Pages

Ads 468x60px

Labels

Fazura Beraya Di Kampung Halaman, Heroin Filem ‘Tembus’

Pelakon jelita Nur Fazura Shariffuddin tahun ini beraya dengan keluarga di kampung halamannya di Pekan, Pahang. Beliau tidak keberatan mengongsikan gambarnya dengan beberapa orang ahli keluarga di Instagram.

Dalam perkembangan terbaru, Fazura mendapat semakin banyak tawaran berlakon semenjak aktif semula dalam dunia lakonan. Terbaru, beliau akan muncul sebagai pelakon wanita utama dalam filem yang bakal diarahkan oleh Ahmad Idham, iaitu ‘Tembus’. Setakat ini pelakon utama lelaki belum dipastikan, sama ada Adi Putra atau Shaheizy Sam. Kalau berlakon dengan Adi Putra pun okay juga ya tak? Mereka belum pernah digandingkan sebelum ini. Keduanya sama cantik dan sepadan dan pasti akan menjadi gandingan yang dinantikan di pawagam.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...