Isteri Mat Yo Mengamuk Di FB, Pernah Guna Perkataan Anjing | Nampaknya, video ‘panas’ isteri Mat Yo bergaduh dengan seorang pengawal keselamatan dan menjadi viral di laman sosial disedari oleh beliau sehingga kisah-kisah lama isteri Mat Yo juga mula muncul.
Namun sebagaimana responnya terhadap pengawal keselamatan tersebut yang dilihat agak beremosi ketika kejadian berlaku, begitulah juga dapat dirumuskan daripada status yang pernah dimuat naik oleh wanita ini di laman Facebook miliknya ketika isu hangat tentang perpindahan Mat Yo ke Johor tempoh hari.
Mengulas isu ini, isteri Mat Yo pernah menulis perkataan "anjing" seperti yang tertera dibawah:
Aduh. Sebenarnya jika dilihat pada video yang tersebar sebelum ini pun, kebanyakan pihak tidak mempertikaikan sama isteri Mat Yo atau pengawal keselamatan berkenaan yang salah. Tetapi yang membuatkan orang tercengang, adalah bahasa yang digunakan.
Rasanya, isu serupa berulang dalam kenyataan dibuat oleh isteri Mat Yo di Facebook ini juga. Tidak kiralah siapa yang salah hingga tercetusnya perbalahan tempoh hari, tapi sebagai orang Melayu biarlah adab dan budi bahasa dijunjung.
Kalau dah orang lain diberi gelaran anjing, macam mana mahu cerita tentang siapa buka aib siapa.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.