Pages

Ads 468x60px

Labels

ERRA FAZIRA TUNGGU MASA YANG SESUAI KONGSI SPEKULASI RUMAHTANGGANYA


Tahun tahun kebelakangan ini, kalau bercakap tentang Erra Fazira pastinya tidak akan lari akan persoalan isu rumahtangga beliau yang sehingga hari ini masuh belum ada jawapan pasti.

Erra Fazira bercakap kepada Murai baru baru ini yang beliau kecewa apabila kisah peribadinya ditokok tambah dan ianya lebih memburukkan keadaan.


“Buat masa ini saya sibukkan diri dengan penggambaran drama untuk mengelakkan daripada terbeban dengan memikirkan perkara yang melibatkan peribadi saya yang menjadi bualan umum,” jelasnya lagi yang percaya masih berhutang penjelasan dengan orang ramai.
Erra Fazira juga percaya apabila sampai masanya nanti, semua persoalan tentang spekulasi rumahtangganya akan terjawab jua — “..apabila semuanya jelas saya tidak mahu lagi bercakap pasal perkara ini”  tambahnya lagi.
Hasil perkongsian hidup Erra Fazira dengan suaminya, Engku Emran mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia empat tahun. 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...