Namun pasti ada sebab mengapa Wan Nor Azlin mengambil langkah sebegini. Kes yang bermula sejak tahun 2008 ini adalah kerana isu penjualan sebuah rumah di Taman Keramat. Rumah tersebut ingin dijual oleh ayah Wan Nor Azlin tetapi Wan Nor Azlin enggan mengosongkan rumah tersebut. Ayahnya pernah mengajak Wan Nor Azlin tinggal bersama, dan anaknya tidak pernah membayar sewa bulanan atau sebarang bil semasa tinggal di sana. Tindakan itu menyebabkan Wan Mohd Husain trauma dan terpaksa menyewa rumah lain.
Semalam Wan Nor Azlin memfailkan notis tunjuk sebab terhadap bapanya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam supaya memberikan alasan mengapa tidak boleh dipenjara. Secara jujur, agak sukar untuk difahami kronologi kes ini. Mungkin ada pihak pembaca yang mengikuti perkembangan bolehlah kongsikan perkara sebenar yang terjadi mengikut kefahaman anda.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.