PUTUS sudah kasih sayang. Itulah berita yang dapat dikongsi mengenai pelakon kacak, Fizo Omar dan kekasih hatinya yang dikenali sebagai Haas Jaafar, 25.
Fizo memberitahu, hubungan yang terbina tidak sampai setahun itu, telah berakhir baru-baru ini.
Tetapi awas, jangan sama sekali ditanya akan sebab musabab cinta mereka tidak membawa kepada perkahwinan.
"Senang cakap, tiada jodoh. Kami tak boleh pergi jauh lagi," kata Fizo ketika ditemui dalam majlis persandingan anak Rosyam Nor di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sebelum ini kata Fizo, pada awalnya dia tidak bersedia untuk memberitahu media akan hubungannya dengan wanita itu, kerana ia masih terlalu baru.
Bagaimanapun kata Fizo, dia akhirnya terpaksa berterus terang juga setelah media bertanya dan terserempak dengannya yang datang bersama wanita itu di satu majlis.
Hubungan Fizo dengan Haas mula mendapat perhatian apabila mereka dilihat muncul pada majlis resepsi persandingan Liyana Jasmay dengan Fathuddin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 2 Februari lalu.
"Sebab itu sejak dulu lagi, saya kalau boleh tidak mahu terlalu terbuka mengenai hubungan kami. Masih terlalu awal, apa pun boleh jadi. Tetapi oleh kerana saya tidak mampu mengelak, bila media tanya, saya kena jawab juga, tak boleh menipu.
"Ternyata, hubungan kami tidak berakhir dengan baik, sekarang sudah putus," katanya yang kelihatan langsung tidak terjejas dengan kejadian putus cinta itu. Masih sibuk shooting sana sini, mencari rezeki dan memantapkan lagi nama di persada seni.Baguslah Fizo, tak perlu risau sangatlah. Cinta boleh datang dan pergi, tunggu saja masa yang sesuai, pasti akan datang juga.
Ada artis tu, kerana kemaruk cinta, emak bapa ditolak ke tepi, buat macam-macam hal yang memalukan diri sendiri.
Kalau berjumpa dengan artis macam ini, eloklah dapatkan nasihat daripada Fizo yang sememangnya amat mementingkan pendapat ibunya dalam segala macam hal menguruskan kehidupan. Jadilah anak yang mengenang budi, macam Fizo.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.