Pages

Ads 468x60px

Labels

SEDIH!!! WAN MAIMUNAH SEMAKIN SUSAH TIADA TAWARAN LAKONAN

Apa sudah jadi? Itulah soalan yang pertama terlintas di fikiran selepas mendapat tahu mengenai perkembangan terbaru mengenai pelakon serba boleh, Wan Maimunah.


Dengarnya, hidup pelakon ini sudah semakin susah dan khidmatnya kini dikhabarkan tidak lagi diperlukan oleh mana-mana pihak produksi tempatan. Malah, Wan Maimunah yang lebih mesra  disapa ibu itu juga sudah pun tidak ingat drama terakhir yang dilakonkannya.

Dalam erti kata lain, dia sudah lama tidak berlakon.

Menurut sumber, ibu sudah tidak lagi menerima sebarang tawaran walaupun masih lagi sihat dan boleh berlakon sama seperti dulu. Malah, diberitahu lagi, ibu kini hanya meniaga di hadapan rumahnya saja demi mencari nafkah sesuap nasi.

Lebih menyedihkan, niat ibu untuk berniaga di pasar malam juga tidak kesampaian disebabkan dia tidak mempunyai wang untuk dijadikan modal. Yang penting, dari kisah ini, dapatlah pihak SENIMAN membantu menyelesaikan ceritera sedih yang melanda Wan Maimunah.

Masih ramai lagi anak seni tempatan perlu bantuan dan mengalami masalah lebih teruk lagi tanpa disedari orang lain. Mungkin perkara sebegini tidak akan jadi kalau sistem hiburan tempatan sistematik dan berlaku adil.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...