Pages

Ads 468x60px

Labels

Rita Dicerai Talak Satu

Akhirnya menerusi laporan akhbar, Rita sendiri telah mengesahkan bahawa Aidil telah menceraikannya (Ahad) melalui sistem pesanan ringkas (SMS).
Melalui Berita Harian hari ini, antara punca utama Aidil menceraikan Rita adalah kerana kenyataan Rita yang disiarkan semalam dalam sebuah artikel bertajuk ‘Rita bengang skandal terbaru Aidil’ di ruangan B*POP.

Rita yang ditemubual bagaimanapun menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka walaupun ianya sangat mengejutkan.“Saya perlu terima keputusan ini dengan hati yang terbuka hanya beberapa jam sebelum masuk waktu berbuka. Kini segala galanya sudah jelas, Aidil akhirnya menceraikan saya. Bagaimanapun, kehidupan perlu diteruskan dan saya perlu lebih tabah,” ujar Rita dipetik dari Berita Harian.
Keratan akhbar dari Berita Harian
Untuk pengetahuan, Aidil dan Rita pernah bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 1 tahun.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...