Pages

Ads 468x60px

Labels

ROZITA CHE WAN TELAH DILAMAR (6 GAMBAR)


Mungkin akibat didesak dan timbulnya pembagai khabar angin tentang pertunangan dan sebagainya, akhirnya Zain Saidin, 29, merisik Rozita Che Wan, 40, dalam majlis tertutup di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur, semalam. 

Perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh pengurus peribadi Rozita. Katanya, majlis telah berlangsung kira-kira jam 3 petang dan disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak yang seramai 50 orang. 




"Majlis ini dijalankan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga sahaja. Ia hanya majlis merisik, bukan pertunangan. 

"Ia majlis pihak lelaki mahu bertanya sama ada Rozita sudah ada yang punya atau belum,” jelasnya kepada media. 




Menurut pengurus yang bernama Afiq itu, majlis berlangsung secara sederhana dengan tema adat melayu tradisional. 

Bagaimanapun, Zain yang dihubungi media enggan mengulas lanjut mengenai majlis melamar tersebut. Malah dia seolah-olah terkejut apabila pihak media mengetahui rahsia itu dan seterusnya hanya mengesahkan yang dia ada melamar Rozita. 






No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...