Baru-baru ini Fizo Omar telah mendedahkan dia dan Mawar bakal bertunang tidak lama lagi. Namun beliau tidak mendedahkan bila majlis berkenaan akan dilangsungkan. Rasanya ramai peminat Fizo dan pihak media tertanya-tanya bilakah aktor dan juga usahawan burger itu bakal melangsungkan pertunangannya.
Fizo, 28, dedah dia dan kekasihnya, Mawar Abdul Karim menjangkakan akan melangsungkan majlis pertunangan pada awal November depan. Namun ia belum pasti. Mereka akan mengadakan satu sidang media khas bagi mengumumkan tarikh pertunangannya itu dalam masa terdekat. Katanya, setakat ini dia masih belum mempunyai tarikh tertentu bila majlis berkenaan akan diadakan.
“Insya-Allah dalam masa terdekat ini kami akan adakan satu sidang media bagi mengumumkan perkara itu dan kami menjangkakan pertunangan itu akan berlangsung pada awal November ini. Apabila keluarga sudah bersetuju, baiklah kami bertunang dan saya rasa, lebih elok kami bercinta selepas kahwin nanti.” katanya.
Keluarga Fizo pada 28 Ogos lalu telah menghantar rombongan merisik Mawar, 24, yang juga anak kepada pengasas tudung Fareeda iaitu Faridah Zakaria.
Dalam perkembangan sama, Fizo mengakui dia dan Mawar jarang berjumpa kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing namun sering berhubung untuk bertanya khabar. Malah kata Fizo, persiapan pertunangan mereka hanya dibuat menerusi telefon dan mereka hanya akan berjumpa jika ada kelapangan.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.