Pages

Ads 468x60px

Labels

Fiza Elite Sah Fail Penceraian, Sebutan Kes Cerai 28 April 2014 !!


Khabar angin tentang keretakan rumahtangga Fiza Elite dan suaminya, Adam AF akhirnya terjawab apabila kes permohonan cerai pasangan itu bakal disebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 28 April ini.
Menurut sumber, Fiza telah memfailkan permohonan cerai di mahkamah berkenaan sekitar pertengahan minggu lalu dengan alasan kurang persefahaman sejak berkahwin pada September tahun 2013.
Terdahulu, cubaan Harian Metro untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Adam dan Fiza berhubung khabar angin yang tersebar itu gagal berikutan kedua-duanya tidak dapat dihubungi selepas mereka dipercayai mematikan telefon bimbit masing-masing.


Bagaimanapun, Harian Metro hari ini melaporkan Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, memberi bayangan menerusi luahan di Instagram semalam mengenai rumah tangga mereka yang bergolak.Sebaliknya, Adam atau Mohd Aizam Mat Saman, 31, mengaku bahawa rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik tetapi enggan mengulas lanjut. Adam dan Fiza bernikah pada 26 September tahun lalu selepas dua bulan berkenalan.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...