Pages

Ads 468x60px

Labels

AERIL ZAFRIL AKAN DEDAH SIAPA DAN TUJUAN SEBENAR 'MEREKA'

Aeril Zafril Akan Dedah Siapa Dan Tujuan Sebenar 'Mereka' | SELEPAS mengetahui kisahnya dan aktres Wawa Zainal dipaparkan secara eksklusif menerusi akhbar sisipan Berita Harian, Bipop, hari ini, Aeril Zafril terus menulis di laman Twitternya seakan memberi bayangan akan menjawab segala dakwaan tersebut di kemudian hari.

BACA :  AERIL ZAFRIL & WAWA ZAINAL SUDAH NIKAH 4 FEBRUARI, DAPAT CAHAYA MATA 24 OGOS (6 GAMBAR)




Aeril menyatakan dia akan mendedahkan siapa dan apa tujuan sebenar ‘mereka’ berhubung artikel tersebut.

Namun tidak dapat dipastikan siapa ‘mereka’ yang dimaksudkan oleh Aeril.

Aeril dan Wawa dikatakan sudah bernikah Februari lalu malah telah pun menimang cahaya mata lelaki pada 24 Ogos lalu.

Adalah lebih baik sekiranya Aeril dan Wawa tampil ke depan menjelaskan perkara yang sebenar berhubung kisah ‘perkahwinan’ di antara mereka ini sebelum lebih banyak mulut-mulut orang luar berkata yang tidak baik mengenai kedua-duanya.


Pasangan ini dikatakan mula rapat selepas membintangi filem 99 Kali Rindu terbitan Metrowealth yang menggandingkan mereka sebagai hero dan heroin bagi naskhah tersebut.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...