Pages

Ads 468x60px

Labels

ISTERI MAT YO MENGHINA PENGAWAL KESELAMATAN 'DAYUS'



Isu pertengkaran isteri Mat Yo atau Nor Shahrul Idlan Talaha iaitu Siti Aisya Adam dengan seorang pengawal keselamatan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTAAS) Subang tempoh hari agak biasa berlaku sebenarnya dan masalah utama adalah pemandu kenderaan enggan meletak kenderaan ditempat letak kenderaan yang disediakan.

Sebenarnya isu ini tidak meletup jika tiada tangan gatal yang menguploadkannya di You Tube dan hingga kini telah dilihat oleh hampir 325,540 orang pengunjung di internet....... wow!!! meletupkan dan maka terdengarlah perkataan-perkataan yang tidak elok daripada kedua-dua mereka semasa pertengkaran tersebut berlaku, diantara perkataan yang tidak sedap didengar ialah perkataan “DAYUS”

Astaghfirullahalazim, mohon diampunkan kepada orang yang mengucapkannya, apakah tujuannya mengucapkan perkataan seperti itu, mungkin sedang marah agaknya tapi kena ingat perkataan itulah yang tidak sesekali mahu didengar oleh seorang lelaki, apatah lagi lelaki itu sudah berkeluarga.



Apa kesalahan besar yang dilakukan oleh pengawal keselamatan itu hingga dihina dengan perkataan “DAYUS” ?

Tahu ke pengucapnya apa makna “Dayus”

Nabi SAW bersabda :

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih  : Ghayatul Maram, no 278 )

Dalam sebuah hadith lain pula :

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?

Kalau suami puan digelar dayus sudah tentu suami puan atau puan sendiri akan marah dan melenting....... nak tanya sekali lagi apakah kesalahan besar yang dilakukannya? hingga puan sanggup mengeluarkan perkataan menghina seperti itu?

Kepada saudara Mat Yo, apakah tindakan yang sepatutnya saudara ambil bila menghadapi situasi seperti itu? Saudara sepatutnya bertindak meleraikan pertengkaran tersebut daripada terus berlaku, apa yang susah sangat.. beredar saja dari tempat itu habis cerita. Tapi ego manusia kita tak tahu.

Bila dah jadi tengoklah akibatnya, amat mengaibkan bila perkataan yang tidak sedap didengar sudahpun didengar oleh hampir 350,000 orang mungkin lebih agaknya bilka rakaman tersebut diedarkan...... Siapa yang malu sebenarnya?

Sebab itu kita jangan suka-suka sebut sesuatu perkataan kalau kita tak tahu maksudnya,  sebab maknanya sangat-sangat mendalam dan satu penghinaan apabila kita gelarkan kepada seorang lelaki seperti pengawal keselamatan tersebut, tengok kepada rupanya saja kita sudah tahu mungkin dia sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak, tak kesian ke kita kat dia? Besar sangatkah kesalahan yang dilakukannya hingga anda mengelarnya sebegitu?. Dia mungkin orang susah, tapi bila kita menghina sehingga tahap itu, sudah tentu dia akan marah, dia hanya cuma menjalankan tugas yang diamanahkan dan mencari rezeki untuk anak-anaknya. Sekali lagi nak tanya, tak kesian ke?

Harap-harap isu ini dapat diselesaikan dengan bijaksana, diharapkan kedua-dua mereka menarik balik laporan polis yang telah dibuat dan berdamai, insyallah anda akan dipandang mulia jika ikhlas masing-masing memohon maaf............ Susah sangat ke?

Ego manusia kita tak tahu, betul tak?

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...