

Labels

Saida Memfailkan Penceraian Dengan Suaminya

Semakin hari semakin ramai artis Malaysia kita yang bercerai berai.. terbaru, Siti Norsaida Tarudin yang lebih dikenali sebagai Saida AF6 yang juga kakak kepada diva Malaysa, Datuk Siti Nurhaliza telah menfailkan permohonan untuk bercerai secara baik daripada suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri.. Saida sudahpun menfailkan penceraian pada 6 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah..


Kes penceraian Saida sudahpun disebut dihadapan Hakim Syarie pada hari selasa yang lalu dan kes ini akan disebut semula pada 20 Disember tahun ini bagi membolehkan kedua-dua pasangan mencari jalan penyelesaian atau mengekalkan keputusan untuk bercerai…

Menurut Saida, Permohonan penceraian ini berpunca daripada tiada kesefahaman lagi diantara mereka berdua dan perkahwinan yang dibina selama 14 tahun itu telah mengalami masalah yang berpanjangan dan tidak boleh didamaikan lagi.
Hasil perkahwinan Saida dan suaminya, mereka berdua dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu, Siti Nurunnyssa (13), Anas (11), Khalid (7), dan Siti Nurul Mashitah (4)…



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...