Pages

Ads 468x60px

Labels

Showing posts with label Tip. Show all posts
Showing posts with label Tip. Show all posts

7 WAKTU ELAKKAN MINUM AIR

7 WAKTU ELAKKAN MINUM AIR | Tahukah anda, terdapat 7 waktu yang kita tidak digalakkan untuk minum air. Jika boleh, anda cubalah elakkan. Tapi, kenapa plak agaknya anda tak digalakkan minum pada waktu-waktu tersebut? Tak lain dan tak bukan adalah bagi memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik.



7 waktu yang saya maksudkan tu adalah:

1. Sebaik saja bangun tidur.

Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan.

2. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.

3. Selepas memakan buah-buahan.

4. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau nak minum gak, tunggulah selepas beberapa ketika.

Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum (saya paham sangat keadaan anda masa nie).

5. Sewaktu tengah makan.


Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang mengakibatkan perut buncit.

6. Sebelum atau sesudah makan.

Tapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit selepas makan.

7. Selepas melakukan persetubuhan dengan pasangan.

Mudah-mudahan anda boleh mengikuti petua di atas. Mula-mula mungkin susah sikit kot. Tapi, lama-kelamaan ia pasti akan sebati dengan diri anda.

Sebagai permulaan, cuba anda amalkan selama 21 hari berturut-turut dulu. Lepas 21 hari, saya yakin anda pasti rasa lebih mudah untuk mengikutinya.

Selamat Mencuba!

MENDALAM MAKSUDNYA

1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.

2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?
Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.

3. Persahabatan ibarat sebuah buku.
 Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.

4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dengan baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dengan teruk, jangan sedih, ia juga takkan kekal lama.

5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jika anda mendapat sebutir berlian, jangan lupa emas tersebut kerana untuk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.

6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!

7. Apabila ALLAH SWT menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila ALLAH SWT tidak menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu.

8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana, "Bolehkah ada sesuatu yang lebih teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "Ya, kehilangan visi anda! "

9. Ketika anda mendoakan orang lain, ALLAH SWT mendengar kepada anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bahawa seseorang telah mendoakan anda.

10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

WAJIB BACA!! UNTUK ORANG YANG ANDA SAYANGI


Wajib Baca! Untuk Diri Sendiri Dan Juga Keluarga Tersayang... | Nauzubillah min zalik, ianya berlaku didalam negara kita sendiri, mungkin tidak jauh dari tempat anda tinggal.

Kami ditayangkan dengan gambar-gambar kejadian rogol, bunuh dan buang oleh ramai mangsa yang anda tak akan dapat lihat didalam Metro atau KOSMO. Yang menyayat hati banyak mangsa-mangsa adalah kanak-kanak, ada yang besar2 anak saya sendiri. Tenunglah anak perempuan anda sekarang, bayangkan dada mereka ditoreh, pungung dikerjakan, disumbat mulut dengan kertas, beras, kemaluan disumbat dengan benda-benda. Ni bukan rekaan tuan-tuan dan puan-puan.

Yang lebih menyedihkan 80% mereka yang ditangkap terlepas, kerana tidak cukup bukti untuk didakwa dan ditahan didalam penjara. Jadi awas tuan-tuan dan puan-puan, dikalangan kita ada perogol, pedophiles, pembunuh bersiri yang bebas mencari peluang utk bertindak.

Dan mereka ni bukan orang kurang siuman. Semuanya bijak belaka. Mereka mengunakan kaedah seperti PHISING dan reverse phsycology utk mendapatkan maklumat peribadi kita.

Jadi anda boleh membuat perbezaan. Saya nak sarankan beberapa perkara mudah di FB yang InsyaAllah boleh menyelamatkan nyawa anda dan keluarga anda.

1. REMOVE semua maklumat berkenaan suami, isteri, anak, ibu, bapa,pakcik yang kita publish di Facebook. Tak perlu unfriend mereka, hanya tukar relationship sahaja.

2.JANGAN post gambar anda, anak-anak, keluarga dan sahabat handai. Jika perlu tetapkan setting SECURITY pada kiriminan. Tentukan org-org yg hanya boleh melihat gambar tersebut.

3. Aktifkan option untuk review TAG. Ada didalam ruangan Setting. Pilihan ini akan meminta anda utk approve gambar, post yang anda telah di tag. Jadi ini akan memberikan anda ruang untuk menilai kiriman tersebut samanda ianya akan mengamcam keselamatan

4. JANGAN lah nak bersayang-sayang, aniversary di FB. Buat offline sahajalah.Tindakan seperti ini akan memberitahu siapa orang kesayangan anda dan boleh jadi target

5. HENTIKAN post yang boleh menunjukan anda bersendiri. Seperti "Boringnya, sorang-sorang kat rumah" atau "I nak tido kejap"

6. MATIKAN fungsi geo-location pada pengguna Android atau iPhone. Fungsi ini boleh mndedahkan lokasi anda.

7. Review friendlist anda dengan kerap. Ingat 80% penjenayah ni masih terlepas.

8. REMOVE no telefon dari FB. Kerana penguna Android boleh nampak no telefon anda

9. Gambar profile letak lah yang sopan santun

10. REVIEW semula album FB anda. Mana gambar yang tak patut ttu delete sahaja!

Nampak paranoid, tapi kalau korang tgk sendiri baru korang tau. Jangan salahkan pihak berkuasa. Kita sendiri yg expose maklumat peribadi.

PENTING!!! RAHSIA KOD WARNA PADA UBAT GIGI


Pasti ramai yang tidak tahu menahu berkenaan dengan kod warna yang terdapat pada ubat gigi yang setiap hari kita gunakan.
Jadi dikongsikan kepada anda semua.

Jadi kod warna itu adalah :

MERAH = BAHAN SEMULAJADI + BAHAN KIMIA

BIRU = BAHAN SEMULAJADI + BAHAN UBAT-UBATAN

HIJAU = BAHAN SEMULAJADI SAHAJA

HITAM = BAHAN KIMIA KESELURUHAN

p/s : Just share kongsi apa yang telah dibaca.Untuk pengesahan lanjut sila hubungi doktor gigi berhampiran anda.

CUBA CARI SEEKOR KATAK DI DALAM GAMBAR INI!!

Gambar tersorok katak.
Jom uji mata anda. Cuba cari gambar tersorok seekor katak di dalam gambar ini. 
Siapa dapat cari katak memang mata hebat!! Syukur padaNYA..

Jika anda tidak nampak....
Lihat artikel di bawah sehingga selesai. Anda akan nampak seekor katak..
Jawapannya ada disini..
He..he...





POK MAT LEWA BERI PETUA BERMADU 3



“Sekali pandang wajahnya biasa saja dan mungkin ramai wanita tidak berkenan, tapi bila sudah kenal hati kami yang gundah jadi tenang sebaik melihat senyumannya,” kata Siti Aisyah Awang Kechik, 56, isteri pertama Muhamed Yunus, 58, sambil disokong dua madunya, Asiah Yahya, 48, dan Ani Abd Rahman, 42.



BAHAGIA…Muhamed bersama dua isteri, Ani (depan kanan), Siti Aisyah (belakang) serta tiga anak, Mohd Khairi Safari (kiri belakang), Nadia dan Khairul Azwa.
Menariknya, rumah dua madu Muhamed, Asiah dan Ani didirikan berhampiran rumahnya bersama isteri tua, Siti Aisyah di Kampung Kandis, Lebuhraya Pasir Puteh-Jeli, dekat sini, dan mereka hidup berjiran dengan penuh harmoni.
Menurut Siti Aisyah, ketika Muhamed berhasrat untuk berkahwin dengan Ani, lelaki itu secara ‘gentleman’ meminta dia dan Asiah masuk meminang madu ketiganya.
“Kami tidak terkejut dan rela hati menunaikan permintaannya kerana yakin dia mampu berlaku adil kepada semua isteri dan anak-anak,” katanya.
Katanya, Ani turut tersenyum sebaik saja melihat dua madunya berada di depan mata ketika majlis meminang di rumah keluarganya di Jerteh, Terengganu.


MAHLIGAI…rumah Asiah dan Ani berdekatan rumah Siti Aisyah (kanan) di Kampung Kandis, Lebuhraya Pasir Puteh-Jeli. 

P/s : Bagi sesiapa yang rasa nak bermadu tu, fikir lah panjang-panjang serta dapatkan persetujuan isteri anda tu dulu, kalau rasa boleh berlaku adil dan berkemampuan, teruskan lah niat anda itu haha... 

MINUM AIR SEJUK@ AIS PENYEBAB KANSER

TAK sangka.. Kita SELALU buat perkara ni, dan sebenarnya boleh sebabkan KANSER!!

Satu perkongsian yang dapat menyelamatkan ramai insan di sekeliling kita...





Dr. Stephen memperlakukan pesakit Cancer dgn cara yg "un-ortodoks" & banyak pesakit Sembuh!
Ia percaya pada penyembuhan alami dlm tubuh terhadap penyakit.
Ubat utk Cancer sudah ditemui !
Anda percaya?
Saya berdukacita bagi pesakit cancer yg meninggal di bawah rawatan konvensional.
Pesakit cancer tidak seharusnya mati !
Menurut DR. Shu, 3 generasi Sinshe di Taiwan:
Makan buah segar dan caranya!
Ini sangat informatif!
Umumnya makan buah berarti membeli buah, cuci, memotongnya & masukkan ke dalam mulut kita...
Tapi tidak semudah yg kita pikirkan! Pengetahuan penting bagaimana & bila harus makan buah.

Cara yang tepat makan buah;

* JANGAN MAKAN BUAH-BUAHAN SELEPAS ANDA MAKAN..!!
* BUAH HARUS DIMAKAN PADA SAAT PERUT KOSONG.

BUAH ADALAH MAKANAN PALING PENTING!

BAHAYA! Buah bercampur dengan makanan lain akan membusuk & menghasilkan gas sehingga lambung akan kembung!

Menurut penelitian Dr Herbert Shelton;
Jika Anda telah menguasai cara yang benar makan buah2an,
Anda memiliki;

badan yang sihat,
Penuh tenaga,
Tubuh dan fikiran jadi tenang & berat badan normal.

Makan buah yang segar dan bersih (Bukan buah/Jus dalam bungkusan/botol Plastik) lebih baik dari pada minum jus.

Tapi jika terpaksa minum jus, maka minumlah seteguk demi seteguk secara perlahan, karana Anda harus membiarkannya bercampur degan air liur Anda sebelum menelannya.

MINUM AIR SEJUK@AIS BATU SELEPAS MAKAN ADALAH salah satu penyebab KANSER!!

Air sejuk akan membuat makanan yang berminyak menjadi (BEKU)
maka akan jadi lemak bertoksin (RACUN).

Cara Terbaik adalah:

Minum air PANAS ATAU SUAM selepas makan
Makan buah segar saat perut kosong.

BANTU SHARE PADA KAWAN-KAWAN.

CARA DAN TEKNIK MENANAM URI


 


PETUA MENANAM URI ANAK | Ramai ibu bapa kurang berpengetahuan mengenai cara pengurusan uri. Ada di antara mereka yang hanya meninggalkan uri anak mereka di hospital. Mempelajari cara menanam uri adalah sangat penting bagi ibu bapa khasnya ayah.

MENANAM URI ANAK
• Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.
• Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa di dalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.
• Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.

• Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.





Cara menguruskan uri

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.
8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti
10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.
11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.
Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...