Pages

Ads 468x60px

Labels

IQRAM DINZLY SAMBUT BIRTHDAY 'BERDUA' DENGAN KEKASIH? - 6 GAMBAR



Sambutan Hari Lahir 'berdua' Iqram Dinzly dan Soo Wincci yang menimbulkan persoalan segelintir pihak mengenai hubungan mereka. Siap beri kek ikan dengan makanan istimewa lagi..! 

"Tuhan tu Maha Kaya.. Maha Pemurah.. Lagi Maha segalanya. Kalau kita ikhlas dan redha akan sesuatu ketentuannya, pasti ada balasan yg terbaik darinya. Lepas ni tak mahu main-main dah," ujar Iqram yang kini berusia 32 tahun. 


Alhamdulillah jika Iqram sudah menemui cinta hatinya. Tentu peminat tidak sabar menunggu hari bahagia Iqram.






BEDAH RAHIM - SCHA INGIN BERGELAR 'MUMMY'


Alhamdulillah.... pembedahan membuang ketumbuhan Endometriosis dalam rahim Scha Al Yahya pada awal September lalu akhirnya berjaya! Kini pelakon dan pengacara itu sudah bersedia untuk hamil sekiranya dikurniakan rezeki oleh ALLAH SWT. 

“Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai tahap serius, tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa. Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah dan tidak mahu berlengah lagi. 



"Saya juga bersyukur kerana semuanya berjalan dengan selamat,” ujar Scha pada media. 

Tambahnya, seperti pasangan lain, dia dan Awal juga sudah bersedia untuk menjadi ibu bapa. Namun disebabkan kesibukan karier, mereka tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut. 

“Memang saya sudah bersedia untuk bergelar ‘mummy’, Tapi buat masa ini, kami masih sibuk dengan kerjaya masing-masing," ujarnya penuh makna. 




KAMAL ADLI SUDAH SEDIA BERKAHWIN, SIAPA PILIHANNYA???


"Saya sudah bersedia untuk kahwin dan kami ada berbincang mengenai perkahwinan," begitulah respon pelakon Kamal Adli pada media apabila ditanya kesudahan kisah cintanya dengan aktres Intan Ladyana. 

Menurut Kamal, dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga kerana merasakan kedudukannya lebih stabil untuk membina keluarga. 




Malah dia kini sudah pun memiliki aset seperti rumah dan kereta. Bagaimanapun, dia masih mempunyai satu hasrat lain iaitu mahu membuka gelanggang futsal di sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM) pada akhir tahun ini. 

"Saya seronok sangat apabila kami dah tak lagi dikaitkan dalam mana-mana berita mahupun gosip. Yalah... lagipun semua orang dah tahu mengenai perhubungan ini. 





"Orang mesti kata 'dia orang tunggu masa nak kahwin saja'... Itu yang mereka dah tak banyak cakap fasal kami. Tetapi macam mana pun kami tetap tidak boleh lari daripada persoalan, 'bila nak kahwin?'," ujarnya yang turut bersyukur kerana tawaran kerja yang mencurah kebelakangan ini.

Jika begitu, nampaknya bertuah sungguh Intan mendapat bakal suami yang sudah mempunyai perancangan lengkap untuk masa depan. Moga apa yang mereka rancangkan itu bakal menjadi kenyataan. 

AKIBAT MEMADU ASMARA DENGAN ISTERI ORANG


Angkara mencintai isteri orang, seorang lelaki terpaksa bermalam dua malam di hospital akibat cedera dibelasah penduduk kampung apabila perbuatan terkutuk mereka dilihat suami wanita itu sendiri.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, lelaki berumur 20 tahun yang bekerja sebagai tukang jahit dari Kampung Pangkal Changgong, Machang, Kelantan itu cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala apabila dipukul penduduk kampung.

Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung di kawasan Jabi yang terletak beberapa kilometer dari Kampung Renek di sini, lelaki terbabit dibelasah ketika berada di dalam rumah sewa wanita itu.
Sebelum itu, kira-kira jam 10 malam, wanita itu dikatakan telah pergi menghantar suaminya yang berusia 23 tahun bermain futsal di sebuah gelanggang futsal di kawasan Jertih.
Apabila pulang ke rumah, wanita itu dikatakan menghubungi buah hatinya dan mangsa datang ke rumah tersebut kerana telah membuat temu janji sebelum itu.
Difahamkan sejam kemudian, suami wanita itu menghubungi isterinya, namun tidak ada jawapan menyebabkan dia mengesyaki sesuatu lantas pulang ke rumah bersama rakannya untuk mengetahui apa yang berlaku.
Apabila tiba di rumah, dia dapati sebuah kereta Perodua Myvi berada di hadapan rumahnya sebelum dia mengintip melalui lubang rumah dan mendapati isterinya bersama seorang lelaki dalam keadaan kurang sopan.
Si suami kemudian masuk ke dalam rumah bersama penduduk kampung, menyebabkan berlaku pergelutan antara lelaki tersebut dan penduduk kampung.
Suami wanita itu yang bekerja sendiri kemudian menghubungi penguat kuasa syariah pejabat agama daerah sebelum pasangan itu diserahkan kepada pihak polis.
Difahamkan pasangan suami isteri itu mempunyai seorang anak berusia setahun lebih, tetapi ketika kejadian anak mereka berada dalam jagaan ibu bapa wanita berkenaan di Kampung Guntung, Setiu.
Menurutnya sumber, mangsa mengaku ketika kejadian dia baru selesai mengadakan hubungan seks dengan wanita berkenaan dan mereka berkenalan sejak awal tahun lagi.
Lelaki itu juga mendakwa kononnya dia tidak tahu wanita itu berstatus isteri orang kerana wanita terbabit memberitahu dia belum bersuami menyebabkan dia menjalin hubungan dengan suri rumah itu.
Dikatakan juga, lelaki tersebut mengenali pasangannya selepas dia tersalah nombor telefon menyebabkan dia menghubungi wanita itu dan dari situ hubungan mereka terus mesra dan sudah beberapa kali bertemu di pekan
Jertih sebelum ini.
Lelaki yang cedera di bahagian muka, kaki dan anggota badan itu dirawat di Hospital Besut sebelum dibenarkan keluar semalam namun ditahan semula oleh penguatkuasa pejabat agama saerah untuk diambil keterangan.
Pemangku Ketua Polis Daerah, DSP Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada suami wanita berkenaan dan tangkapan tersebut.
Menurutnya, pasangan tersebut diserahkan kepada pejabat agama daerah untuk tindakan seterusnya. – Sinar Harian

KEJAM!!! MAYAT DOKTOR DISUMBAT DAN DISIMEN DALAM TONG DRUM

Seorang doktor di temui mati disimen di dalam tong drum di Mexico. Seperti mana yang korang tahu, Mexico merupakan kawasan raja segala pengusaha dadah di Benua Amerika dan mungkin juga antara yang terbesar di dunia. 


Seorang doktor malang ini dibunuh dan disimen di dalam tong drum setelah merawat seorang ketua pengusaha dadah Mexico yang cedera parah. Ketua pengusaha tersebut berjaya dirawat oleh doktor dan untuk menyembunyikan identitinya, doktor tersebut telah dibunuh dengan kejam.

Lagi gambar di bawah ini...


Tong berwarna kuning tersebut berisi seorang doktor dan yang berwarna hitam itu pulak tidak diketahui, mungkin pembantu doktor ini agaknya.


Isu jenayah bukan saja berlaku di kalangan mereka, tetapi juga melibatkan orang awam. Menurut sumber, mana-mana individu yang dilihat menjadi ancaman kepada pengusaha dadah ini akan menghadapi ancaman bunuh dan biasanya mereka akan dibunuh. Pengusaha dadah di Mexico ini amat ganas dan tidak mengenal mangsa wanita atau kanak-kanak. Mereka membunuh tanpa belas kasihan malah terdapat juga pertempuran di antara kumpulan-kumpulan pengusaha dadah lain yang bersaing di dalam pasaran.

FIZO DAN MAWAR AKAN BERTUNANG, BERCINTA SELEPAS KAHWIN


Baru-baru ini Fizo Omar telah mendedahkan dia dan Mawar bakal bertunang tidak lama lagi. Namun beliau tidak mendedahkan bila majlis berkenaan akan dilangsungkan. Rasanya ramai peminat Fizo dan pihak media tertanya-tanya bilakah aktor dan juga usahawan burger itu bakal melangsungkan pertunangannya.
Fizo, 28, dedah dia dan kekasihnya, Mawar Abdul Karim menjangkakan akan melangsungkan majlis pertunangan pada awal November depan. Namun ia belum pasti. Mereka akan mengadakan satu sidang media khas bagi mengumumkan tarikh pertunangannya itu dalam masa terdekat. Katanya, setakat ini dia masih belum mempunyai tarikh tertentu bila majlis berkenaan akan diadakan.

“Insya-Allah dalam masa terdekat ini kami akan adakan satu sidang media bagi mengumumkan perkara itu dan kami menjangkakan pertunangan itu akan berlangsung pada awal November ini. Apabila keluarga sudah bersetuju, baiklah kami bertunang dan saya rasa, lebih elok kami bercinta selepas kahwin nanti.” katanya.
Keluarga Fizo pada 28 Ogos lalu telah menghantar rombongan merisik Mawar, 24, yang juga anak kepada pengasas tudung Fareeda iaitu Faridah Zakaria.


Dalam perkembangan sama, Fizo mengakui dia dan Mawar jarang berjumpa kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing namun sering berhubung untuk bertanya khabar. Malah kata Fizo, persiapan pertunangan mereka hanya dibuat menerusi telefon dan mereka hanya akan berjumpa jika ada kelapangan.


ISTERI BERTUKAR-TUKAR TEMAN LELAKI


Sebuah kisah sedih hati suami mana tidak hancur jika isterinya masih bertukar-tukar pasangan hingga ke bilik ikuti pengakuan seorang suami bernama Mamat (bukan nama sebenar).

Saya sebenarnya tidak tahu apa yang dia mahukan. Malah saya menerima dirinya seadanya dan mahu membimbing dia ke jalan yang benar," ujar Mamat ketika meluahkan isi hati mengenai perkahwinannya yang hanya mampu bertahan selama dua setengah bulan.

Bercerita lanjut Mamat memberitahu, perkahwinannya dilangsungkan berdasarkan cinta dan tiada paksaan daripada mana-mana pihak walaupun hakikatnya dia mengetahui kehidupan 'hitam' yang dilalui bekas isterinya itu sebelum mereka diijabkabulkan.


Dia yang juga merupakan seorang hamba Allah yang tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan bagaimanapun sanggup menerima bekas isterinya itu. Malah berniat untuk membimbing dan seterusnya meninggalkan kehidupan yang lalu.

"Secara jujur saya beritahu, kehidupan bekas isteri saya dahulu boleh dikatakan seperti pelacur kelas atasan.

"Ini kerana setiap lelaki yang berdampingan dengannya pasti akan dibawa ke ranjang.

"Walaupun dirinya keji begitu saya sanggup 'kutip', malah menerima dia seadanya dan melupakan segala kehidupannya yang lalu.

"Tapi saya tidak pernah menyangka semuanya hanya lakonan. Dia tetap meneruskan kehidupannya bertukar-tukar pasangan dan mengajak teman-teman lelakinya ke ranjang selepas kami berkahwin," ujarnya lanjut.

Tidak cukup dengan itu, menurut Mamat, segala pemberian semasa perkahwinan mereka dahulu termasuklah wang hantaran berjumlah RM10,000 semuanya diserahkan kepada teman-teman lelakinya.

Mamat yang ternyata kecewa dengan perangai bekas isterinya pada mulanya tidak mempercayai bahawa wanita itu sanggup berbuat demikian memandangkan dia pernah berjanji untuk meninggalkan segala-galanya untuk memulakan kehidupan baharu.

Ternyata janji tinggal janji. Malah Mamat memberitahu, bekas isterinya seolah-olah amat ketagih dengan perangai lamanya yang dahagakan seks lelaki lain serta tidak puas dengan hubungan seks 'halal' bersama suaminya sendiri.

Mamat pernah terfikir sekiranya bekas isterinya itu sanggup dan ingin berubah sudah pasti dia akan memikirkan mengenai dirinya yang sudah 'kotor' dan 'tercemar' sanggup pula diterima oleh seorang lelaki yang telah mengetahui segala-galanya mengenai kegiatan tidak bermoral dirinya selama ini.

Apa yang lebih mengecewakan Mamat, bekas isterinya tidak pernah rasa bersalah dengan apa yang dilakukan.

Dia juga pernah menipu Mamat dengan memberitahu bahawa dia perlu bekerja di luar daerah. Tetapi pada hakikatnya dia pergi berfoya-foya dengan teman lelakinya di sebuah pusat peranginan terkenal di Pahang.

"Sebenarnya daripada 'kerja luar daerah' itulah segala-galanya terbongkar, apabila saya menjumpai resit dia menginap di sebuah hotel di pusat peranginan tersebut.

"Bukan itu sahaja, saya turut menjumpai resit minuman di pusat peranginan itu yang tercatat pukul 3 pagi dan hanya ada dua pesanan minuman sahaja dibuat.

"Waktu itu saya berasa sangat dihina dan ditipu hidup-hidup. Setelah bertanya dan disoal, akhirnya bekas isteri saya mengaku berada di pusat peranginan itu bersama kekasihnya," katanya dalam nada sebak.

Begitupun, Mamat berkata, dia tetap memaafkan bekas isterinya itu dan ingin memberi peluang kedua kepadanya. Namun lain pula yang jadi apabila seorang rakan memberitahu dia terserempak dengan bekas isterinya dengan lelaki lain dalam keadaan begitu intim.

Mamat yang begitu tawar hati dengan perangai bekas isterinya yang telah diberikan peluang untuk menginsafi diri itu akhirnya mengakibatkan mereka berdua bergaduh.

Dalam pergaduhan itu bekas isterinya sanggup menghina dan mencerca dirinya.

Kata Mamat, dia sememangnya tidak pernah menyangka bahawa bekas isterinya sanggup menghina dirinya semata-mata ingin bersama dengan teman-teman lelakinya.

Dia akhirnya mengambil keputusan bercerai dengan wanita itu.

Apa yang lebih mengejutkan Mamat, selepas perkara tersebut berlaku, dia cuba berbincang perkara itu dengan keluarga mentuanya tetapi sangkaannya tidak seperti yang diharapkan.

"Cuba bayangkan, saya berkunjung ke rumah mentua di Pantai Timur untuk berbincang mengenai perkara tersebut serta memberitahu perkara yang telah berlaku antara saya dengan anak mereka.

"Tetapi apa yang mengejutkan ialah mereka tidak mempercayai apa yang diceritakan oleh saya. Mentua menyokong apa yang dilakukan oleh anak mereka.

"Di sini nampak sangat seolah-olah mereka tahu mengenai kegiatan anak mereka selama ini tetapi tidak menegah apatah lagi memberi nasihat untuk meninggalkan segala perbuatan terkutuk itu," jelasnya.

Mamat yang kini tetap menduda tidak pernah terfikir untuk berkahwin lain. Peristiwa tersebut tetap segar dalam ingatan walaupun telah berlaku empat tahun yang lalu.

Yang pasti, hari ini setelah empat tahun, Mamat baru-baru ini akhirnya menerima permohonan maaf daripada bekas isterinya atas apa yang telah dilakukan.

Malangnya Mamat menegaskan, dirinya sama sekali tidak akan memaafkan perbuatan bekas isterinya itu.

Mamat memberitahu dia sebenarnya bukan berdendam tetapi sehingga kini telinganya masih terngiang-ngiang segala cercaan serta makian yang pernah dihamburkan oleh bekas isterinya itu.

Walaupun tidak pernah ambil peduli lagi akan kehidupan bekas isterinya selepas mereka bercerai, Mamat mendapat tahu bahawa bekas isterinya kini terkontang-kanting ditinggalkan oleh setiap teman lelakinya apabila telah mendapat teman wanita lain.

"Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan dalam hal saya ini mungkin tuhan ingin menunjukkan saya sesuatu.

"Mula-mula teman lelakinya meninggalkannya untuk seorang wanita lain dan selepas ini tidak tahu pula apa yang akan berlaku.

"Cuma satu apa yang saya harapkan agar dia segera bertaubat dan menginsafi dengan apa yang telah berlaku sebelum semuanya terlambat kerana ajal maut kita tidak boleh jangka," beritahu Mamat sebelum mengakhiri bicara.

ISTERI MAT YO DIPERCAYAI MEMBUAT LAPORAN POLIS PALSU???



PADA 12/09/13 JAM LEBI KURANG 1150HRS SEMASA SAYA BERADA DI KAWASAN AIRPORT SUBANG BERSAMA SUAMI SAYA, KAMI MERANCANG DAN BERBINCANG DI DALAM KERETA UNTUK MEMBELI TIKET KAPAL TERBANG DI TERMINAL 3 SKYPARK. SEMASA SAYA MEMBERHENTIKAN KERETA SAYA WVQ 9090 JENIS MINI COOPER BERHADAPAN DENGAN PINTU MASUK TERMINAL 3, TIBA TIBA SEORANG SEKURITI SKYPARK BERNAMA (AZMAN) DATANG KEARAH KERETA SAYA DAN MENYURUH SAYA MENGALIHKAN KERETA SAYA. LALU SAYA MEMINTA UNTUK BERHENTI SEKETIKA. SELEPAS DUA MINIT SEKURITI ITU DATANG DAN MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT TERHADAP SAYA, SEPERTI PEREMPUAN BODOH, SIAL, BANGANG, PEREMPUAN GILA DAN BANYAK LAGI. SEMASA KEJADIAN TERSEBUT SEKURITI ITU CUBA MENYERANG SAYA BEBERAPA KALI WALAUPUN SUAMI SAYA ADA DI SITU, SAYA TERASA AMAT MALU DI PERLAKUKAN SEBEGITU SEBAGAI WANITA.  SAYA JUGA ADA MERAKAM KEJADIAN TERSEBUT. SAYA DATANG KE BALAI POLIS UNTUK BUAT LAPORAN UNTUK TINDAKAN PIHAK POLIS. SEKIAN LAPORAN SAYA.

Begitulah ayat yang ditulis oleh isteri Mat Yo terhadap insiden seorang Pengawal Keselamatan bernama Azman Nayan di maki hamun dengan perkataan .. SAYA BUKAN BODOH .. SAYA BUKAN BODOH .. SAYA BUKAN BODOH .. SAYA BUKAN BODOH ... SAYA BUKAN BODOH.. SAYA BUKAN BODOH ...PAK CIK BODOHLAH PAK CIK .. PAK CIK BODOH ... PAK CIK BODOH ... PAK CIK BODOH ..... JANTAN DAYUS ... JANTAN DAYUS .. JANTAN DAYUS ...JANTAN DAYUS.

Jika di dengar pada rakaman Youtube yang di muat naik sendiri oleh isteri Mat Yo tiada sepatah perkataan pun Pengawal Keselamatan itu memaki hamun isteri Mat Yo dengan perkataan perempaun bodoh, sial, bangang perempuan gila ..

Jelas sekali isteri Mat Yo berbohong ketika membuat laporan polis.

Kalau dengan pihak polis pun beliau berani dan sanggup berbohong,  apa jaminan perkara lain-lain beliau tidak berbohong.

Isteri Mat Yo jelas telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu, boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

PILU - ANAK MELIHAT IBU DIGILIS LORI SIMEN


KUALA LUMPUR - Hasrat seorang wanita mengambil anaknya pulang dari sekolah tidak kesampaian apabila dia maut digilis sebuah lori simen di hadapan Sekolah Kebangsaan Convent Sentul 1 & 2, semalam.
Dalam kejadian jam 2.15 petang, mangsa, Siti Rohani Mohamed Saadi, 30, isteri kepada anggota polis Balai Sentul, dikatakan gagal mengawal motosikalnya setelah bergesel dengan lori itu.


Lebih memilukan kejadian disaksikan anak perempuan mangsa berusia sembilan tahun, lalu menghubungi ayahnya (suami mangsa).
Kejadian makin kecoh apabila orang ramai membaling batu ke arah lori simen dan memukul pemandu lori warga Indonesia dengan kayu. Bagaimanpun, kehadiran anggota polis trafik menyuraikan keadaan dan menahan pemandu untuk siasatan.
Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, motosikal gagal dikawal menyebabkan mangsa tercampak bawah lori.

Katanya, mangsa kemudiannya digilis dan maut serta-merta di tempat kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.


Sukar digambarkan perasaan seorang suami apabila melihat mayat isterinya dalam keadaan mengerikan akibat digilis lori pembancuh simen di Jalan Tanah Lapang off Jalan Sentul, di sini, semalam.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian saya lihat isteri saya terbaring di bawah lori dan berlumuran darah,” kata lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Sham, 32, itu dengan nada sebak.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu, isterinya, Siti Rohani Mohamed Saadi, 30, maut dengan badan hampir putus akibat digilis tayar belakang sebelah kiri lori.
Motosikal yang ditunggang mangsa


SAYA BUKAN BIADAP, INDIVIDU LAIN CABAR SAYA - ISTERI MAT YO



Siti Aisya nafi sebar video, mohon orang ramai henti cemuh suami
Kuala Lumpur: “Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.

bu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu.

“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?


Dua individu miliki video

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku.

“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan.

“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.
Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.


Tak terlintas saman

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.

GADIS CANTIK KENCING DI DALAM LIF

Jika sebelum ini, kita dihidangkan dengan video seorang perempuan tua di China yang tidak segan-silu membuang air besar di dalam lif, di negara kita pun rupanya ada juga yang sama spesis seperti nyonya tersebut.


Kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah lif di pangsapuri Sri Saujana, Pulau Pinang di mana kelihatan seorang gadis tidak menghiraukan kamera litar tertutup (CCTV) yang berada dalam lif tersebut asalkan dia dapat melepaskan hajatnya untuk membuang air pada ketika itu.
Hmm, semakin parah nampaknya kesedaran sivik rakyat Malaysia ni.
Kot iya pun, apalah salahnya tahan sehingga sampai ke rumah awak dulu cik adik manis oi..
Kan, tak pasal-pasal gambar awak buang air kecil dah kantoi di laman-laman sosial.

VIDEO AISYAH AZIZ ADIK KEPADA ALIFF AZIZ [Konsert Prelude AF 2013 Top 24]


Adik Aliff Aziz iaitu Aisyah Aziz terpilih untuk menyertai AF 2013, tahun ini. Lunak juga suara adik Aliff Aziz ni. Jom kita layan..


Berilah sokongan anda. Undilah Aisyah Aziz jika dia pilihan anda.

UNIK!!!! HOTDOG HITAM ISTIMEWA



Jika anda menyangka hotdog ini telah hangus dibakar, ternyata sangkaan anda meleset sama sekali. Hotdog hitam yang istimewa ini boleh didapati di sebuah restoran di Jepun.
Restoran ini menyediakan hotdog hitam ini dengan menggunakan dakwat sotong sebagai salah satu bahan istimewanya.

Pelik juga rupa hotdog hitam ini.








MAJIKAN PERTAHAN AZMAN - SYARIKAT MAHU LAWAN ISTERI MAT YO


KUALA LUMPUR – Majikan kepada pengawal keselamatan, Azman Mohd. Nayan yang dikatakan dimaki hamun dan ditendang oleh isteri kepada pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim, Nor Shahrul Idlan Talaha atau Mat Yo bertegas akan mempertahankan tindakan pekerjanya itu yang disifatkan betul dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) syarikat.

Pengurus syarikat keselamatan Valiant Force Sdn. Bhd., Mukhveer Singh Gill berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya meneliti kesemua aspek termasuk mendengar keterangan saksi dan melihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian di Lapangan Terbang Subang Skypark di Subang dekat sini.



PENERBIT KESAL SIKAP FIDA IBRAHIM LARI DARI LOKASI


Oleh kerana terasa disindir dengan babak babak akhir sebuah telefilem lakonannya sendiri, Fida Ibrahim dikhabarkan telah meninggalkan lokasi penggambaran sebuah drama di Baling, Kedah hujung minggu lalu. Apa cerita?
Penerbit Kampungku dan Aidiladha iaitu Hazmimi Johar berkata Fida Ibrahim tidak berpuashati dan terguris hati dengan adegan akhir telefilem berkenaan apabila terdapat skrip yang dikatakan cuba menyindirnya — walaupun sekadar lakonan.

“Saya tidak faham dengan sikap dia (Fida) kenapa perlu terasa dengan skrip berkenaan kerana ia hanya lakonan. Perbuatannya telah menyusahkan semua krew produksi,” jelas penerbit itu.
Hazmimi juga berkata yang Fida Ibrahim ada merungut mempersoalkan lokasi penggambaran selain mendakwa diberi tempat penginapan yang tidak selesa — walaupun tahu lokasi penggambaran di kawasan luar bandar.

“Suka atau tidak dia telah menandatangani kontrak untuk berlakon dalam drama berkenaan dan saya percaya, dia seharusnya sudah memahami perjalanan skrip itu. Apa yang berlaku jelas menunjukkan dia tidak membaca skrip sebelum ini dan cuba menyalahkan orang lain.”

ISTERI MAT YO KURANG AJAR - VIDEO BERGADUH DENGAN GUARD

Saksikan video ini, dan anda boleh nilai sendiri daripada kejadian ini. Kita sebagai orang islam di ajar untuk berbudi bahasa, tidak sombong dengan pangkat atau nama. Perlu hormat-menghormati antara satu dengan yang lain, apatah lagi orang lebih tua daripada kita. Janganlah terlalu ego untuk mengakui kesilapan.


Apa pendapat anda?? Kita mempunyai akal yang waras dan boleh menilai semua ini!!

(Video) Ku YAKIN Mat Yo Tak Salah - Dari peminat tegar Mat yo





PENCURI DIPUKUL DAN DIBAKAR HIDUP-HIDUP


Satu lagi tragedi hakim jalanan terjadi di Kenya, dua orang pencuri yang ditangkap oleh penduduk. Setelah di tangkap dan dipukul hingga lembik kemudian dua orang pencuri ini dibakar hidup-hidup, sehingga menemui ajal. Dalam gambar-gambar ini anda boleh lihat bagaimana keadaan dua orang yang dikatakan pencuri ini kelihatan menyedihkan dengan keadaan tubuh terbakar, meronta kesakitan.

Sebuah cara kematian yang sangat menakutkan, mati ketika melakukan kejahatan. Bagi saya tidak ada cara kematian yang paling menakutkan selain anda menyaksikan jalan kematian anda sendiri.

Hakim jalanan memberikan keputusan tanpa ampun dan tidak dapat memahami apapun alasan. Hukum jalanan adalah hukum tanpa aturan dan tidak diperlukan peguam. Berhati-hatilah, jangan sampai berurusan dengan hakim jalanan.
















Jadikan pengajaran untuk kita walaupun ianya terjadi di luar negara..Nauzubillah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...