Masyarakat masih dikejutkan dengan tindakan beberapa selebriti negara itu menukar agama. Seorang daripada mereka ialah Pinkan Mambo.
Penyanyi yang popular dengan lagu, Kekasih Yang Tak Dianggap ini untuk kali keduanya dilapor telah menukar agama dan ia disahkan oleh ibunya sendiri, Deetje yang menyatakan rasa kecewanya . Walaupun belum pernah melihat Pinkan pergi ke gereja, Deetje berkata, anaknya sudah mula belajar agama lain.
Menurutnya, Pinkan atau nama penuhnya Pinkan Ratnasari Mambo telah banyak berubah sejak kebelakangan ini. Bagaimanapun, keputusan Pinkan menukar agama tidak akan menyebabkan Deetje merasa kehilangan anak.
“Anak merupakan titipan Allah dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,” kata Deetje.
Artis cantik yang juga pernah menjadi VJ MTV Rianti Rhiannon Cartwright juga telah dikatakan meninggalkan Islam dan berkahwin dengan kekasihnya, Cas.
Perkahwinan mereka telah berlangsung di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.
Rianti atau lebih dikenali dengan watak Aisha dalam filem agama, Ayat-Ayat Cinta, dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan.
Namun, pada ketika diminta mengesahkan perkembangan itu, pengurusnya, Adi, enggan berbuat demikian sebaliknya berkata, dia tidak tahu mengenainya.
“Saya hanya berkomunikasi dengan dia mengenai kerja. Yang lain saya tidak tahu,” katanya.
Dia juga mencadangkan supaya pengesahan itu didapatkan daripada paderi di gereja yang mendedahkan perkahwinan Rianti dengan penyanyi Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan.Namun walau bagaimanapun, pihak gereja enggan mengesahkannya.
Antara Selebriti popular Indonesia yang didakwa meninggalkan Islam ialah Happy Salmah. Happy juga dikatakan memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan kekasihnya, Tjokorda Bagus yang berketurunan raja.
Model yang juga pelakon filem ini dilahirkan di Sukabumi, Jawa Barat itu menjalani upacara pindah agama Hindu, dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani di Villa Ibah, Ubud, Indonesia.
Sudhi Wadani adalah upacara dalam Hindu sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas dan hati suci menyatakan menganut agama Hindu.
Upacara yang mengambil masa sehari itu merupakan antara syarat yang harus dijalani bila seseorang ingin berkahwin mengikut adat Hindu.
Mereka juga melangsungkan perkahwinan beberapa hari kemudian di Puri Saren Kauh, Ubud dengan mengikut adat istiadat Hindu .
Menurut Happy , dia tidak akan berbicara mengenainya secara terbuka.
“Saya tidak akan bercakap mengenainya,” kata Happy.
Segala hal yang berhubungan dengan keyakinannya, dia berharap menjadi rahsia tentang hubungan perkawinannya .
Namun, apa yang dilakukan oleh Pinkan, Rianti dan Happy ialah mereka memeluk agama lain kerana mahu mengikut agama suami mereka masing-masing.
- Sumber