Pages

Ads 468x60px

Labels

HUKUM MENDERMA AIR MANI

Hukum Menderma Air Mani |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua yang sudi datang ke blog saya di sini saya ingin berkongsi dengan anda satu informasi yang sangat berguna kepda kita supaya tidak mengamalkan benda seperti ini kerana kemungkinan boleh jatuh kepada Zina secara tak langsung.Di Jepun ramai rakyat Jepun pergi ke hospital untuk derma air mani kepada bank tabung air mani mereka tapi di Malaysia tidak boleh sama sekali.


Soalan :


Adakah hukum berzina boleh dikenakan ke atas mereka?

1) Seorang lelaki menderma maninya kepada perempuan lain yang bukan isterinya dan perempuan itu mengandung.

2) Seorang wanita mengandung hasil daripada mani yang didermakan oleh lelaki yang bukan suaminya.

Jawapan :


Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Hukuman zina sebagaiman menurut al-Quran dan hadis ialah sebatan sehingga 100 kali. Kesalahan ini boleh disabitkan sekiranya ianya benar-benar berzina iaitu memasukkan anggota sulit lelaki ke dalam anggota sulit wanita yang bukan muhrim (tidak berkahwin)
Haram hukumnya sekiranya mana-mana wanita yang menerima derma air mani yang bukan dari suaminya.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-5 yang bersidang pada 16-17 Nov 1982 telah membincangkan Bayi Tabung Uji. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Bayi Tabung Uji dari benih suami isteri yang dicantumkan secara "terhormat" adalah sah di sisi Islam. Sebaliknya benih yang diambil dari bukan suami isteri yang sah bayi tabung itu adalah tidak sah.
     
  2. Bayi yang dilahirkan melalui tabung uji itu boleh menjadi wali dan berhak menerima harta pesaka dari keluarga yang berhak.
     
  3. Sekiranya benih dari suami atau isteri yang dikeluarkan dengan cara yang tidak bertentangan dengan Islam, maka ianya dikira sebagai cara terhormat.

- Sumber -

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...