Pages

Ads 468x60px

Labels

SIAPAKAH WANITA YANG DIKAITKAN SKANDAL DENGAN ADI PUTRA?


Berita panas untuk hari ini, seorang ahli perniagaan berusia 56 tahun membuat laporan polis dan mendakwa pelakon terkenal Adi Putra mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.
Ahli perniagaan itu membuat laporan polis kerana mengalami tekanan perasaan dan gangguan mental kerana sering bertengkar setiap hari sehingga menjejaskan perhubungannya bersama isteri.
Hubungan skandal mereka terbongkar apabila ahli perniagaan tersebut memeriksa telefon bimbit milik isterinya pada 7 Ogos lalu dan mendapati terdapat kandungan SMS, Instagram dan WhatsApp artis lelaki berkenaan yang mengandungi kata-kata dan gambar berunsur lucah.
Menurut sumber yang dimaklumkan kepada blog hiburan Rotikaya, Adi Putra dan wanita itu difahamkan baru sahaja berkenalan selama seminggu malah mereka berdua mengaku ada berbalas mesej sejak 29 Julai hingga 5 Ogos yang lalu dengan alasan hanya suka-suka tetapi tidak pernah berjumpa.
Adi Putra juga mengakui menerima panggilan daripada ahli perniagaan tersebut pada 7 Ogos dan dimarahi, diugut akan menghancurkan kerjayanya selain memastikan Adi Putra dihalau keluar oleh negara.
Sehubungan dengan itu, Adi turut membuat laporan polis tentang ugutan yang diterima kerana bimbang akan keselamatannya dan keluarga.


Gambar wajah Nooraida, wanita skandal Adi Putra "Sangat cantik dan memukau" hanya itu sahaja kata-kata yang mampu diluahkan selepas melihat beberapa keping gambar wajah sebenar wanita skandal Adi Putra.


Dari sumber diperolehi, nama wanita itu ialah Nooraida Binti Abdul Talib dan berumur 30 tahun. Dia didakwa sebagai pemilik akaun Twitter Aida Anne Fasha (@aidafasha).

Jom layan lima keping gambar raut wajah sebenar Nooraida yang berjaya memikat hati pelakon Adi Putra untuk menjalin hubungan istimewa walaupun tahu si wanita ialah isteri orang lain.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...