Pages

Ads 468x60px

Labels

SHARNAAZ BERTUMBUK DENGAN PENGGUNA JALAN RAYA?


Terkini, dalam sebuah akhbar mingguan, muncul cerita yang Sharnaaz Ahmad didakwa telah bertumbuk dengan seorang pengguna jalan raya di MRR2 (Jalan Lingkaran Tengah 2) minggu lalu.

Tidak tahu benar atau tidak, hanya Sharnaaz yang mampu menjawabnya kerana kes tersebut tidak pula dibawa ke pihak berkuasa.

Ketika wartawan menghubungi Sharnaaz untuk mendapatkan pengesahan lanjut daripadanya. Sharnaaz dilihat mengambil langkah ‘mengunci mulut’ dan enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut. 
“Saya tidak mahu komen dan saya tidak mahu cakap apa-apa. Saya tidak berminat untuk menjawab soalan itu, tanyalah soalan lain,” katanya.



Disoal lagi, adakah keputusan ‘mengunci mulut’ diambil selepas dia belajar daripada pengalaman kontroversi yang lalu, selain cukup terkenal dengan sikap lantang dan berterus terang, pelakon itu memberi jawapan sakarstik.

“Tidak ada apa-apa yang perlu kita belajar jika kita sudah bijak,” jawabnya ringkas.
Nampaknya, Sharnaaz semakin meletakkan sempadan antara dirinya dengan pihak media serta khalayak. 

Ujarnya, jika perkara yang dibincangkan tiada kaitan dengan kerjaya serta peminat, lebih baik dia berdiam diri. “Saya hanya bercakap dengan orang yang memahami saya, jika tidak saya yang kena balik. Bukanlah saya letak had tetapi tengoklah apa topik yang ingin dibincangkan.

“Jika isu itu tidak ada kena mengena dengan masyarakat, buat apa saya cakap,” balasnya.

UQASHA SENROSE CURANG, JALIN CINTA LOKASI


Menurut sumber terdekat, sedih juga bila terbaca kisah Uqasha dan Pekin yang hanya selangkah lagi menuju ke satu ikatan perkahwinan namun dek kerana (gosip) kehadiran orang ketiga difahamkan Pekin tekad untuk memutuskan pertunangan mereka.

Menurut sebuah portal, segalanya berpunca dari Uqasha Senrose sendiri yang telah menjalinkan cinta lokasi dengan seorang pelakon lelaki lain yang menjayakan sebuah drama dengannya.


Bagaimanapun butiran tentang hubungan sulit Uqasha Senrose dan pelakon lelaki itu katanya berlangsung sehingga sampai ke pengetahuan Pekin Ibrahim dan juga ibu bapa mereka dirahsiakan untuk mengelak tanggapan lebih buruk.

Menambahkan lagi parahnya tentang kisah Pekin dan Uqasha ini, katanya ini bukanlah kali pertama Uqasha Senrose terlibat berhubungan dengan lelaki lain tetapi sebelum ini Pekin Ibrahim banyak mengambil pendekatan memaafkan kesilapan kekasihnya itu demi menjaga hubungan yang telah dibina bersama.


Namun kali ini, kesabaran Pekin Ibrahim memang diuji dan beliau khabarnya tidak mahu lagi memaafkan Uqasha Senrose atas ketelanjuran mengkhianati cinta mereka.

Mungkin memang tiada jodoh antara mereka berdua walaupun Pekin Ibrahim sebelum ini tampak bersungguh sungguh untuk mengahwini Uqasha Senrose.

IKA NABILA AYU BERTUDUNG (10 GAMBAR)


Sebelum ini banyak juga kisah Ika Nabila dan peminatnya yang agak panas di laman Instagram beliau. Terkini, beberapa gambar menarik Ika Nabila bertudung litup telah dikongsi bersama para peminat semasa menyambut Hari Raya Aidil Adha di Kelantan. Ika Nabila dilihat tampak lebih manis dan ayu bila bertudung.

Ika belum lagi membuat keputusan untuk bertudung sepenuhnya. Kini dia kembali dengan imej kebiasaannya. Tetap seksi dan bergaya seperti selalu.
Di sini dikongsikan gambar-gambar Ika ketika bertudung. Ika nampak ayu bertudung seperti ini.










FOTO FOUZIAH GOUS SAMBUT HARI RAYA AIDILADHA BERSAMA SUAMI



Memandangkan Fouziah Gous dan suaminya baru sahaja mendirikan rumahtangga bulan lepas, maka pasangan ini telah mengongsikan gambar sambutan Hari Raya Aidiladha mereka kepada peminat-peminatnya.


Jika anda mengikuti perkembangan Fouziah di Instagram, pasti dapat melihat foto-foto dan video yang dimuat naik oleh pengantin baru itu sepanjang berada di kampung suaminya di Kota Bharu.
Seperti yang anda sedia maklum, sambutan Raya Haji di pantai timur sememangnya lebih meriah jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

Kerana itu juga, Fouziah nampaknya tidak ketinggalan untuk berkongsi pengalaman melihat lembu disembelih dan dilapah oleh suaminya bersama peminat.
Dalam masa yang sama, Fouziah dilihat tidak kekok dalam menyediakan bahan-bahan dan memasak daging tersebut sambil ditemani ibunya.
Bagi peminat-peminat Fouziah, di sini admin sertakan foto pelakon kesayangan anda menyambut raya di Kelantan untuk tatapan anda.

WAJAH COMEL ANAK AERIL ZAFREL DAN WAWA ZAINAL!!!


Sejak kisah perkahwinan senyap-senyap antara Wawa Zainal dan Aeril Zafrel mendapat perhatian umum, nampaknya baru kini pasangan itu berani mendedahkan foto anak mereka untuk tatapan peminat.

Bagi yang terlepas pandang, semalam Wawa ada berkongsi wajah comel anak sulungnya yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar di laman Instagram.




Tindakannya itu telah menarik perhatian ramai peminat yang sememangnya menanti untuk melihat wajah bayi lelaki tersebut.
Walaupun gambar berkenaan diambil dari sudut tepi, namun kecomelan si kecil cukup terserlah dengan hidung mancung dan kulit cerah yang diwarisi dari kedua ibu bapanya.
Untuk pengetahuan anda, tiga hari lepas juga Aeril ada berkongsi foto anaknya namun sekadar gambar tangan sahaja yang didedahkan. Foto tersebut disertakan dengan caption yang berbunyi begini:

Ya bunayya (wahai anakku) engkau dari #cintahalal aby & Ummiy

Ianya barangkali ditujukan buat sesetengah pihak yang mempertikaikan status anak mereka sebelum ini. Apapun segala-galanya telah terbukti, semoga kebahagiaan mereka sekeluarga terus berkekalan tanpa sebarang kontroversi lagi.

AERIL ZAFREL DAN WAWA ZAINAL JELASKAN SEBAB SEMBUNYIKAN PERKAHWINAN



Hujung minggu lalu peminat drama Cinta Jannah dikejutkan dengan berita mengenai dakwaan kononnya pelakon utama drama tersebut, Aeril Zafrel dikatakan telah berkahwin secara senyap-senyap dengan Wawa Zainal dan lebih hangat lagi apabila mereka didakwa telah memiliki seorang cahaya mata lelaki.

Berikutan kontroversi tersebut, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah mengambil keputusan untuk mengadakan satu sidang media khas bagi menjelaskan segala spekulasi tersebut, bertempat di  Neo Damansara, Petaling Jaya, Selangor petang seemalam.




Menurut Aeril Zafrel, mereka sah bernikah pada kali pertama Februari 2012 yang lalu bertempat di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Pada ketika itu mereka hanya bernikah tanpa sebarang dokumen dan hanya bernikah mengikut hukum syarak iaitu berwalikan bapa Wawa dan dinikahkan oleh seorang imam yang di datangkan khas dari Sabah.



Sebenarnya kami telah bernikah kali pertama 25 Februari 2012 dan pada waktu itu hanya mengikut hukum syarak tanpa sebarang dokumen. Kami bernikah hanya untuk menghalalkan perhubungan dan pada masa itu Wawa meminta izin daripada saya untuk tidak mendedahkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan.
Namun begitu, setelah Wawa memberitahu saya yang dia mengandung pada bulan Januari 2013, kami mengambil keputusan untuk bernikah lagi sekali dengan dia pada Februari 2013 di Masjid Datuk Harun dan pada waktu itu kami mengikut undang-undang negara. Kami juga mengikuti kursus kahwin dan daftarkan perkahwinan tersebut mengikut undang-undang keluarga negeri Selangor. Kami nikah kali kedua sebab saya nak anak saya lahir nanti dia ber bin kan dengan nama saya dan bukannya ber bin kan Abdullah.
Mungkin orang beranggapan kami terlanjur tapi dari sisi agama sebenarnya anak itu memang sah di sisi agama dan Allah.

Dalam pada itu, Wawa Zainal yang turut hadir menjelaskan bahawa dia terpaksa menyembunyikan status sebenar perkahwinan mereka kerana menghormati kontrak dengan pihak pengurusannya sendiri, MIG Production.
Sebenarnya saya mengandung pada Disember 2012 tapi kami dapat tahu pada Januari 2013. Jadi pada waktu itu kami percepatkan proses kursus kahwin dan sebagainya.
Kami minta maaf kerana telah berbohong selama ini. Kami berbohong kerana bersebab. Anda juga tahu pihak pengurusan akan memarahi saya jika mereka dapat tahu saya bercinta, apatah lagi bila berkahwin. Saya buat macam ini sebab menghormati kontrak dan ya, saya memang takut dengan David Teo.


Selain itu, Wawa akui telah melahirkan bayi lelaki pada 24 Ogos lalu di Roopi Medical Centre, Jalan Dato Haji Eusoff, Damai Complex, Kuala Lumpur. Bayi tersebut telah diberi nama sebagai Ahmad Fakharuddin Attar dan buat masa sekarang, aktres tersebut ingin fokuskan kepada soal penjagaan anaknya itu.
Mengenai soal penyakit misteri pula, Wawa akui terkena penyakit tersebut dan melahirkan rasa syukur kerana telah pulih sepenuhnya.






BIAR BETUL ISTERI APEX, LEUNIEY BUAT HAL!!!


Alamak ai!!! Apa cerita pulak ni? Apa pasal pulak isteri Si Apex ni nak tayang body dia kat dalam internet? Dah buang tabiat ke apa?

Weh!!! Jangan salah faham brader. Rileks brader!!! Isteri Apex ni sebenarnya nak bagitau pada seluruh rakyat Malaysia yang dia sedang mengandung. Tahniah diucapkan kepada Apex. Semoga dipermudahkan segalanya kelak!!!






Keserian ibu mengandung makin terpancar pada wajah isteri kepada penjaga gol kebangsaan Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat iaitu Leuniey Natasha yang kini sedang hamil cahaya mata sulung mereka.

Leuniey dilaporkan bakal bersalin pada awal Februari tahun depan.

Melalui laman Instagramnya, Leuniey menunjukkan beberapa gambar baby bumpnya untuk tatapan pengikutnya di laman tersebut.

Selain itu, walaupun sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang atlit, namun Khairul Fahmi atau Apex dilihat sentiasa meluangkan masa menemani isterinya menjalani pemeriksaan pada setiap bulan.


Malah, Apex juga memilih khidmat doktor wanita untuk merawat isteri tercintanya itu.

Pasangan sama cantik sama padan ini telah diijabkabulkan pada 28 Disember lalu di kediaman Leuniey yang terletak di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan. 






DOKTOR MENCABUL JANDA


JOHOR BAHRU : “Disebabkan mempercayainya, saya hanya mengikut arahan apabila diminta membuka baju dan coli, namun dia meramas buah dada saya hingga saya berasa sakit.

“Saya mula curiga dan takut apabila doktor itu menyatakan saiz buah dada saya besar selain mengajak saya melakukan hubungan seks,” kata ibu tunggal hanya mahu dikenali sebagai Nurul, 34, yang mendakwa dicabul seorang doktor sebuah hospital swasta, di sini. 

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat lalu ketika dia ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan susulan berikutan masalah darah tinggi, hidung berdarah, sakit perut dan sukar membuang air. 

Nurul berkata, dia mengenali doktor berusia lingkungan 40-an itu kerana pernah mendapatkan rawatan daripadanya sebelum ini. Menurutnya, sebelum kejadian mencabul itu berlaku, doktor terbabit mengarahkannya berbaring sambil memberitahu mahu memeriksa tekaknya.


"Ketika itu, hanya kami berdua di dalam bilik pemeriksaan manakala jururawat berada di luar bilik. Saya tidak bersangka buruk dan mempercayainya kerana dia doktor yang pernah merawat saya sebelum ini.

'Selepas tekak saya diperiksa, doktor itu mengarahkan saya membuka baju dan coli sebelum mencabul saya dan mengeluarkan kata-kata berunsur seks sebelum menyuruh duduk sambil mengurut belakang saya," katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Nurul berkata, terkejut dengan kelakuan doktor itu, dia cuba beredar dari bilik berkenaan selepas doktor terbabit mengajaknya melakukan hubungan seks.

Menurutnya, ketika bersiap memakai baju, doktor berkenaan memeluknya dari belakang sekali lagi meramas buah dadanya.

"Malah, doktor juga menarik tangan untuk memegang kemaluan saya. Tindakannya itu menyebabkan saya terus keluar dari bilik pemeriksaan.

"Saya kemudian berjumpa seorang kakitangan hospital di kaunter untuk memaklumkan kejadian itu sebelum dibawa berjumpa seorang pegawai untuk berbincang.

"Dalam perbincangan itu, pegawai terbabit meminta saya tidak membuat laporan polis atau membuat aduan mengenai kejadian yang berlaku," katanya.

Bagaimanapun, kata Nurul dia memutuskan tidak mematuhi permintaan itu kerana kejadian yang berlaku bukan saja meninggalkan kesan buruk ke atasnya sehingga dia sering berasa sedih dan takut, malah berpendapat doktor itu wajib dikenakan tindakan.

Bagi memastikan keadilan dan keselamatan dirinya serta dua anak perempuannya berusia enam dan tujuh tahun, Nurul membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS), di sini, sehari selapas kejadian (20 Oktober).

"Saya serahkan kepada polis menyiasat kes ini dan berharap doktor berkenaan dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman setimpal di atas perbuatannya itu.

"Saya mendedahkan kejadian ini dengan harapan mendapat pembelaan dan berharap sesiapa yang pernah menjadi mangsa doktor itu tampli membuat laporan polis demi maruah dan mengelak kejadian sama kepada pesakit lain," katanya

WAWA ZAINAL MEMBERI KOMEN DI TWITTER ISU 'PERKAHWINANNYA'

Wawa Zainal | Nampaknya baik Aeril Zafrel mahupun Wawa Zainal, mereka lebih gemar untuk memberikan jawapan balas menerusi laman Twitter masing-masing daripada tampil kepada pihak media untuk menjelaskan kemelut ‘perkahwinan’ mereka yang kini sedang hangat diperkatakan ramai.

Wawa menulis di laman Twitternya mengharapkan Aeril terus tabah kerana sememangnya dari dulu lagi ada pihak yang cuba menjatuhkan aktor tersebut.

“Saya kenal Aeril Zafrel dan orang-orang yang memang dari dulu mahu saya membenci pada dia dan memang ada niat menjatuhkannya. Semoga dia terus tabah sampai masanya”.



Malah Wawa juga memberikan gambaran bahawa segala persoalan berhubung isu ini akan terjawab dalam masa terdekat.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan saya dan dia. Semua persoalan kalian akan terjawab dalam masa terdekat,” katanya lagi.

GEMPAR!! KERETA JIMMY SHANLEY DITEMUI RENTUNG


IPOH - Kereta model Chevrolet hitam yang dipercayai milik selebriti tanah air, Jimmy Shanley Norhajan Saleh, 33, ditemui dalam keadaan rentung oleh orang awam berhampiran Batu 5 1/2, ladang kelapa sawit Kota Bahru, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata,  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar menerima maklumat lebih kurang jam 7.30 pagi selepas mendapat panggilan daripada orang awam.

Menurutnya, sepasukan anggota peronda yang dikejarkan ke tempat kejadian menemui kereta berkenaan yang dilaporkan hilang di Simpang Pulai kira-kira tujuh jam yang lalu.

“Pihak kami bertindak mengenal pasti nombor casis pada kenderaan tersebut dan melakukan semakan susulan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengetahui pemiliknya,” katanya.

Kong Soon berkata, kereta itu sebelum ini dilaporkan hilang malam semalam di Simpang Pulai, sebelum laporan dibuat Jimmy di Balai Polis Simpang Pulai.

Katanya, setakat ini polis tidak menemui sebarang objek yang digunakan suspek untuk membakar kenderaan tersebut dan tiada barang milik mangsa yang terselamat dalam kejadian itu.

“Kes tersebut kini diambil alih oleh IPD Ipoh dan Jimmy akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan dalam masa terdekat,” katanya. -sinar harian

INILAH LELAKI TERPENDEK DI DUNIA

KATHMANDU - NEPAL. Seorang warga emas sanggup pergi ke Kathmandu bagi menunaikan hasratnya untuk diiktiraf dalam Rekod Dunia Guinness sebagai lelaki paling pendek di dunia.

Master Nau, 73, dari Bhairahawa mempunyai ketinggian 41 sentimeter (sm).






Anak saudaranya, Seema Sheikh berkata, kehadiran Nau disambut meriah media dari pelbagai agensi.

"Master Nau gemar melancong dan suka berkongsi tentang kehidupan hariannya," katanya.

Difahamkan, rekod manusia paling pendek di dunia ketika ini dipegang seorang lelaki warga Nepal, Chandra Bahadur Dangi, 74, dengan ketinggian 54.6sm, laporan dipetik dari AP.

KERANA BAYI DILAHIRKAN HODOH, SUAMI SAMAN ISTERI!!


CHINA – Seorang lelaki, Jian Feng, menyaman isterinya selepas dia mendapati anak perempuannya yang baru dilahirkan sebagai `hodoh’.

Jian berbuat demikian kerana terkejut selepas pasangan 'cantik' 
seperti dirinya dan wanita itu, tidak mampu menghasilkan anak yang comel.

Namun apa yang menghairankan, hakim boleh bersetuju dengan tuntutan itu dan menganugerahkan $120,000 kepada Jian.

Menurut dokumen mahkamah, selepas melihat anak yang dilahirkan oleh isterinya yang disifatkan sebagai 'amat bodoh', Jian menjadi terkejut.

Local 10 melaporkan, Jian kemudiannya menuduh isterinya itu mempunyai hubungan sulit dan telah memfailkan perceraian serta mendesak ujian DNA dilakukan.

Bagaimanapun selepas keputusan ujian menunjukkan bahawa dia adalah bapa kepada bayi malang itu, isterinya tiada pilihan selain mengaku bahawa dia menjalani pembedahan plastik di Korea Selatan sebelum mereka berkahwin.

“Saya mengahwini isteri saya kerana cinta, namun selepas kami mendapat anak, kami mula berdepan dengan masalah keluarga. Anak perempuan saya amat hodoh dan ia menakutkan saya,’’ katanya. -mynewshub

SEDIH!!! 2 BERADIK DIDERA 'KEKASIH' IBU MENGGUNAKAN PAIP GETAH


SABAK BERNAM – Seorang lelaki bertindak di luar batas kemanusiaan apabila sanggup mendera dua anak teman wanitanya menggunakan getah paip dan tali pinggang sejak lebih lima bulan lalu di sebuah kampung di Sabak Bernam.

Kanak-kanak perempuan berusia 10 dan 11 tahun yang kematian bapa dua tahun lalu, selain tidak bersekolah dipercayai tinggal serumah dengan suspek berusia 33 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, ibu mangsa berusia 32 tahun yang tidak tahan dengan perangai suspek kemudian menghubungi keluarganya di Cheras bagi mendapatkan bantuan.

“Ibu mangsa yang telah lama memendam perasaan dengan sikap keji suspek mengadu kepada bapanya supaya datang mengambil mereka kerana sudah tidak sanggup melihat anaknya didera lelaki berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Noor Mushar berkata, sebaik menerima panggilan jam 8 pagi itu, bapa wanita yang tiba kira-kira jam 4 petang terus membuat laporan di Balai Polis Sabak Bernam terlebih dahulu sebelum menuju ke rumah suspek.

“Datuk kanak-kanan itu bersama seorang lagi menantunya yang tiba di rumah sewa suspek terkejut apabila mendapati dua cucunya ditinggalkan dalam rumah itu, sementara anak perempuannya dan suspek tiada di rumah.

“Datuk mangsa yang berasa curiga atas perbuatan suspek terus membuat pemeriksaan pada badan kedua-dua cucunya itu dan mendapati terdapat tanda-tanda kanak-kanak itu didera berdasarkan kesan parut,” katanya.

Beliau berkata, polis berjaya menahan suspek kira-kira jam 5 petang sewaktu lelaki itu bersama teman wanitanya itu pulang ke rumah sewa tersebut.

“Suspek ditahan reman selama enam hari bermula hari ini (semalam) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan dera tersebut, sementara kedua-dua mangsa dibawa menjalani rawatan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), Sabak Bernam untuk rawatan lanjut sebelum mereka dibenarkan pulang,” katanya.

Menurutnya, hasil semakan polis mendapati suspek sebelum ini mempunyai tujuh rekod lampau iaitu empat daripadanya kes jenayah manakala tiga daripada kes itu melibatkan penyalahgunaan dadah.

Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.





‘Pantang salah cakap dia naik tangan’

“Walaupun hati masih sayangkan dia, tapi demi anak-anak saya sanggup korbankan cinta kami, asalkan saya dan anak-anak tak lagi didera,” demikian kata ibu kepada dua kanak-kanak mangsa dera, Aishah (bukan nama sebenar), 32.


Aishah berkata, dia tidak lagi boleh terima Razif (bukan nama sebenar), 33, atas perbuatan yang dilakukannya itu, apatah lagi sudah banyak kali dia ditipu lelaki durjana itu.

Menurutnya, meskipun perasaan sayang terhadap Razif sukar dilupakan, tetapi fikiran warasnya tekad untuk tidak terus hidup dalam kesengsaraan apabila dia dan anak-anak sering menjadi mangsa dera teman lelakinya itu.

“Saya mengaku dia memang panas baran dan kadang-kadang kalau tersalah cakap pun tangan dia akan naik ke muka saya.

“Sampai bila saya boleh bertahan dengan keadaan ini, saya bukan sampah yang boleh dipukul dengan sesuka hati, sebab saya pun manusia biasa ada hati dan perasaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Aishah, dia berkenalan dengan Razif ketika di Cheras sewaktu lelaki itu kerap ke kedai makan ibunya.

“Atas dasar cinta, saya sanggup meninggalkan keluarga dan mengikut dia ke Kota Tinggi sebelum kami berpindah ke Sabak Bernam.

“Pada mulanya, semuanya indah, tapi setelah empat bulan, Razif mula buat perangai apabila sering memarahi saya dan anak-anak dan sudah mula naik tangan dan memukul kami,” katanya.

Menurutnya, dia dipukul lelaki itu jika tidak mendengar kata dan tidak mengikut apa yang diinginkan, selain sering bersikap cemburu jika ada lelaki yang ingin berborak dengannya.

“Saya tak sanggup lagi hidup dengan dia, itu sebab saya dan anak-anak berpakat untuk meminta pertolongan keluarga bagi memisahkan kami.

“Jika dia terlepas sekali pun, saya sudah tak mahu hidup bersamanya lagi, saya sudah serik, cukuplah apa yang dilakukannya atas kami selama ini.

“Saya boleh anggap dia sebagai abang, tapi tak boleh terima kalau dia suami saya,” katanya.

‘Saya takut, tak mahu tinggal dengan papa’

Sementara itu menurut Hawa (bukan nama sebenar), 10, ‘papa’nya sering memukul mereka dua beradik jika gagal menghafaz doa Qunut, tidak solat dan tidak hafal sifir Matematik.

“Papa memang selalu pukul kami berdua, kami memang takut dengan dia, hendak nangis (menangis) kuat-kuat (sekuat hati) pun tak boleh, takut akan dibelasah dengan lebih teruk lagi,” katanya.

Hawa berkata, teman lelaki ibunya itu tidak pernah memikirkan perasaan mereka sekeluarga.

“Saya tak nak tinggal dengan papa, saya takut, saya tak mahu lagi dirotan, dipukul dengan teruk sampai badan rasa sakit.

“Kalau boleh, saya ingin hidup macam dulu, nak ke sekolah macam kawan-kawan lain dan tak sanggup lagi didera dan dipukul oleh papa lagi,” katanya.

6 BERADIK DITINGGAL IBU BAPA - YANG BONGSU 7 BULAN, 'NYAWA-NYAWA IKAN' KELAPARAN (2 GAMBAR)

KUALA SELANGOR - Hanya disebabkan tidak puas hati, sepasang suami isteri sanggup meninggalkan enam anak mereka yang masih kecil bersendirian di sebuah rumah di Jalan Bukit Panjang, Jeram, kira-kira jam 1 pagi semalam dan hilang tanpa khabar berita.




Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka berusia tujuh bulan hampir 'nyawa-nyawa ikan' akibat kelaparan.

Salah seorang penduduk di situ, Samsuri Sulaiman, 57, berkata, pada mulanya dia ternampak lima beradik berkenaan berjalan kaki sambil memikul beg baju tanpa arah tujuan di kawasan perumahan di situ.

"Apabila saya tanya, abang sulung yang berusia sembilan tahun memberitahu mahu balik ke Kelantan kerana 'emak dah mati'.

“Saya pelik melihat kelakuan mereka dan meminta ketua taman memeriksa keadaan rumah yang dihuni sejak setahun lalu, kalau-kalau kedua ibu bapa mereka ada di rumah.

“Namun, alangkah terkejutnya apabila saya sendiri ke rumah mereka, yang ada cuma bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan tertidur kerana terlalu lama menangis akibat kelaparan di sebuah kerusi kayu.

"Bayi itu adalah adik bongsu kepada kanak-kanak malang ini," katanya.

Menurut Samsuri, kawasan perumahan itu memang terletak jauh dari jalan besar dan jika mereka dibiarkan merayap, kemungkinan besar boleh hilang.





Terkenal sikap suka 'perang besar'


Dalam pada itu, seorang wakil penduduk, Daud Jaumar, 41, berkata, tidak mustahil bayi berusia tujuh bulan itu menghembuskan nafas terakhir jika tidak dijenguk oleh mereka.

“Saya cuba gerakkan badannya bila lihat terbaring begitu sahaja dan nasib baik matanya buka sedikit dan bergerak. Keadaan itu cukup melegakan hati.

“Saya terus menghubungi penghulu mukim kerana tidak tahu nak buat macam mana lagi. Ibu dan bapa budak itu tidak dapat dikesan," katanya.

Menurut Daud, ibu bapa kepada enam beradik itu memang terkenal dengan sikap mereka yang suka 'berperang' besar.

"Penduduk di sini pun selalu mengadu tentang perangai buruk mereka itu. Pernah juga mereka bergaduh besar sampai nak berparang, mujurlah kami sempat  campur tangan," katanya.

Bagaimana pun katanya, dia tidak sangka kedua-dua suami isteri itu mementingkan diri sendiri dan sanggup meninggalkan anak-anak kecil lebih sehari tanpa memikirkan makan minum mereka.

“Sebelum ini ada juga mereka 'hilang', tapi sekejap-sekejap dan jiran rumah selalu bagi anak-anak ini makan.

"Tapi kalau dah hilang lebih sehari sampai anak-anak hampir melarikan diri, saya rasa ini dah melampau. Apa nasib anak-anak ini nanti?" katanya.

Anak-anak tak banyak karenah

Seorang  jiran mereka, Jamilah Yusof, 53, memberitahu Sinar Harian, dia juga sering melihat-lihat keadaan enam beradik itu setiap kali ditinggalkan ibu bapa mereka selepas bergaduh besar.

“Saya sendiri yang menyambut kelahiran anak bongsu mereka di rumah itu. Memang kasihan, anak-anak itu pula tak banyak karenah apabila ditinggalkan seolah-olah faham masalah keluarga mereka.

"Tapi sangat menyedihkan apabila mereka tidak diberi makan dan minum lebih 24 jam.

“Ada ramai orang yang begitu mahukan anak tapi tak bernasib baik, mereka yang dikurniakan ramai 'amanah' ALLAH ini sanggup biarkan mereka begitu saja. Sampainya hati," katanya sebak.

Sementara itu, Penghulu Mukim Jeram, Kamarudin Abd Rahman berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada agensi yang bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.

“Keluarga ini saya kenal sejak rumah sewa mereka terbakar beberapa tahun lalu dan mereka sanggup tidur anak beranak di tepi pantai. Bila dapat tahu, saya tempatkan mereka di sebuah rumah sebelum ditempatkan di sini.

“Bila kita bantu, mereka pula buat perkara menyedihkan seperti ini. Bergaduh macam mana pun tak perlulah libatkan anak-anak yang tidak berdosa ini,” katanya. - Sinar Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...