Macam ni pun ada
Kisah Nyata : Miss France VS Wanita Bercadar
Miss France bertanya kepada Wanita Muslimah yang berniqab :”Apa gunanya kamu menutupi seluruh badan dan muka dengan cara yang tidak masuk akal seperti itu?”
Muslimah berniqab kemudian menjawab: “Dan engkau, apakah manfaat yang anda dapat dengan menanggalkan baju di hadapan seluruh rakyat Perancis, bukankah hal seperti itu jauh lebih tidak masuk akal? “
Dari sini sudah kelihatan siapa yang benar. Fikir-fikirkanlah baik buruknya.
Pertandingan Ulangtahun Perkahwinan Fizo Omar & Mawar
Pasangan paling menjadi perhatian peminat, Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim bakal menyambut ulangtahun perkahwinan pada 10 November ini dengan tema ‘Seindah Ikatan Cinta MawarFizo’
So, menjelang sebulan sebelum sambutan tersebut berlangsung, pihak pengurusan Fareeda telah mengadakan Pertandingan 'Berposing Ala MawarFizo’ bermula sejak 13 Oktober lalu.
Pertandingan ini memerlukan para peminat menghantar Gambar Penyertaan, Nama Peserta, No. Telefon, Alamat, Nama Facebook beserta resit pembelian Tudung Fareeda ke ikatan_cinta@fareedascarf.com.
Untuk lebih maklumat mengenai pertandingan tersebut, korang boleh baca di fanpage "Mawar Fareeda Fanpage".
Cara Mudah Kesan Kedai Yang Guna Pelaris
“Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat” -( Al-Hijr: 42).
“Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya” -( An-Nahl : 99).
“Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW ” -( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya’la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285).
Di zaman moden hari ini masih ramai lagi yang berani menempah tempat di Neraka dengan mengamalkan sihir untuk pelbagai tujuan dan maksud.
Walaupun sudah jelas larangan Rasulullah s.a.w tentang bahaya sihir ternyata masih ada lagi yang mendapatkan khidmat bomoh.
Mereka ini terdiri dari berbagai lapisan masyarakat dan tujuan, bahkan ada juga dari kalangan artis dan ahli politik yang mendapatkan khidmat tukang-tukang sihir ini.
Ada juga yang ingin membalas dendam kepada seseorang yang tidak disukainya dengan cara ini.
Apa yang saya nak sentuh pada kali ini ialah berkenaan dengan penggunaan pelaris kedai. Disangkakan dengan bercambahnya ilmu dan pusat-pusat pengajian Islam di masjid-masjid, surau-surau dan forum-forum amalan khurafat ini sudah berkurangan tapi nampaknya masih rancak di negara kita malaysia.
Jika dulu amalan pelaris yang menggunakan khidmat jin khadam atau tangkal ini hanya popular di Indonesia sahaja tapi sekarang sudah merebak sampai ke Malaysia. Jadi kita sebagai pengguna harus berhati-hati dalam memilih kedai makan. Persoalannya bagaimana nak tahu kedai makan yang di syaki itu benar2 mengamalkan pelaris atau tidak.
Ini satu petua yang di ajarkan oleh seorang pengamal perubatan Islam.
Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3 kali di luar dari kedai.
Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (mcm ustaz Ismail Kamus ajar).
Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.
Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
Baginda S.A.W telah berkata kepadaku :
“Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu”.
( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ).
Wallahuaklam.
Gambar Rumah Baru Fizo Omar & Mawar
Perkenalan singkat antara Fizo Omar dan Mawar membawa kepada ikatan perkahwinan pada 10 November tahun lalu. Kini, mereka sudah bergelar sebagai pasangan suami isteri yang sah selama 5 bulan.
Melalui gambar-gambar terkini Fizo Omar dan Mawar yang sedang giat mengubahsuai rumah mereka di bawah, jelas membuktikan tindakan berkahwin dahulu dan kemudian bercinta satu langkah yang betul.
Kalau sudah jodoh, tempoh perkenalan singkat bukan masalah utama untuk berkahwin. Yang penting kedua-dua pihak bersedia ke arah itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)