Pages

Ads 468x60px

Labels

BUDAK 2 TAHUN PARAH DITUSUK GUNTING DI KEPALA

Kerana perbalahan ibubapa, nyawa seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dalam bahaya apabila dia terpaksa bertarung nyawa lebih lima jam setelah sebilah gunting tertusuk di kepalanya sedalam tiga sentimeter.


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 pagi itu, ibu kanak-kanak perempuan itu dipercayai cuba menyerang suaminya menggunakan gunting, namun cubaannya tersasar, sebaliknya gunting tersebut mengenai kepala mangsa yang ketika itu sedang tidur.

Sebelum kejadian itu, pasangan berusia 30-an itu dipercayai telah bertengkar di rumah mereka di Jalan Tanjung Miri, di sini kerana si isteri berkenaan menuduh suaminya menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.

Sumber berkata, ketika kejadian pasangan terbabit juga dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol menyebabkan masing-masing enggan beralah dan kemuncaknya wanita terbabit cuba menikam suaminya menggunakan sebilah gunting.

Menurutnya, pertengkaran yang pada mulanya berlaku di ruang tamu itu berlarutan sehingga ke bilik tidur sebelum wanita terbabit menyerang suaminya dengan gunting.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...