Pages

Ads 468x60px

Labels

Showing posts with label fesyen. Show all posts
Showing posts with label fesyen. Show all posts

ADIK NABILA HUDA YANG CANTIK



Gambar adik perempuan Nabila Huda yang cantik – Siapa menyangka pelakon wanita popular, Nabila Huda mempunyai seorang adik perempuan yang cantik dan amat menawan. Nama si gadis cantik ini ialah Shasha atau nama sebenarnya Irisha Myra Suhaimi, kini berumur 16 tahun.




Difahamkan, dia tinggal bersama ibunya di Houstan, Texas dan hanya tiga kali bertemu bapanya, Amy Search selepas bercerai ketika Shasha masih kecil, hanya berusia 3 tahun.  

Untuk pengetahuan, walaupun Shasha dan Nabila Huda dianggap adik-beradik sah namun mereka lahir dari ibu yang berlainan.Ibu Nabila ialah isteri pertama Amy Search iaitu Faridah Fadzil, manakala ibu Shasha ialah Roslisa Ahmad, isteri ketiga kepada penyanyi rock itu.








ENOT KINI LEBIH BERGAYA

Wow! Wow! Wow! Inilah pertama kali saya terpegun melihat penampilan Enot. Tahniah Enot kerana benar-benar menyahut cabaran ramai pihak dan kini dia dapat membuktikan bahawa dia juga mampu bergaya hebat di permadani merah. Apa yang boleh dikatakan, dari hujung rambut hingga hujung kaki, Enot memang nampak menawan.




























Tentu ramai yang terkejut dengan body Enot yang nampak semakin kurus. Apa agaknya rahsia Enot boleh kurus ye..

Selepas ini ramai la pengarah nak ambik Enot berlakon. Dah lama tak tengok Enot berlakon di kaca televisyen. Rindu sangat nk tengok Enot berlakon semula. Semoga murah rezeki Enot..


gambar dahulu


GAMBAR TERBARU HALIZA MISBUN, SEMAKIN KURUS

Haliza misbun masih lagi dapat mencuri perhatian ramai.

Ini kerana pelakon itu masih kekal cantik dan langsing biarpun usianya kini sudah mencecah 40 tahun.
Kelihatan sekarang Haliza lebih kurus sedikit berbanding dahulu. Nampak lebih muda menawan.  

Kini Haliza masih belum mendirikan rumah tangga, tentu ramai peminatnya yang menantikan saat bahagia itu. Siapalah jejaka yang dapat menambat hati Haliza?
Di sini dikongsikan gambar Haliza yang terbaru dan disertakan 2 gambar terdahulu beliau. Baca artikel sepenuhnya.



Gambar dahulu nampak sedikit berisi

Gambar dahulu 

4 FINALIS RATU CANTIK TARIK DIRI

4 Finalis Ratu Cantik Sah Tarik Diri | Kontroversi mula timbul sebelum ini apabila empat finalis Miss Malaysia World 2013 yang beragama Islam berdegil untuk menyertai pertandingan itu. Bagaimanapun pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengesahkan empat finalis Miss Malaysia World 2013 yang beragama Islam telah menarik diri daripada pertandingan ratu cantik itu yang berlangsung di ibu negara semalam.
Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali berkata pihaknya telah melakukan beberapa operasi penguatkuasaan di perkarangan premis semasa pertandingan itu dan penganjur memaklumkan keempat-empat finalis telah menarik diri sebelum majlis tersebut berlangsung.
Beliau berkata jika keempat-empat wanita itu tetap terus menyertai pertandingan tersebut, mereka boleh dikenakan tindakan kerana melanggar Seksyen 9 Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.
“Hanya 15 wanita bukan Islam sahaja didapati bertanding dan saya mengucapkan terima kasih kepada keempat-empat wanita Islam itu kerana membatalkan hasrat mereka dengan tidak terus mencabar pelaksanaan hukum dan peruntukan akta agama Islam Wilayah Persekutuan.
“Ini menunjukkan mereka faham dan menghormati undang-undang, malah saya harap mereka tidak lagi mengulangi perbuatan tersebut dan mana-mana individu lain seharusnya mengambil iktibar daripada insiden itu agar tidak berulang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Che Mat berkata penguatkuasaan yang dilaksanakan pihaknya terhadap isu pertandingan ratu cantik itu sepatutnya dijadikan platform agar semua umat Islam terus meninggalkan kegiatan seumpama itu.
Mengulas mengenai klip video ’1 Hari di Hari Raya’ yang disebarkan di laman sosial baru-baru ini, Che Mat berkata jika ada kes sedemikian berlaku di Wilayah Persekutuan, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap kesalahan tersebut.
Katanya perkara seperti itu tidak patut terus dibiarkan kerana saban hari, semakin banyak kes menghina kesucian Islam timbul malah umat Islam tidak perlu terus diuji seperti itu.
“Jika ada kami kesan kes menghina agama Islam di sini, tindakan tegas akan diambil mengikut Akta 505 Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993,” katanya. – Bernama

HALIM OTHMAN BERCINTA DENGAN DANIA DANISHA





















Halim Othman kini dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang gadis yang dikenali sebagai Dania Danisha yang berasal dari Felda Palong, Negeri Sembilan.

Cantik orangnya, memang sesuai sangat dengan Halim. Ada peminat mendakwa Halim Othman bakal mendirikan rumahtangga dengan gadis tersebut pada tahun hadapan.

Kami tumpang gembira jika berita ini adalah benar. Semoga cepat Halim naik pelamin. Tak sabar nak tengok Halim kahwin.



JEHAN MISKIN KEMBALI BUJANG?






















BIARPUN sudah mendirikan rumah tangga beberapa bulan lalu, namun kehidupan pelakon dan pengarah, Jehan Miskin tidak ubah seperti orang bujang.

Menurut Jehan, sejak hari pertama menyambut Ramadan, dia terpaksa menguruskan segala kelengkapan hariannya sendiri memandangkan isterinya, Julie Camelia Rhee tinggal berjauhan dengannya.



















"Setakat ini semuanya berjalan seperti biasa cuma saya agak sedih dan sunyi kerana isteri tidak ada bersama saya buat masa ini. Dia sekarang ada di Jepun kerana ada kerja yang perlu diselesaikan.

"Jadi terpaksalah saya berpuasa sendiri, buka sendiri, macam orang bujang," katanya sambil tertawa.

Tambah Jehan, kesibukan bekerja sepanjang Ramadan ini sedikit sebanyak mengurangkan kesunyiannya dalam menjalani rutin hariannya secara berseorangan.

"Saya baru selesai menjalani penggambaran program travelogue di Sabah. Sejak 1 Ramadan, memang saya berpuasa di Sabah dan berbuka dengan kru-kru produksi.

"Mujur juga ada kerja, sekurang-kurangnya tidaklah saya berseorangan. Mungkin dalam masa beberapa hari isteri saya akan pulang dan saya memang tidak sabar mahu berpuasa bersamanya," jelas Jehan.

SELENA GOMEZ MELINDUNGI BIEBER




















Bintang remaja, Selena Gomez memberitahu, dia tidak akan sesekali memburukkan Justin Bieber.

Akuinya, dia dan Bieber pernah mempunyai sejarah bersama.

"Saya sentiasa mengambil berat terhadapnya, malah saya juga akan cuba melindunginya jika ada sesiapa yang cuba menyakiti dia.

"Walaupun kami bukan pasangan kekasih lagi, tetapi saya tidak mahu bermusuh dengannya," kata pelantun lagu Who Says ini.

CHE TA DAN ZAIN BERAYA BERSAMA



















SEJAK mengakui percintaan mereka, pasangan sama cantik sama padan ini sering menjadi perhatian ramai dan rata-ratanya merestui hubungan mereka.

Justeru sambutan Aidilfitri kali ini turut diberi perhatian, apatah lagi pasangan dua sejoli ini dijangka bakal ke jinjang pelamin pada penghujung tahun.

Tidak berselindung, pelakon ini

mengakui berkunjung ke rumah cinta hatinya itu.

"Saya belum berkesempatan lagi untuk berjumpa dengan keluarganya, jadi sempena Lebaran kali ini saya memang merancang untuk bertemu dan sekali gus berhari raya dengannya di Alor Setar, Kedah.

"Bagaimanapun saya akan berhari raya bersama keluarga di Gombak terlebih dahulu dan mungkin akan menaiki penerbangan ke Kedah, itu pun kalau ada tiket," katanya.

Ditebak mengenai persiapan raya untuk ke sana, akui Zain, segala kelengkapan dan persiapannya pada lebaran kali ini banyak diuruskan oleh Che Ta.

"Saya agak sibuk ketika Ramadan kali ini dengan penggambaran drama dan sebagainya. Jadi masa agak terhad untuk saya membeli belah dan membuat persiapan sebagainya.

"Mujur Che Ta banyak membantu saya memilih baju dan sebagainya," ujarnya yang bercuti sejak 4 Ogos lalu.

Bagi Rozita Che Wan pula, dia sudah pulang ke Alor Setar sejak 5 Ogos lalu, bersedia untuk bertemu ibu Zain.

"Kalau ibunya atau Zain jemput saya, saya bersedia untuk berhari raya bersama mereka.

"Sekiranya ada masa terluang saya tidak keberatan untuk ke sana dan berhari raya bersama mereka," katanya yang beraya tanpa anak-anak di sisi tahun ini.

Menurut Rozita atau Che Ta, biarpun anak-anak beraya bersama bekas suaminya tahun ini, namun dia tidak berasa kesunyian kerana semua adik-beradiknya pulang ke Alor Setar kali ini.

"Tahun lepas mereka balik ke rumah mertua masing-masing dan kali ini berhari raya ke sini. Jadi meriahlah juga dengan kehadiran adik-beradik.

"Kami juga ada membuat rumah terbuka minggu ini dan saya turut menyediakan menu istimewa buat para tetamu," kata Che Ta lagi.


Perancangan kahwin


Keduanya mengakui akan mula berbincang hal berkenaan selepas hari raya nanti.

"Kita dahulukan sambutan hari raya, selepas ini barulah kita akan mula berbincang mengenai perkahwinan.

"Lagipun masih ada banyak masa lagi dan majlis pula dijangka berlangsung pada hujung tahun. Tapi buat masa ini tidak ada sebarang tarikh lagi yang dipersetujui.

"Tetapi dari segi tajaan sudah ramai yang menghubungi untuk memberi tajaan dan terlibat dengan majlis kami nanti," jelas Che Ta.

NING BANGGA DENGAN OMAR



















SETELAH melalui enam kali Ramadan, penyanyi Ning Baizura akui bangga dengan ‘pencapaian’ suaminya, Omar Sharif Christopher Layton Dalton.

Meskipun berpuasa, Omar tidak meninggalkan senaman untuk kecergasan badan setiap hari.

“Alhamdulillah, kali ini sudah tahun keenam suami saya berpuasa. Kalau bersahur, dia tak suka makanan yang berat-berat sangat. Lewat malam dia bersahur.





















“Kemudian, dia akan tidur dan apabila bangun terus keluar untuk bersenam. Pukul lima pagi dia akan keluar untuk ‘jogging’ dan baru pergi kerja,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada sesi fotografi, baru-baru ini.

Meskipun senaman itu membuatkan suaminya lemah pada waktu petang, namun ia tidak menghalang Omar untuk berpuasa.

“Tapi dia akan lembiklah. Tapi Alhamdulillah, saya bangga dengan dia,” kata Ning.

Menurut Ning, Omar juga tidak cerewet dalam pemakanan.

“Menu untuk dia berbuka puasa pula, dia tak kisah langsung apa-apa saja yang saya hidangkan. Saya memang dah ajar pembantu saya untuk memasak sikit-sikit tapi untuk suami selalunya saya sediakan sendiri.

“Cuma untuk keluarga, pembantu boleh tolong buat yang kecil-kecil seperti masak sayur. Kalau makanan utama, masih saya yang sediakan sebab dia dari Filipina, jadi, tak tahu lagi masakan Malaysia,” katanya.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Ning dan keluarga bakal menyambung puasa di kampung halaman Omar di Birmigham, United Kingdom.

“Kami akan sambung berpuasa di sana. Panjang tempoh berpuasa di sana. Antara sembilan hingga sebelas jam.

“Tahun lepas kami tak dapat pulang ke sana kerana saya hamil. Jadi, tahun ini kami akan beraya di sana bersama dengan penduduk Malaysia yang menetap di Birmigham,” katanya yang membawa semua ahli keluarganya bersama ke UK.

MAWI ANYAM KETUPAT SENDIRI

Mawi dan Ekin pulang ke Johor untuk beraya

SIAPA sangka, penyanyi Lagu Jiwa Lagu Cinta, Mawi hebat dalam menganyam ketupat.

Bukan semua orang boleh melakukannya kerana proses menganyam itu agak rumit.

Mawi memberitahu bahawa dia mampu menganyam empat jenis ketupat iaitu ketupat katak, bawang, sate dan pasar.

“Ketupat itu saya anyam sendiri. Mak saya boleh buat ketupat katak sahaja, bapa saya boleh buat ketupat bawang sahaja dan kakak saya pandai buat ketupat pasar dan ketupat sate.

“Jadi, saya belajar keempat-empat jenis,” katanya ketika ditemui dalam sesi fotografi sempena Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini.

Tidak terkecuali tahun ini, Mawi bakal menyediakan ketupatnya sendiri meskipun sibuk dengan perniagaannya.

“Tahun ini saya akan buat. Memang ketagih nak anyam ketupat. Setiap tahun saya mesti buat.

“Tahun lepas, ketupat sudah siap dianyam oleh mak dan kakak, tapi saya minta daun ketupat itu lagi untuk buat ketupat. Tak apa kalau tak dimasak, saya nak anyam juga,” katanya.

Dalam tempoh sehari, Mawi mampu menyediakan 200 hingga 300 biji ketupat.





















Ketika menyentuh soal kenangan bersama arwah bapanya, Ani Ahmad, Mawi akui teringat rutin setiap tahunnya yang membonceng motosikal ayahnya di pagi raya untuk pergi ke masjid.

“Bukan hari raya saja saya kenang arwah bapa saya. Setiap hari saya ingat dia. Insya-ALLAH setiap kali saya balik Taib Andak saya akan pergi melawat kubur dia.

“Kenangan dengan dia di pagi raya untuk ke masjid, saya akan membonceng motosikal yang bapa saya bawa dan saya akan peluk bapa saya. Ini memang setiap pagi raya,” katanya.

Tambahnya, “tapi bila dah tak ada, saya nak peluk siapa ya? Tapi saya tetap bawa motosikal itu juga ke masjid tapi tak ada oranglah di belakang. Dalam perjalanan itu, saya akan terbayang kenangan dengan arwah.

Mawi juga memberitahu, bapanya akan membelikan martabak sardin untuk dirinya setiap hari.

“Kalau bulan puasa, setiap hari bapa saya akan belikan martabak untuk saya. Setiap hari. Mesti. Dulu saya suka sangat martabak sardi, jadi, setiap hari dia belikan untuk saya.

“Sekarang, kalau saya nak makan sardin, isteri saya, Ekin akan masakkan sambal sardin atau sardin masak kicap untuk saya,” katanya.

Berkongsi puasa mereka bersama Cahaya Malaika yang sudah berusia setahun setengah itu, Mawi dan Ekin akui seronok.

“Puasa sebelum ini kurang sedikit tapi kali ini, seronok sebab Cahaya dah pandai nak kuih, nak air. sebelum ini, bila bawa berjalan, dia tidur saja,” kata Ekin.

Mawi menambah, “Saya sebagai bapa terlalu teruja sebab saya tak sabar nak bawa anak saya pergi beraya. Saya juga tak sabar nak pakaikan dia baju yang comel-comel untuk kami bawa dia beraya.”

Betty Hamil 5 Bulan




Siapa tidak mengenali penyanyi dan pelakon kacukan Arab, Betty Banafe, yang kini kelihatan semakin berseri-seri setelah disahkan hamil lima bulan.

Mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan kacukan England dan Lubnan, Bruce Dargus pada 8 Disember tahun lalu, pasangan ini dijangka menimang cahaya mata sulung pada bulan yang sama dengan ulang tahun perkahwinan mereka. Akui ia
merupakan momen yang sangat dinantikan, bagi Betty tiada apa yang lebih membahagiakan dari bergelar isteri dan juga ibu.

“Sejujurnya kehidupan saya sekarang bertambah bahagia apatah lagi kini sedang menunggu kelahiran bayi pertama kami.

“Kami tidak kisah jantina bayi, paling penting anak kami sihat dan cukup sifatnya,” katanya yang tak sabar menimang cahaya mata.

Bersyukur dikurniakan suami seperti Dargus, Betty berkata, meskipun berbeza bangsa dan adat ia tidak pernah menjadi kesukaran buat mereka menjalani kehidupan berumah tangga.


"Dia (Dargus) mudah menyesuaikan diri dan sangat memahami saya. Malah dia terlalu bersikap 'protektif' sejak mengetahui saya hamil," kata Betty.

Berkongsi perkembangan seninya,  Betty berkata dia masih menerima tawaran lakonan. Namun sejak berkahwin dia semakin selektif memilih tawaran.

“Suami tidak menghalang kerjaya seni saya, tetapi bila saya dah hamil dia mula risau dan sentiasa menasihatkan saya agar berhati-hati setiap masa," ujar Betty yang kini sibuk menjalani penggambaran sebuah drama bersiri yang akan ditayangkan di TV9.


Amal yoga demi kandungan

Walaupun sudah berbadan dua, namun ia tidak menjadi penghalang bagi Betty untuk meneruskan aktiviti hariannya.

Malah wanita kelahiran Johor Bahru ini juga agak bertuah kerana tidak mengalami sebarang alahan atau 'morning sickness' seperti wanita hamil lain.

“Walaupun di awal kehamilan saya mengalami rasa dahaga yang agak teruk sehingga terpaksa membawa botol air ke mana jua saya pergi.

“Namun keadaan semakin baik setelah mengetahui saya telah mengandung,” katanya.

Menurut Betty, dia kini mengamalkan senaman yoga bagi memastikan kandungannya dalam keadaan baik dan sihat.

Katanya, semakin ramai wanita hamil memilih senaman itu kerana tidak terlalu berat bagi mereka dan bersifat lebih santai.

“Senaman ini memastikan saya kekal cergas dan ia tidak memudaratkan kandungan saya.

“Kita tidak perlu melakukan senaman berat untuk mengekal kesihatan tetapi perlu bijak memilih sesuatu yang sesuai dengan situasi,” katanya.

Jika wanita lain mengalami pertambahan berat badan, namun berbeza dengan Betty kerana  sepanjang kehamilannya itu dia telah kehilangan berat badan sebanyak 4 kilogram.

“Mungkin orang lain mengidam pelbagai makanan ketika hamil, namun berbeza dengan saya.

“Sebab itu berat badan saya menyusut kerana makan seperti biasa dan tidak terlalu mengikut nafsu,” katanya yang teringin menikmati masakan ibunya terutama laksa Johor.


Beraya di Johor

Tahun ini merupakan Aidilfitri yang sangat istimewa buat Betty kerana julung kalinya beraya bersama suami tercinta.

Malah mereka juga berpeluang meraikan lebaran penuh makna itu di kampung halaman Betty sendiri.

“Saya sangat beruntung kerana suami tak cerewet dalam pemakanan. Dia makan apa saja yang ada asalkan tak pedas.

"Dia sangat menggemari biskut makmur walaupun tak tahu nama biskut itu.

"Kalau nasi, dia lebih gemar nasi ayam sebab tak pedas," kata Betty.

Berbeza dengan suaminya, Betty memberitahu, dia sangat gemarkan makanan yang pedas.

"Saya paling suka nasi ayam penyet kerana kepedasannya membuatkan saya sangat berselera. Malah ia juga merupakan hidangan yang popular di Johor.

“Kalau biskut raya, saya gemarkan tart nenas dan sejak dari kecil lagi saya sangat menggemari kuih ini,” ujarnya.

Pengacara Zakiah Anas Bernikah Dengan Kawan Lama


















Menerusi blog tulisan Mazidul Akmal Sidek, beberapa keping gambar Zakiah sewaktu majlis akad nikah itu berlangsung dipaparkan untuk tontonan pembaca blognya.

Zakiah telah selamat dinikahkan berwalikan abangnya, Mohd Adnan Anas dengan mas kahwin sebanyak RM13,500 tunai.






Bercerita mengenai detik perkenalan antara mereka, Zakiah memberitahu Azmi adalah merupakan kenalan lama sewaktu menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dahulu.

Selepas itu, mereka ada berkawan sekejap dan kemudiannya persahabatan mereka terputus kerana sukar untuk menghubungi antara satu sama lain.


Majlis resepsi

















  


“Kami berjumpa kira-kira dua puluh satu tahun lalu sewaktu belajar di UiTM.
“Keluar kali pertama dengan Azmi secara berkumpulan, menyaksikan konsert kumpulan dari Indonesia, Gigi di Live Center, Kuala Lumpur. Selepas itu terus tidak bertemu lagi sebab dia melanjutkan pelajaran ke Jepun,” kata Zakiah.


Melihatkan kesungguhan Azmi, Zakiah bersedia untuk menjadi isteri kepada Azmi.


                  Majlis resepsi

“Bulan Ramadhan lalu, masa berbuka puasa, di hadapan ibu Azmi di rumah mereka di Kepong,” katanya.Selepas selamat diijab kabulkan, Zakiah dijadualkan akan mengadakan majlis resepsi pada bulan Januari tahun hadapan.

Turut hadir di majlis pernikahannya selain saudara-mara dan rakan selebriti adalah ibunya, Enon Puteh Lan, 83.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...