Pages

Ads 468x60px

Labels

Badan Hancur Dihempap Kepala Lori Tangki


Nilai -Seorang lelaki maut dalam keadaan badannya separuh hancur dan perut terburai selepas lori tangki dipandu terjunam dari jejambat di Kilometer 280.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini, semalam.

D
alam kejadian jam 3.40 petang itu, G Perumal, 59, dari Port Dickson maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kenderaannya sebelum dihempap kepala lori berkenaan.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke pejabatnya di Seremban selepas menghantar muatan gas petroleum cecair (LPG) ke Balakong, Selangor.

“Siasatan awal mendapati, kenderaan mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan terjunam dari jejambat.
“Mangsa kemungkinan tercampak keluar dari kenderaannya sebelum dihempap kepala lori berkenaan dan diseret sejauh beberapa meter,” katanya di sini, semalam.


Sumber :  HARIAN METRO

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...