Pages

Ads 468x60px

Labels

Showing posts with label unik. Show all posts
Showing posts with label unik. Show all posts

UNIK!!!! HOTDOG HITAM ISTIMEWA



Jika anda menyangka hotdog ini telah hangus dibakar, ternyata sangkaan anda meleset sama sekali. Hotdog hitam yang istimewa ini boleh didapati di sebuah restoran di Jepun.
Restoran ini menyediakan hotdog hitam ini dengan menggunakan dakwat sotong sebagai salah satu bahan istimewanya.

Pelik juga rupa hotdog hitam ini.








KERETA LUTSINAR GUNA TEKNOLOGI KESELAMATAN

Rekaan kereta lutsinar ini bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
FRANKFURT – GERMAN. Kereta lutsinar yang direka bentuk menggunakan teknologi keselamatan ini bertujuan untuk mengurangkan kadar nahas jalan raya.
Menurut laporan DailyMail, pengunjung di Pameran Kereta Frankfurt boleh melihat dengan jelas sistem keselamatan termasuk sensor, sistem brek dan beg udara pada model sedan itu yang biasanya tersembunyi di sebalik panel kereta biasa.
Menurut TRW Automotive, kereta itu turut dilengkapi sistem tali pinggang keledar baru yang boleh bertindak balas mengikut situasi pemanduan selain mengelakkan pemandu beralih dari kedudukan mereka jika berlaku kemalangan, sekali gus mengurangkan risiko kecederaan lebih teruk.
Ketua Pegawai Eksekutif TRW, John Plant memaklumkan ciptaan kereta itu juga adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk mengurangkan kadar kematian akibat nahas jalan raya di seluruh dunia.
“Beberapa fungsi lebih canggih termasuk sistem sokongan kecemasan pada kereta ini akan diperkenalkan pada masa hadapan,” jelasnya lagi.

SEORANG WANITA MEMAKAI PAKAIAN KUBIS



BANGKOK – Seorang wanita memakai pakaian diperbuat daripada kubis semasa dia berada di laluan pejalan kaki di sini semalam. Wanita itu menjadi perhatikan sehingga menarik perhatian ramai.

6 PERKARA ALLAH SEMBUNYIKAN



''Menangis saya bila baca , meremang bulu roma :') Ya Allah SWT kau ampunilah dosa-dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' Korang Baca jangan tak baca .

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaKu seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

#Wahai rakan-rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua rakan kita di luar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar-benarnya, sesiapa yang mengajak kepada kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. InshaAllah...

SUBHANALLAH - GAMBAR CICIT RASULLULAH YANG SANGAT COMEL



Adakah anda ingat lagi apakah gelaran Rasulullah s.a.w untuk zaujahnya (isterinya), iaitu Saidatina Aisyah R.A? Tak ingat...mungkin? 

Sebenarnya, Rasulullah s.a.w pernah menggelar Saidatina Aisyah R.A dengan gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan. Apakah kaitan dengan gambar budak comel yang dibawah?



Rasanya ramai yang akan tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik pipi yang putih kemerah-merahan ini.

Sebenarnya beliau adalah cicit Rasulullah, iaitu anak ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Yusuf Halim anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w melalui Sayyidina Husain.

Masyaallah...




BAJU DALAM KALIS ROGOL DICIPTA

Pakaian dalam dihasilkan penuntut kejuruteraan India 
didakwa mampu menghalang jenayah seksual itu. Sumber Google

'Baju dalam antirogol ' hasil ciptaan sekumpulan penuntut kejureteraan di India, dikatakan mampu menghalang jenayah rogol dan serangan seksual lain.

Baju dalam perlindungan itu dicipta untuk mengalirkan sehingga 82 kejutan elektrik kepada bakal penjenayah apabila pengesan tekanan pada bahan itu mengesan sebarang jenis paksaan. Pakaian dalam yang dibantu teknologi itu, dinamakan sebagai Society Harnessing Equipment (SHE), juga boleh memberi amaran kepada polis, keluarga atau rakan, menerusi sistem pengesanan global (GPS) yang dipasang.



Pakaian dalam dengan sistem pengesanan global, sistem global bagi komunikasi telefon bimbit (GSM) dan pengesan tekanan mampu mengalirkan arus kejutan sehingga 3,800 kilovolt selain memberi amaran kepada ibu bapa dan polis.

Penjenayah yang cuba mencabul gadis akan menerima kejutan dalam hidupnya sebaik pengesan tekanan diaktifkan manakala modul GPS dan GSM akan menghantar pesanan kepada nombor kecemasan India selain kepada ibu bapa mangsa. 


KATAK TERBESAR DIJADIKAN LAUK DI AFRIKA



Di dunia terdapat ribuan spesies katak, masing-masing mempunyai karakter dan sifat yang tersendiri baik dari segi ukuran mahupun habitat yang mereka tinggal.



Terdapat beberapa spesies katak beracun bahkan boleh mendatangkan kematian bagi manusia. Ada juga katak yang mempunyai ukuran sangat luar biasa besar, spesies ini terdapat di Afrika.

Dikatakan di kawasan tersebut katak ini dimakan juga sebagai lauk.




WOW!! BURGER RAMEN YANG UNIK

Inilah burger special yang ramai belum mencuba. Burger ramen, satu daging disumbat antara mi ramen kenyal sebagai ganti bun, dan dihidangkan dengan pelbagai inti, telah menawan selera New York sejak kemunculan sulung sebulan yang lalu, dengan beratus-ratus orang yang berdiri untuk mendapatkan burger ramen.









14 GAMBAR PUTING BELIUNG YANG DAPAT DIKONGSIKAN

Puting beliung atau tornado ialah sebuah tiub angin berpusing yang menyentuh tanah dan awan kumulonimbus. Angin yang berada di dalam puting beliung berpusing dengan pantas dan menjadikan puting beliung sangat berbahaya.
Kebanyakan puting beliung mempunyai angin selaju 175 km/j atau kurang, dengan lebar 250 kaki (75 meter), dan bergerak beberapa kilometer sebelum "lenyap". Walau bagaimanapun, sesetengah puting beliung mempunyai angin selaju 480 km/j, dengan lebar lebih daripada (1.6 km), dan boleh bergerak melebihi 100 kilometer.[1][2][3]
Puting beliung seringkali terjadi semasa hujan ribut petir angin kuat dan mendatangkan banyak kemusnahan kepada apa-apa sahaja yang disentuhnya. Saban tahun, ada sahaja nyawa yang terkoban akibat puting beliung.















MENAKJUBKAN - SEKUMPULAN IKAN MUNCUL DI TEPIAN PANTAI (6 GAMBAR)



Bila korang tengok gambar kat atas ni mesti korang ingat tu tumpahan minyak kat pantai kan? Tapi percaya atau tidak yang bewarna hitam tu adalah ikan dalam kumpulan ramai-ramai.. Gambar ni adalah di pantai Mexico dan di katakan ni adalah kesan dari Tsunami dan Gempa bumi di Jepun.  Kita doakan la bagi keselamatan seluruh rakyat Jepun.
Mesti best kalau gi mancing kat sini kan?








CUBA CARI SEEKOR KATAK DI DALAM GAMBAR INI!!

Gambar tersorok katak.
Jom uji mata anda. Cuba cari gambar tersorok seekor katak di dalam gambar ini. 
Siapa dapat cari katak memang mata hebat!! Syukur padaNYA..

Jika anda tidak nampak....
Lihat artikel di bawah sehingga selesai. Anda akan nampak seekor katak..
Jawapannya ada disini..
He..he...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...