Pages

Ads 468x60px

Labels

JOHAN TINGGALKAN LANA KERANA KELUARGA TIDAK MERESTUI



Akhirnya cinta Johan dan Lana Nordin putus juga. Walaupun tidak sampai sebulan percintaan pasangan pelakon yang penuh dengan kontroversi Johan Asari dan Lana Nordin menghangatkan industri hiburan tanah air, namun hubungan itu dikhabarkan telah putus di tengah jalan.

Memetik laporan portal berita hari ini, Johan menyatakan hubungannya dengan pelakon itu telah putus secara rasmi sejak, kelmarin.

“Saya sebenarnya berat mahu melepaskan Lana. Tapi saya tidak mahu menyeksanya. Lebih baik, kami berpisah daripada terus menyeksa hati dan perasaan Lana,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon sekuel filem Juvana itu turut menyatakan beliau masih menyayangi Lana, namun terpaksa memilih keluarga ekoran tidak mahu dianggap sebagai anak derhaka.

“Saya minta maaf. Keputusan ini tentu melukakan hati Lana dan keluarga. Tetapi saya terpaksa buat keputusan kerana tidak ada harapan kepada Lana,” ujarnya.

Sebelum ini, desas-desus keluarga Johan tidak merestui hubungan percintaannya dengan aktres seksi itu telah tersebar di media sosial.

Dalam perkembangan sama, Lana juga turut memberi respon tentang perkara tersebut.

“Saya bukan bodoh, tiga hari bertemu terus dilamar sebagai isteri, boleh percayakah?

“Saya beri Johan ruang untuk membuktikan janji dan ungkapan manisnya, tapi nampaknya baru sebulan lebih Johan sudah mengaku kalah,” katanya.

Sementara itu, di akaun twitter Johan, peminatnya mula memberi kata-kata semangat kepada aktor tampan tersebut.

-Sinar Harian

NOORAIDA MENJAWAB ISU DICERAI TALAK 1


Wanita yang dikaitkan dengan skandal Adi Putra, Nooraida akhirnya memberi respon mengenai penceraian yang berlaku antara dia dengan suaminya, Hj Amiruddin.
Dalam akaun twitter beliau, Nooraida mengatakan perpisahan tersebut adalah persetujuan bersama.
nooraida-seksi-01

Walaupun telah berpisah, Noraida juga masih menganggap bekas suaminya sebagai teman paling rapat beliau. Dalam caption gambar Instagram yang dikongsikan Nooraida, beliau memberikan ucapan harijadi kepada bekas suaminya:
nooraida-seksi-02

“Mulut orang mana boleh tutup. Tangan orang tak boleh berhenti menaip. Biarkan sajalah. ;)”
Mungkin akibat daripada pemakaian Nooraida ketika sidang media tempoh hari, persepsi negatif terpalit kepada dirinya dan suami. Namun, ada baiknya para peminat dunia hiburan mengambil pendekatan tunggu dan lihat mengenai isu ini memandangkan Hj. Amiruddin sedang berusaha siasatan dilakukan menggunakan akta lain kerana beliau amat yakin mereka dipihak yang benar.

nooraida-seksi-03
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...