Pages

Ads 468x60px

Labels

Isu Surau jadi tokong : Pengurus Resort Disiasat

Pengurus resort  ditahan polis untuk siasatan lanjut, susulan daripada penyebaran rakaman video yang memaparkan sekumpulan penganut Buddha dari Singapura dibenarkan menjalankan upacara keagamaan di surau resort di Sedili Besar, Kota Tinggi Johor baru-baru ini

 Menurut laporan media arus perdana, pengurus resort itu akan disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu berkaitan membinasakan, merosakkan atau mencemar tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan orang


Sebelum ini sebuah akhbar melaporkan satu video berdurasi lebih dari seminit memaparkan surau dijadikan penganut Buddha sebagai tempat untuk upacara keagamaan di sebuat resort di Kota Tinggi, Johor mula menjadi perbualan hangat selepas ia disebarkan di internet

Upacara keagamaan yang sedang dijalankan oleh penganut Buddha itu disedari oleh seorang pengunjung resort yang hendak menunaikan solat asar petang Sabtu lalu
Dalam video itu menunjukkan seramai 12 penganut agama berkenaan dan seorang sami dikatakan melakukan upacara sembahyang itu yang termasuk meletakkan gambar patung
Difahamkan pemilik resort yang merupakan warga Singapura yang mempunyai taraf Penduduk Tetap negara ini berkata beliau membenarkan kumpulan berkenaan menggunakan Surau namun tidak tahu mereka juga akan menggunakan peralatan keagamaan
Mengenai reaksi orang ramai yang menonton video yang disebarkan di internet menerusi laman sosial menganggap perkara ini bukan sahaja mencetuskan kontroversi malah mengguris perasaan dan menghina Islam



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...