Pages

Ads 468x60px

Labels

Showing posts with label pelik. Show all posts
Showing posts with label pelik. Show all posts

5 LELAKI KONGSI SEORANG ISTERI



Seorang ibu muda semalam mendedahkan dia mempunyai lima suami.Lebih menarik lagi, kelima-limanya adalah adik-beradik.Rajo Verma, 21, tinggal dalam sebuah rumah satu bilik dengan kelima-lima suaminya dan tidur bersama suami berbeza setiap malam mengikut giliran.




Suri rumah itu juga tidak tahu siapa bapa bayi lelakinya.Rajo berkata: “Pada awalnya, ia rasa agak pelik. Dan saya tidak mempunyai suami kegemaran.” Suami pertamanya, Guddu, 21, menegaskan:

“Kami semua melakukan seks dengannya tetapi saya tidak cemburu. Kami sebuah keluarga besar yang bahagia.” Pasangan itu berkahwin mengikut istiadat Hindu yang diatur keluarga mereka empat tahun lalu dan dia menjadi satu-satunya suami Rajo yang sah.





Tetapi adat di kampung mereka mewajibkan Rajo turut mengambil adik-beradik suaminya sebagai suami. Mereka ialah Bajju, 32, Sant Ram, 28, Gopal, 26, dan Dinesh — yang dikahwininya tahun lalu ketika pemuda itu mencecah usia 18 tahun.Abang sulung Bajju berkata:

“Saya menganggap Rajo sebagai isteri saya dan tidur bersamanya sebagaimana adik saya yang lain.” Rajo memasak, mengemas dan menjaga bayinya, Jay yang berusia 18 bulan ketika semua suaminya pergi bekerja di Dehradun, utara India.Rajo berkata mengenai tradisi purba bergelar poliyandri:

“Ibu saya turut berkahwin dengan tiga beradik. Bila saya berkahwin saya tahu saya terpaksa menerima semua lelaki itu sebagai suami.” “Saya tidur dengan mereka mengikut giliran. Kami tiada katil, kecuali beberapa selimut. “Yang menariknya, saya mendapat lebih perhatian dan kasih sayang daripada kebanyakan isteri lain.”





5 MANUSIA YANG MASIH HIDUP SETELAH MENJALANI HUKUMAN MATI!!!

Dalam kehidupan sehari -hari, kita pasti akan selalu bertemu dengan yang namanya benar dan salah. Entah itu dalam sikap kita , percakapan , dan masih banyak lagi. Dalam peraturan atau undang-undang, sesiapa yang bersalah pasti dihukum apa lagi kesalahan yang di lakukan sangat berat. 

Biasanya suspek akan dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah. Namun kisah ke lima orang berikut ini sungguhlah unik. Mereka berjaya bertahan hidup setelah di eksekusi hukuman mati. 

Jom lihat 5 Manusia Yang Masih Hidup Setelah Dihukum :


1 . Wenseslao Moguel




Moguel divonis mati dengan cara ditembak oleh pasukan polis  penembak khas . Ia ditembak 9 kali, termasuk 1 peluru terakhir yang ditembakkan ke kepalanya oleh komandan pasukan dalam jarak dekat untuk memastikan kematiannya.

Entah bagaimana, Moguel boleh bertahan hidup dan merancang untuk melarikan diri. Moguel pulang ke kampungnya untuk menikmati sisa hidupnya yang sangat berharga tersebut .


Foto di atas diambil pada tahun 1937 di acara Ripley Believe It or Not. Dimana Moguel memperlihatkan tanda bekas peluru yg menembusi kepalanya dari jarak dekat.

2. John Henry George Lee



 

John merupakan seorang pembantu di rumah Miss Emma. Suatu hari, Miss Emma ditemui mati dengan pisau melekat di leher  dan rumahnya terbakar. John kemudian dinyatakan bersalah dan dijatuhi hukuman gantung. Mengikut jadual , John akan digantung pada 23 Februari 1885 di Exeter Prison .

Ketika sudah hari , John dibawa keluar dari selnya untuk menuju tempat pelaksanaan. Tapi  trap door (pintu penyekat antara zon penjara ) tersangkut  . Bukan hanya sekali, dua kali, tapi tiga kali.

Di tengah kebingungan pihak penjara dan eksekutor , John dikembalikan ke sel nya . Dan beberapa hari kemudian, hukumannya diubah menjadi kurungan seumur hidup.

3. Anne Green

Dihukum mati dengan cara digantung ketika berumur 22 tahun. Pada masa itu , hukuman gantung dilaksanakan dengan cara si tertuduh disuruh naik tangga dan mengalungkan sendiri tali ke lehernya.


Setelah bergantung selama 1/2 jam , badan anne diturunkan dan diberikan pada pihak universiti sebagai bahan kuliah anatomi . Namun , setelah di kampus, peti dibuka dan doktor mendengar suara bernafas dari hidungnya.

Mereka segera memberinya minum . Dua belas jam selepas pelaksanaan, Anne sudah boleh bercakap beberapa perkataan. Beberapa tahun kemudian Anne akhirnya menikah dan punya 3 orang anak, serta dapat hidup 15 tahun lagi setelah peristiwa eksekusi yang membuatnya terkenal itu.


4. William Duell

 

Ketika berusia 16 tahun , William dihukum mati dengan cara digantung . Akibat tuduhan rogol dan pembunuhan terhadap seorang gadis di Village of Tyburn , London.

Sama seperti  Anne , jasad dari William rencananya akan dimanfaatkan di kuliah medical training, sesuai dengan prosedur regular pada waktu itu. Setelah dinyatakan mati, jasadnya dibawa ke universiti .

Kemudian setelah pakaian nya dilucutkan dan diletakkan di atas papan , ada seorang petugas lab yg menyedari bahawa jasad william bernafas. Makin lama , william bernafas makin cepat . Dan dalam 2 jam, ia sudah boleh duduk . Malam itu juga, kerajaan memutuskan untuk mengalihkan hukumannya menjadi hukuman kurungan .

5. Joseph Samuel

 
Joseph divonis mati dengan cara digantung setelah dituduh melakukan rompakkan rumah seorang wanita kaya dan polis yang menjaga rumah tersebut ikut terbunuh.

Joseph memang mengakui rompakkan tersebut . Namun, ia menyatakan bahawa ia tidak terlibat dalam pembunuhan tersebut . Joseph merompak rumah tersebut bersama gengnya . Si ketua geng dilepaskan kerana kurangnya barang bukti .

Pada 1803, Joseph dibawa bersama banduan lain ke Parramatta , di mana sudah ada ratusan orang yang datang untuk melihat pelaksanaan ini . Setelah berdoa, Joseph naik ke atas gerobak dan di lehernya dikalungkan tali . Setelah siap , gerobak tersebut ditarik.

Bukannya menggantung tubuh Joseph , tali tersebut malah putus . Algojo cuba lagi pren, tetapi kali ini tali tersebut tergelincir dan kaki Joseph menyentuh tanah. Di tengah kegaduhan penonton, algojo cuba lagi untuk ketiga kali . Tali tersebut kembali putus .

Kali ini petugas di lokasi mengkhabarkan gabenor tentang peristiwa ini. Setelah mengetahuinya , gabenor mengubah hukuman Joseph menjadi kurungan seumur hidup. Gabenor dan pegawai-pegawai lain meyakini bahawa kejadian tersebut merupakan petunjuk dari Tuhan, bahawa tidak seharusnya Joseph mendapat hukuman tersebut .


P/S: Kalau takdir Kita mati tak kira apa cara dan di mana kita berada tetap akan MATI! 





INILAH LELAKI TERPENDEK DI DUNIA

KATHMANDU - NEPAL. Seorang warga emas sanggup pergi ke Kathmandu bagi menunaikan hasratnya untuk diiktiraf dalam Rekod Dunia Guinness sebagai lelaki paling pendek di dunia.

Master Nau, 73, dari Bhairahawa mempunyai ketinggian 41 sentimeter (sm).






Anak saudaranya, Seema Sheikh berkata, kehadiran Nau disambut meriah media dari pelbagai agensi.

"Master Nau gemar melancong dan suka berkongsi tentang kehidupan hariannya," katanya.

Difahamkan, rekod manusia paling pendek di dunia ketika ini dipegang seorang lelaki warga Nepal, Chandra Bahadur Dangi, 74, dengan ketinggian 54.6sm, laporan dipetik dari AP.

6 BERADIK DITINGGAL IBU BAPA - YANG BONGSU 7 BULAN, 'NYAWA-NYAWA IKAN' KELAPARAN (2 GAMBAR)

KUALA SELANGOR - Hanya disebabkan tidak puas hati, sepasang suami isteri sanggup meninggalkan enam anak mereka yang masih kecil bersendirian di sebuah rumah di Jalan Bukit Panjang, Jeram, kira-kira jam 1 pagi semalam dan hilang tanpa khabar berita.




Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka berusia tujuh bulan hampir 'nyawa-nyawa ikan' akibat kelaparan.

Salah seorang penduduk di situ, Samsuri Sulaiman, 57, berkata, pada mulanya dia ternampak lima beradik berkenaan berjalan kaki sambil memikul beg baju tanpa arah tujuan di kawasan perumahan di situ.

"Apabila saya tanya, abang sulung yang berusia sembilan tahun memberitahu mahu balik ke Kelantan kerana 'emak dah mati'.

“Saya pelik melihat kelakuan mereka dan meminta ketua taman memeriksa keadaan rumah yang dihuni sejak setahun lalu, kalau-kalau kedua ibu bapa mereka ada di rumah.

“Namun, alangkah terkejutnya apabila saya sendiri ke rumah mereka, yang ada cuma bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan tertidur kerana terlalu lama menangis akibat kelaparan di sebuah kerusi kayu.

"Bayi itu adalah adik bongsu kepada kanak-kanak malang ini," katanya.

Menurut Samsuri, kawasan perumahan itu memang terletak jauh dari jalan besar dan jika mereka dibiarkan merayap, kemungkinan besar boleh hilang.





Terkenal sikap suka 'perang besar'


Dalam pada itu, seorang wakil penduduk, Daud Jaumar, 41, berkata, tidak mustahil bayi berusia tujuh bulan itu menghembuskan nafas terakhir jika tidak dijenguk oleh mereka.

“Saya cuba gerakkan badannya bila lihat terbaring begitu sahaja dan nasib baik matanya buka sedikit dan bergerak. Keadaan itu cukup melegakan hati.

“Saya terus menghubungi penghulu mukim kerana tidak tahu nak buat macam mana lagi. Ibu dan bapa budak itu tidak dapat dikesan," katanya.

Menurut Daud, ibu bapa kepada enam beradik itu memang terkenal dengan sikap mereka yang suka 'berperang' besar.

"Penduduk di sini pun selalu mengadu tentang perangai buruk mereka itu. Pernah juga mereka bergaduh besar sampai nak berparang, mujurlah kami sempat  campur tangan," katanya.

Bagaimana pun katanya, dia tidak sangka kedua-dua suami isteri itu mementingkan diri sendiri dan sanggup meninggalkan anak-anak kecil lebih sehari tanpa memikirkan makan minum mereka.

“Sebelum ini ada juga mereka 'hilang', tapi sekejap-sekejap dan jiran rumah selalu bagi anak-anak ini makan.

"Tapi kalau dah hilang lebih sehari sampai anak-anak hampir melarikan diri, saya rasa ini dah melampau. Apa nasib anak-anak ini nanti?" katanya.

Anak-anak tak banyak karenah

Seorang  jiran mereka, Jamilah Yusof, 53, memberitahu Sinar Harian, dia juga sering melihat-lihat keadaan enam beradik itu setiap kali ditinggalkan ibu bapa mereka selepas bergaduh besar.

“Saya sendiri yang menyambut kelahiran anak bongsu mereka di rumah itu. Memang kasihan, anak-anak itu pula tak banyak karenah apabila ditinggalkan seolah-olah faham masalah keluarga mereka.

"Tapi sangat menyedihkan apabila mereka tidak diberi makan dan minum lebih 24 jam.

“Ada ramai orang yang begitu mahukan anak tapi tak bernasib baik, mereka yang dikurniakan ramai 'amanah' ALLAH ini sanggup biarkan mereka begitu saja. Sampainya hati," katanya sebak.

Sementara itu, Penghulu Mukim Jeram, Kamarudin Abd Rahman berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada agensi yang bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.

“Keluarga ini saya kenal sejak rumah sewa mereka terbakar beberapa tahun lalu dan mereka sanggup tidur anak beranak di tepi pantai. Bila dapat tahu, saya tempatkan mereka di sebuah rumah sebelum ditempatkan di sini.

“Bila kita bantu, mereka pula buat perkara menyedihkan seperti ini. Bergaduh macam mana pun tak perlulah libatkan anak-anak yang tidak berdosa ini,” katanya. - Sinar Harian

TANGAN PELAJAR DILENYEK DENGAN MOTOSIKAL - HUKUMAN TIDAK MENYIAPKAN 'HOMEWORK'


Kalau anak murid tidak menyiapkan kerja rumah, selalunya hukuman ketuk ketampi, pukul telapak tangan ataupun berdiri di atas kerusi merupakan hukuman kegemaran guru untuk pelajar nakal dan degil sebegitu.

Namun berlainan pula dengan keadaan di sebuah sekolah di India apabila gurunya bertindak menghukum pelajar tersebut dengan hukuman yang dilihat sangat ekstrem untuk mengajar kanak-kanak tersebut.

Cikgu itu akan mengumpulkan kesemua pelajar yang tidak menyiapkan tugasan di sebuah kawasan lapang sebelum menyuruh mereka berbaris sambil berbaring dengan tangan dihelakan ke depan.

Posisi itu adalah untuk menyenangkan cikgu itu menunggang motosikalnya sambil melalui bawah tangan pelajarnya.

Hmm, hukuman sebegini mungkin boleh mengajar anak muridnya untuk tidak mengulangi kesalahan mereka buat kali kedua, tetapi perkara sebegini sangat melampau untuk diaplikasikan sebagai hukuman untuk kanak-kanak yang masih kecil.

Pada pendapat saya, carilah cara lain yang lebih sesuai sebagai hukuman untuk mengajar kanak-kanak. Banyak cara lain yang boleh difikirkan. Apa pula pendapat anda?

GADIS CANTIK KENCING DI DALAM LIF

Jika sebelum ini, kita dihidangkan dengan video seorang perempuan tua di China yang tidak segan-silu membuang air besar di dalam lif, di negara kita pun rupanya ada juga yang sama spesis seperti nyonya tersebut.


Kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah lif di pangsapuri Sri Saujana, Pulau Pinang di mana kelihatan seorang gadis tidak menghiraukan kamera litar tertutup (CCTV) yang berada dalam lif tersebut asalkan dia dapat melepaskan hajatnya untuk membuang air pada ketika itu.
Hmm, semakin parah nampaknya kesedaran sivik rakyat Malaysia ni.
Kot iya pun, apalah salahnya tahan sehingga sampai ke rumah awak dulu cik adik manis oi..
Kan, tak pasal-pasal gambar awak buang air kecil dah kantoi di laman-laman sosial.

UNIK!!!! HOTDOG HITAM ISTIMEWA



Jika anda menyangka hotdog ini telah hangus dibakar, ternyata sangkaan anda meleset sama sekali. Hotdog hitam yang istimewa ini boleh didapati di sebuah restoran di Jepun.
Restoran ini menyediakan hotdog hitam ini dengan menggunakan dakwat sotong sebagai salah satu bahan istimewanya.

Pelik juga rupa hotdog hitam ini.








KERETA LUTSINAR GUNA TEKNOLOGI KESELAMATAN

Rekaan kereta lutsinar ini bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
FRANKFURT – GERMAN. Kereta lutsinar yang direka bentuk menggunakan teknologi keselamatan ini bertujuan untuk mengurangkan kadar nahas jalan raya.
Menurut laporan DailyMail, pengunjung di Pameran Kereta Frankfurt boleh melihat dengan jelas sistem keselamatan termasuk sensor, sistem brek dan beg udara pada model sedan itu yang biasanya tersembunyi di sebalik panel kereta biasa.
Menurut TRW Automotive, kereta itu turut dilengkapi sistem tali pinggang keledar baru yang boleh bertindak balas mengikut situasi pemanduan selain mengelakkan pemandu beralih dari kedudukan mereka jika berlaku kemalangan, sekali gus mengurangkan risiko kecederaan lebih teruk.
Ketua Pegawai Eksekutif TRW, John Plant memaklumkan ciptaan kereta itu juga adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk mengurangkan kadar kematian akibat nahas jalan raya di seluruh dunia.
“Beberapa fungsi lebih canggih termasuk sistem sokongan kecemasan pada kereta ini akan diperkenalkan pada masa hadapan,” jelasnya lagi.

PEMBANTU RUMAH GUNAKAN TAHI HIDUNG UNTUK MEMASAK

Ipoh: Pengalaman pahit menjadi mangsa ‘manderem’ atau jampi serapah orang gaji sendiri, menyebabkan seorang wanita serik untuk mendapatkan khidmat amah warga asing, khususnya dari Indonesia.

Dia yang mahu dikenali sebagai Zabedah, 38, dari Tambun, di sini, berkata, tak pernah diduganya amah yang dibayar RM650 sebulan tergamak mengenakan ilmu hitam terhadap dia dan keluarga.


ZABEDAH memegang azimat dan minyak wangi yang digunakan Su.
“Lebih menyakitkan hati dia menggunakan bahan kotor, antaranya daki dan tahi hidung yang dimasukkan ke dalam makanan yang dimasaknya bertujuan `menundukkan’ kami.

“Sebelum itu, saya menemui satu bekas merah mengandungi kertas azimat, cincin dan minyak wangi di dalam beg pakaiannya,” katanya kepada Harian Metro.

Zabedah yang juga pengurus restoran berkata, perbuatan jijik itu diakui sendiri pembantu rumahnya itu yang dipanggil, Su, 34, selepas dia mengugut mahu menyerahkan wanita itu kepada polis.

BAJU DALAM KALIS ROGOL DICIPTA

Pakaian dalam dihasilkan penuntut kejuruteraan India 
didakwa mampu menghalang jenayah seksual itu. Sumber Google

'Baju dalam antirogol ' hasil ciptaan sekumpulan penuntut kejureteraan di India, dikatakan mampu menghalang jenayah rogol dan serangan seksual lain.

Baju dalam perlindungan itu dicipta untuk mengalirkan sehingga 82 kejutan elektrik kepada bakal penjenayah apabila pengesan tekanan pada bahan itu mengesan sebarang jenis paksaan. Pakaian dalam yang dibantu teknologi itu, dinamakan sebagai Society Harnessing Equipment (SHE), juga boleh memberi amaran kepada polis, keluarga atau rakan, menerusi sistem pengesanan global (GPS) yang dipasang.



Pakaian dalam dengan sistem pengesanan global, sistem global bagi komunikasi telefon bimbit (GSM) dan pengesan tekanan mampu mengalirkan arus kejutan sehingga 3,800 kilovolt selain memberi amaran kepada ibu bapa dan polis.

Penjenayah yang cuba mencabul gadis akan menerima kejutan dalam hidupnya sebaik pengesan tekanan diaktifkan manakala modul GPS dan GSM akan menghantar pesanan kepada nombor kecemasan India selain kepada ibu bapa mangsa. 


FIDA IBRAHIM DIKRITIK PEMINAT BERPAKAIAN KETAT


Jika sebelum ini, pakaian ketat yang disediakan dalam sesi photo 
untuk Fida telah mengundang rasa tidak puas hati segelintir
pihak, namun keluhan mereka mungkin ada asasnya. Jom kita
lihat photo pemakaian Fida yang lain (bukan sesi photo), di mana
ia turut memaparkan imej ketat.


Gambar pakaian ketat yang mengundang rasa tidak puas hati
segelintir pihak terhadap Fida Ibrahim. Komen mereka, tak
gunalah pakai hijab jika memakai pakaian ketat-ketat. Kalau nak
pakai ketat, baik buka hijab!







NGERINYA!! KESAN DARIPADA SENGATAN BISA ULAR TEDUNG

Ini adalah kesan dari bisa ular tedung. Sangat memerbahaya bisa dari sengatan ular spesis ini. Lihat gambar-gambar yg di kongsikan ini, para doktor melakukan proses pengeluaran bisa dari tangan pesakit yang telah disengat seekor ular.
















5 LELAKI KONGSI SEORANG ISTERI (5 GAMBAR)




Seorang ibu muda semalam mendedahkan dia mempunyai lima suami.Lebih menarik lagi, kelima-limanya adalah adik-beradik.Rajo Verma, 21, tinggal dalam sebuah rumah satu bilik dengan kelima-lima suaminya dan tidur bersama suami berbeza setiap malam mengikut giliran.



Suri rumah itu juga tidak tahu siapa bapa bayi lelakinya.Rajo berkata: “Pada awalnya, ia rasa agak pelik. Dan saya tidak mempunyai suami kegemaran.” Suami pertamanya, Guddu, 21, menegaskan:

“Kami semua melakukan seks dengannya tetapi saya tidak cemburu. Kami sebuah keluarga besar yang bahagia.” Pasangan itu berkahwin mengikut istiadat Hindu yang diatur keluarga mereka empat tahun lalu dan dia menjadi satu-satunya suami Rajo yang sah.



Tetapi adat di kampung mereka mewajibkan Rajo turut mengambil adik-beradik suaminya sebagai suami. Mereka ialah Bajju, 32, Sant Ram, 28, Gopal, 26, dan Dinesh — yang dikahwininya tahun lalu ketika pemuda itu mencecah usia 18 tahun.Abang sulung Bajju berkata:

“Saya menganggap Rajo sebagai isteri saya dan tidur bersamanya sebagaimana adik saya yang lain.” Rajo memasak, mengemas dan menjaga bayinya, Jay yang berusia 18 bulan ketika semua suaminya pergi bekerja di Dehradun, utara India.Rajo berkata mengenai tradisi purba bergelar poliyandri:

“Ibu saya turut berkahwin dengan tiga beradik. Bila saya berkahwin saya tahu saya terpaksa menerima semua lelaki itu sebagai suami.” “Saya tidur dengan mereka mengikut giliran. Kami tiada katil, kecuali beberapa selimut. “Yang menariknya, saya mendapat lebih perhatian dan kasih sayang daripada kebanyakan isteri lain.”



KATAK TERBESAR DIJADIKAN LAUK DI AFRIKA



Di dunia terdapat ribuan spesies katak, masing-masing mempunyai karakter dan sifat yang tersendiri baik dari segi ukuran mahupun habitat yang mereka tinggal.



Terdapat beberapa spesies katak beracun bahkan boleh mendatangkan kematian bagi manusia. Ada juga katak yang mempunyai ukuran sangat luar biasa besar, spesies ini terdapat di Afrika.

Dikatakan di kawasan tersebut katak ini dimakan juga sebagai lauk.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...