Pages

Ads 468x60px

Labels

7 WAKTU ELAKKAN MINUM AIR

7 WAKTU ELAKKAN MINUM AIR | Tahukah anda, terdapat 7 waktu yang kita tidak digalakkan untuk minum air. Jika boleh, anda cubalah elakkan. Tapi, kenapa plak agaknya anda tak digalakkan minum pada waktu-waktu tersebut? Tak lain dan tak bukan adalah bagi memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik.



7 waktu yang saya maksudkan tu adalah:

1. Sebaik saja bangun tidur.

Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan.

2. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.

3. Selepas memakan buah-buahan.

4. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau nak minum gak, tunggulah selepas beberapa ketika.

Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum (saya paham sangat keadaan anda masa nie).

5. Sewaktu tengah makan.


Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang mengakibatkan perut buncit.

6. Sebelum atau sesudah makan.

Tapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit selepas makan.

7. Selepas melakukan persetubuhan dengan pasangan.

Mudah-mudahan anda boleh mengikuti petua di atas. Mula-mula mungkin susah sikit kot. Tapi, lama-kelamaan ia pasti akan sebati dengan diri anda.

Sebagai permulaan, cuba anda amalkan selama 21 hari berturut-turut dulu. Lepas 21 hari, saya yakin anda pasti rasa lebih mudah untuk mengikutinya.

Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...