Pages

Ads 468x60px

Labels

WANITA HAMIL DIGELEK LORI SEHINGGA TERBERANAK


Difahamkan mangsa merupakan seorang wanita yang bakal menjadi ibu. Ketika wanita yang sedang berbadan dua itu sedang asyik menunggang motorsikal, tiba-tiba dia hilang kawalan dan telah dilanggar lori. Janinnya telah terkeluar dari perut,dan kedua-dua nyawa telah terkorban di tempat kejadian. Kejadian berlaku di Thailand.








MAUT TERJUN HOTEL MALAM MERDEKA

Selayang: Seorang kakitangan awam terbunuh selepas terjun dari tingkat dua sebuah hotel di Selayang Point, di sini, selepas premis berkenaan diserbu anggota penguat kuasa dalam Ops Zina, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi, mangsa yang berusia 43 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang hotel selepas panik dengan kehadiran pihak berkuasa yang melakukan pemeriksaan ke biliknya.
Operasi diketuai penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) itu turut dijalankan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak sempena malam ambang kemerdekaan.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa yang panik dengan kehadiran anggota penguat kuasa nekad terjun dari tingkat dua hotel.

“Ketika serbuan, mangsa dipercayai berdua-duaan bersama teman wanitanya di bilik hotel. Akibat terjatuh dari ketinggian itu, mangsa cedera parah di kepala,” katanya.

BADAN TERPUTUS DUA KERANA TERJUN BANGUNAN


Seorang lelaki yang bermain badminton bersama rakannya hairan mendengar bunyi dentuman kuat dan terkejut apabila melihat seorang wanita dalam keadaan badan terputus dua dan dipercayai telah terjun dari tingkat 18 di Apartment Symphony Heights, Batu Caves, Selangor.


(Gambar mangsa yang terputus dua akibat terjun dari tingkat atas)
Kejadian pada jam lebih kurang 12.25 pagi semalam, anggota polis mendapati dokumen diri dijumpai bersama mayat wanita tersebut yang dipercayai berbangsa cina.
Mangsa seorang wanita, Yong Wei Wei, 34 tahun didapati mati di tempat kejadian dan mayatnya akan dibawa ke Hospital Selayang untuk dibesah siasat.

Siasatan awal polis belum dapat mengenal pasti sama ada mangsa bunuh diri atau unsur-unsur jenayah.

14 GAMBAR PUTING BELIUNG YANG DAPAT DIKONGSIKAN

Puting beliung atau tornado ialah sebuah tiub angin berpusing yang menyentuh tanah dan awan kumulonimbusAngin yang berada di dalam puting beliung berpusing dengan pantas dan menjadikan puting beliung sangat berbahaya.
Kebanyakan puting beliung mempunyai angin selaju 175 km/j atau kurang, dengan lebar 250 kaki (75 meter), dan bergerak beberapa kilometer sebelum "lenyap". Walau bagaimanapun, sesetengah puting beliung mempunyai angin selaju 480 km/j, dengan lebar lebih daripada (1.6 km), dan boleh bergerak melebihi 100 kilometer.[1][2][3]
Puting beliung seringkali terjadi semasa hujan ribut petir angin kuat dan mendatangkan banyak kemusnahan kepada apa-apa sahaja yang disentuhnya. Saban tahun, ada sahaja nyawa yang terkoban akibat puting beliung.















APA YANG AKAN BERLAKU PADA WANITA INI???


Ramainya peminat tengok awek cun ni naik moto besar.. He he..Nak tahu apa yang berlaku pada awek cun dalam gambar di atas.. Lihat gambar seterusnya di bawah anak panah ini.. 

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Jatuh terguling-guling depan orang ramai...
Hu..hu..hu.. Malu la... Abis glamor naik moto besar!! 
Lagi ramai la peminat tengok time ni...

MENAKJUBKAN - SEKUMPULAN IKAN MUNCUL DI TEPIAN PANTAI (6 GAMBAR)



Bila korang tengok gambar kat atas ni mesti korang ingat tu tumpahan minyak kat pantai kan? Tapi percaya atau tidak yang bewarna hitam tu adalah ikan dalam kumpulan ramai-ramai.. Gambar ni adalah di pantai Mexico dan di katakan ni adalah kesan dari Tsunami dan Gempa bumi di Jepun.  Kita doakan la bagi keselamatan seluruh rakyat Jepun.
Mesti best kalau gi mancing kat sini kan?








SEBAB2 KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP??!!

"BILIK TERAKHIR "

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". 
Di bilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.

Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung..

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali Kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara2 sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara2 yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa "

"Ahmad Albab yang punyaaaaaa" Ha Ha Ha Ha Ha "Yaaaaaaa, Ahmad Albab yang punyaaaaaa ... "

Tahniah kerana minat membaca.

 Aku pun terkena, jadi aku bg korang terkena lah pulak ye. hehehehe

*Jangan MARAH yer....*

KEMALANGAN NGERI, TUBUH PEMBONCENG TERPUTUS DUA


GAMBAR Ngeri, Badan Pembonceng Wanita Terputus Dua | Dua orang maut dalam satu kemalangan ngeri dimana salah seorang iaitu pembonceng wanita maut dalam keadaan ngeri dengan badannya terputus dua. Bagaimanapun, lokasi dan info lanjut kemalangan ini tidak diperolehi.


Dibawah ni gambar badan perempuan yang terputus dua itu yang diambil di lokasi kejadian. Tapi sebelum tu anda di ingatkan agar tidak melihat gambar dibawah andainya tidak kuat semangat.

Walau bagaimanapun diharap gambar ngeri ini menjadi iktibar kepada kita semua agar sentiasa berhati-hati di jalan raya. Sayangilah nyawa anda dan nyawa orang lain, ingat orang tersayang dan berhati-hati ketika memandu.

13 PERKARA YANG PERLU DIJAGA OLEH WANITA


1. Bulu kening ¨C Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
2. Kaki dan semacam hantu loceng ¨C Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan ¨C (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng¡­sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ¡­.
3. Wangian ¨C Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)
4. Dada ¨C Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi ¨C Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya ¨C (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
6. Muka dan leher ¨C Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Pakaian yang nipis (jarang) ¨C Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
8. Tangan ¨C Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
9. Mata ¨C Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
10. Mulut (suara) ¨C Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)
11. Kemaluan ¨C Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
12. Pakaian ¨C Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut ¨C Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Foto : Erin Malek Bercuti, Ibu Disangka Kakak

Erin malik dan ibunya
Pada 9 Ogos lalu, pelakon yang terkenal menerusi drama Misiku Kuza, Erin Malek difahamkan telah terbang ke Brisbane, Australia bagi meluangkan masa bersama keluarga tercinta.
Erin dikatakan berada di sana selama seminggu dan mereka sekeluarga telah selamat pulang ke Malaysia pada 15 Ogos lepas.

Sepanjang berada di negara tersebut, Erin telah sempat berkongsi beberapa foto menariknya bersama peminat dan dalam banyak-banyak foto yang dikongsikan itu, paling menarik adalah sekeping foto yang tertulis caption berbunyi :



Melalui foto tersebut, ibu pelakon itu kelihatan sangat muda dan mereka kelihatan seperti adik beradik. Beberapa orang peminat turut menulis komen mengatakan ibu Erin Malek muda dan juga cantik. Apa pandangan anda pula?



CUBA CARI SEEKOR KATAK DI DALAM GAMBAR INI!!

Gambar tersorok katak.
Jom uji mata anda. Cuba cari gambar tersorok seekor katak di dalam gambar ini. 
Siapa dapat cari katak memang mata hebat!! Syukur padaNYA..

Jika anda tidak nampak....
Lihat artikel di bawah sehingga selesai. Anda akan nampak seekor katak..
Jawapannya ada disini..
He..he...





KANAK-KANAK MENJADI MANGSA KEKEJAMAN ZIONIS (13 GAMBAR)





Seperti mana yang anda tahu, Dunia Gaza sedang bergolak dengan serangan tentera rejim zionis ke atas umat islam di semenanjung Gaza.. Ramai yang menjadi mangsa kekejaman Israel termasuklah anak kecil yang tidak berdosa.. Serangan yang bertalu-talu, roket dan peluru yang tidak mengenal mangsa ditujukan di bumi Gaza..

Cukup menyayat hati bukan?? Kita yang hanya melihat, tetapi mereka yang menanggungnya lebih berat dan memilukan… Setiap hari ada mangsa yang terkorban… setiap hari tangisan mengalir… setiap hari mereka hidup dalam ketakutan… setiap hari mereka dihujani peluru sesat tentera Israel… 
” Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
Ya Allah Yang Maha Esa, aku hanya mampu membantu dari doa untuk keselamatan umat islam disana.. Diharapkan rakan-rakan juga turut sama berdoa agar saudara islam kita disana dilindungi Allah .S.W.T.. Allahu Akbar!

Lihat gambar-gambar dibawah yang menunjukkan kanak-kanak menjadi mangsa kekejaman tentera zionis.














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...