Pages

Ads 468x60px

Labels

Aeril Zafril & Wawa Zainal Sudah Nikah 4 Februari, Dapat Cahaya Mata 24 Ogos (6 Gambar)


Aeril Zafril & Wawa Zainal Sudah Nikah 4 Februari, Dapat Cahaya Mata 24 Ogos | Memang terkejut sangat membaca pendedahan ekslusif BiPop hari ini. Mana tidaknya, sebelum ini Aeril Zafril mati-mati menafikan bahawa dirinya dan Wawa Zainal mempunyai sebarang hubungan. Tup-tup BiPop mendedahkan bahawa mereka sudah bernikah 4 Februari lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 24 Ogos.

Antara pendedahan yang dilakukan ialah Aeril dan Wawa telah mendaftarkan pernikahan mereka di Pejabat Agama Islam Daera Petaling Jaya pada 4 Februari lalu. Seorang bayi lelaki didaftarkan atas nama Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013 adalah bayi milik pasangan tersebut. Bayi seberat 3.12 kilogram itu direkodkan dilahirkan di Roopi Medical Centre, Kuala Lumpur pada jam 9.25 pagi.


Mengikut siasatan lagi, rekod yang diperoleh di JPN mendapati nama bapa bayi berkenaan bernama Suharil Suhari iaitu nama sebenar Aeril. Data peribadi Aeril yang dilahirkan pada 2 Disember 1988 dan ibunya Nur Hawa Zainal Abidin (nama sebenar Wawa Zainal) yang dilahirkan pada 12 Mac 1992, nyata sama dengan identiti ibu bapa kepada bayi berkenaan.

Wawa Zainal mula menghilangkan diri sekitar Februari dan Mac dengan alasan pulang ke kampung untuk berubat penyakit misteri. Tarikh tersebut adalah sekitar tarikh dirinya dan Aeril bernikah. Nama anak mereka (Fakharuddin) diambil daripada nama watak utam filem 99 Kali Rindu yang menggabungkan mereka berdua.


Wawa dan Aeril dikatakan telah menyulam cinta sejak 3 tahun yang lalu. Adakah pembongkaran ini membuktikan bahawa Aeril dan Wawa selama ini berbohong? Kalau betul sudah berkahwin, apa salahnya beritahu kepada orang ramai. Jangan bersembunyi dan terus memberikan alasan yang tidak masuk akal. Sama-samalah kita nantikan penjelasan daripada Aeril dan Wawa. Baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca pendedahan lengkap yang dikeluarkan menerusi BiPop hari ini.

Desas-desus selama ini yang mengatakan pelakon berlesung pipit, Wawa Zainal dan aktor yang pernah membintangi filem Cinta Kura-Kura dan Budak Pailang, Aeril Zafrel bercinta sering dinafikan 2 pelakon itu. Malam begitu sukar memperoleh kenyataan daripada kedua-duanya untuk membuat pengakuan sebenar bahawa mereka dalam alam pencintaan, di sebaliknya jawapan pernah diberikan ialah mereka cuma berkawan rapat sejak 2011.

Namun, berdasarkan siasatan yang dibuat Bpop sejak ahad lalu, membuktikan pasangan itu sudah berkahwin dan kini memperoleh cahaya mata lelaki yang berusia 6 minggu.




Bpop mengesan nama seorang bayi lelaki yang dikatakan ada bersama Wawa kini adalah anak kandung pasangan berkenaan. Menerusi nama seorang bayi lelaki yang pernah diberitahu kepada Bpop dan satu nama yang pernah dimuatnaik dalam laman sosial IG MiG Online, ianya berkait dengan nama penuh pasangan pelakon itu sebagai ibu bapa seperti mana yang direkodkan dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


Siasatan juga mendapati pasangan sama cantik, sama padan menjalinkan hubungan cinta sejak 3 tahun lalu itu sudah bernikah dan mendaftarkan pendaftaran perkahwinan mereka di sebuah pejabat agama daerah di Selangor.



Aeril dan Wawa dikatakan mendaftar pernikahan mereka di pejabat agama Islam daerah Petaling pada 4 Februari lalu. Bpop mendapat maklumat seorang bayi lelaki didaftarkan atas nama Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013 adalah bayi milik pasangan berkenaan. Bayi seberat 3.12 kilogram itu direkodkan dilahirkan di Roppi Medical Centre, Jalan Dato Haji Eusoff, Damai Complex, Kuala Lumpur pada 9.25 pagi.

Mengikut siasatan lagi, rekod yang diperoleh di JPN mendapati bapa bayi berkenaan bernama Suhairil Suhari iaitu nama sebenar Aeril. Data peribadi Aeril yang dilahirkan pada 2 Disember 1988 dan ibunya Nur Hawa Zainal Abidil atau nama sebenar Wawa yang dilahirkan pada 12 Mac 1992, nyata sama dengan identiti ibu bapa kepada bayi berkenaan.

Sekaligus, maklumat yang diperoleh itu mengesahkan identiti kedua-dua pelakon filem berkenaan sebagai ibu bapa kepada bayi bernama Ahmad Fakharuddin Attar.




Lebih menarik, nama Ahmad Fakharuddin Attar bukan asing kepada Aeril dan Wawa kerana nama itu diambil semperna nama watak Aeril dalam filem terakhir dibintanginya dalam produksi Metrowealth Pictures Sdn Bhd iaitu filem berjudul 99 Kali Rindu arahan Azhari Zain. Filem yang ditayangkan pada Mei lalu turut menggandingkan Aeril dan Wawa. Selain itu, Aeril juga pernah membawa watak bernama Attar dalam filem 7 Petala Cinta juga terbitan MiG.

Sebelum ini, sudah kerap terdengar gosip mengatakan Wawa dan Aeril dilamun cinta tapi kedua-duanya menafikannya. Malah, Bpop pernah membuat pendedahan mengenai gosip cinta apabila seorang teman rapat yang banyak menabur jasa kepada mereka terlepas cakap mengenai hubungan yang sekian lama terjalin itu. Pendedahan itu disiarkan 28 Julai lalu.

Bagaimanapun, pasangan itu tetap menafikannya. Namun, Wawa dalam kenyataan balas pada 4 Ogos lalu tidak menafikan Aeril adalah teman rapat dan sangat istimewa buat dirinya. 2 pelakon itu dikatakan mula menjalinkan hubungan rapat apabila bergandingan dalam drama bersiri Klik. Bagaimanapun, cinta antara mereka kian bersemi apabila digandingkan dalam filem Budak Pailang dan 99 Kali Rindu.

Wawa mula menghilangkan diri apabila mendakwa dirinya terkena penyakit misteri sekitar Februari dan Mac iaitu dikatakan tarikh dirinya dan Aeril bernikah.

Selepas dinobatkan sebagai pemenang kategori Artis Baru Wanita Popular pada majlis Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 2012) pada awal April lalu, kelibat Wawa sukar untuk dijejaki media massa apabila dia dikatakan kerap pulang ke kampung halamannya di Lahad Datu, Sabah, untuk tujuan berehat dan berubat. Khabarnya Wawa dikatakan meminta cuti panjang dari syarikat pengurusannya, MiG Talent atas alasan sakit.

Bagaimanapun sebuah stesen radio swasta baru-baru ini mendedahkan kononnya seorang pelakon wanita yang sudah lama menghilangkan diri selamat melahirkan anak dan kini sedang berpantang, kira-kira 2 minggu lalu. Suami pelakon wanita itu dikatakan seorang pelakon yang cukup popular dengan drama TV yang disiarkan pada waktu petang. Berita itu didakwa diperoleh daripada sumber keluarga angkat pelakon lelaki itu.

Aeril apabila ditanya mengenai perkara berkenaan, mengatakan dakwaan itu hanyalah kata-kata tanpa sebarang bukti sahih.

“Jika saya nafi dan komen lebih-lebih, orang memang tidak akan berhenti bercakap. Memang saya tidak berkahwin, saya hanya kahwin dalam drama saja. Sekarang status kami berdua hanyalah sahabat baik dan saling mempercayai antara satu sama lain. Tidak dinafikan dan tipu kalau kata kami tidak berjumpa. Jika dia berada di Kuala Lumpur, kami akan keluar makan bersama, tetapi dia sekarang berada di kampungnya di Sabah kerana sedang berubat.” – Katanya dalam sebuah akhbar pada 2 Oktober lalu.
Aeril juga dalam kenyataannya dilaporkan berkata,

“Saya ingin memohon, tolong jangan sebarkan cerita jika tidak ada bukti dan akan memburukkan orang lain. Jika saya kahwin, pasti ada bukti kerana pelbagai perkara harus diselesaikan seperti dokumen, bukan boleh kahwin secara senyap kerana akhirnya orang akan tahu juga. Saya lebih suka sembunyikan hal-hal yang tidak ada kaitan dengan kerja contohnya saya berkawan dengan Wawa. Sejujurnya, saya tidak pernah sorok pun. Lihat saja di laman sosial saya. Tidak kiralah artis atau orang biasa, bukan semua hal kita akan kongsi dengan semua orang,”

Bpop cuba menghubungi Wawa menerusi telefon tetapi tidak dijawab selain dari tidak membalas kiriman SMS.

Sementara itu, Aeril yang dihubungi Rabu lalu menjawab panggilan telefon penulis, tetapi apabila penulis ingin mula bertanya sesuatu kepadanya, Aeril terus memberitahu dia sedang memandu kereta dan meminta penulis menghubunginya semula. Penulis sempat berpesan supaya jangan pula tidak menjawab panggilan selepas ini lalu dia menjawab “Ok ok,”

Selepas setengah jam penulis cuba menghubunginya semula dan menghantar SMS, Aeril langsung tidak menjawab panggilan telefon atau membalas SMS yang dihantar kepadanya. Beberapa kali panggilan seterusnya juga tidak dijawab. Penulis juga mencuba lagi beberapa menghubungi Aeril pada khamis lalu namun panggilan telefon masih tidak berjawab.


Sumber

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...