Pages

Ads 468x60px

Labels

BELUM SAMPAI SETAHUN PERKAHWINAN, REMAJA 13 TAHUN DICERAI TALAK 3



KULIM: Kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulangtahun pertama perkahwinan, pasangan muda Nor Fazira Saad, 13 dan Mohd Fahmi Alias, 20, disahkan bercerai dengan talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.

Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43, berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan.

Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya.



Buat masa ini, Nor Fazira tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali tenang.

Harian Metro turut melaporkan kegagalan untuk menghubungi keluarga Mohd Fahmi untuk mendapatkan maklum balas.



Nor Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008.

Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di Masjid Kampung Padang Cina dengan mas kahwin RM1,500 serta wang hantaran RM4,552 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012.

Berdasarkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), terdapat kira-kira 1,165 permohonan untuk berkahwin pada 2012 dan Mahkamah Syariah telah meluluskan 1,022 daripada permohonan terbabit.

Ia merupakan peningkatan berbanding rekod 2011, iaitu kira-kira 900 perkahwinan.

BEGINILAH JIKA KAHWIN TERPAKSA

Siapa tak suka bila jadi Raja sehari kan? Semestinya semua orang akan senyum sampai ke telinga. Tetapi tidak bagi pengantin perempuan pasangan di bawah ini. Muka masam je sepanjang majlis berlangsung. Adakah dia sedih kegembiraan? Atau pada saat-saat akhir dia dapat tahu yang dia tersalah kahwin?







3 HARI KELUAR MAKAN BERSAMA, JOHAN AS'ARI NEKAD MELAMAR LANA NORDIN


Tatkala kami membaca artikel mengenai Johan As’ari, 27, yang telah melamar Lana Nordin, 34, setelah tiga hari berkenalan di sisipan HIP Berita Harian (BH) pada hari ini, kami mengatakan, “Beh, mesti gimik drama saja -_-”.
Tetapi semakin kami membacanya, semakin jelas bahawa ia bukan gimik atau dongengan. Johan As’ari, pelakon yang baru-baru ini digembar-gemburkan rapat dengan Shila Amzah, penyanyi sedang mencipta nama di luar negara, telah membuat pengakuan yang dirinya telah melamar pelakon seksi lagi meletup, iaitu Lana Nordin untuk dijadikan isteri berdasarkan ‘gerak hati’.
Jodoh, pertemuan, ajal, maut adalah ketentuan-Nya. Kita tidak tahu bila ia datang. Perasaan saya cukup kuat bagai ada suis yang mendorong saya merapatinya. Kami berborak panjang pada majlis itu.
Selepas bertukar nombor, kami keluar makan tiga hari berturut-turut sebelum saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya.
Lana sangat menyenangkan. Dia nampak lincah, tetapi dia mempunyai kelembutan tersendiri. Memang dia sendiri tekejut dan bertanya semula. Mungkin tiga hari terlampau awal untuk menyelami hati seseorang. Saya yakin cinta kami akan terus bersemi selepas kahwin.

Johan turut menambah yang dirinya sudah bersedia menjadi suami dan dia turut memberitahu yang pilihannya direstui oleh keluarga Shila Amzah yang dikaitkan dengannya baru-baru ini.

lana nordin Johan As’ari Bakal Kahwini Lana Nordin
Mereka memberi saya restu. Bagi saya, Shila gadis baik dan bersopan-santun. Dia masih muda dan masih jauh perjalanannya. Dia bertuah kerana mempunyai keluarga yang sentiasa berada di belakang.
Johan memberitahu perkahwinan mereka besar kemungkinan akan dilangsungkan pada tahun hadapan. Tahniah diucapkan.

FIZO MENGHADIAHKAN MAWAR SEDULANG JONGKONG EMAS SEBERAT 1.011KG


Fizo membawa kelainan dengan menyerahkan hantaran berupa sedulang jongkong emas bertulis Fizo Love Mawar seberat 1.011kg sebagai simbolik tarikh pernikahan mereka dan sebagai tanda penghargaan & keikhlasan Mawar. Jongkong emas tersebut hasil kerja keras Fizo berlakon dan menjalankan perniagaan beberapa tahun ini.



7 dulang emas berbalas 9, mas kahwin bernilai RM506 turut di berikan kepada Mawar yang merupakan anak sulung dalam keluarga. Fizo dan Mawar bertunang sehari sebelum pernikahan mereka.Pasangan ini bakal mengadakan majlis resepsi pada awal Januari tahun hadapan di tiga lokasi iaitu di kampuang Mawar yang terletak di Pulau Pinang, majlis menyambut tetamu di kampong Fizo yang terletak di Kelantan dan sebuah majlis di Kuala Lumpur.


Mempelai merancang untuk berbulan madu ke beberapa negara  Eropah pada Disember ini selama lebih kurang 3 minggu.

VIDEO MENYAYAT HATI - KASIHAN ANAK KECIL INI MAUT DALAM KEMALANGAN NGERI


Waspada ketika memandu. Lihatlah wajah anak dan isteri di sisi ketika memandu. Perkara yang terjadi tidak boleh diputar semula. Kepada pembaca yang lain, jadikan video ini pengajaran supaya lebih berhati-hati ketika memandu. Nyawa anak kita tidak dapat digantikan dengan wang ringgit. Hargailah dan kasihilah nyawa mereka.

Bagi yang lemah semangat dinasihatkan tidak menonton video yang admin kongsikan ini.


VIDEO WANITA LAHIRKAN BAYI KETIKA BERJALAN

Seorang gadis remaja dari sebuah daerah Bağcılar Istanbul Turki telah melahirkan anaknya ketika berjalan!

Tak percaya?

Kejadian ini telah dirakamkan oleh CCTV pengawas lalulintas di sebatang jalan di daerah tersebut. Umur gadis tersebut dalam lingkungan 16 tahun.

Alkisahnya dari rakaman itu..

Menurut sumber, gadis dan ibu bapanya dalam perjalanan ke hospital..Namun dalam perjalanan ke hospital , bayi tersebut entah macammana terkeluar dari rahim si gadis tersebut. Panik! bayi tersebut di tinggal begitu saja di tepi jalan dengan keadaan masih berlumuran darah. 

Mujur bayi tersebut di jumpai seorang pemuda yang kebetulan lalu di jalan tersebut. Lantas meminta bantuan penduduk tempatan dan membuat laporan kepada pihak Polis.

Sejurus kemudian polis datang dan membawa bayi itu ke hospital berdekatan, untuk diberikan rawatan. Berdasarkan sumber dari saksi dan warga tempatan, pihak Polis boleh mencari orang tua dari bayi tersebut dan langsung diminta keterangan. Keadaan bayi tersebut saat ini dalam keadaan baik dan sihat di hospital.

gila lah..tinggal camtu jek…! huh. 

Ini videonya…


9 BAYI NYARIS JADI MANGSA SINDIKET PENJUALAN BAYI



GEORGETOWN - Polis menumpaskan satu sindiket menjual bayi dan kanak-kanak yang bergiat aktif di Pulau Pinang sejak 2009 berikutan penahanan 33 suspek termasuk seorang doktor klinik swasta dan seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Mereka juga berjaya menyelamatkan sembilan bayi dan kanak-kanak berusia antara dua bulan sehingga lapan tahun, yang dipercayai dijual oleh sindiket berkenaan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, susulan aduan yang diterima, pihaknya menubuhkan pasukan khas "Aktif Som" di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang untuk menjalankan risikan dan melancarkan ops dalam usaha mengesan sindiket menjual bayi.

Ia dilakukan setelah menerima laporan bahawa seorang wanita warga asing menjaul bayi berusia 40 hari dengan harga RM4,300 pada awal Disember lalu.

"Tiga bayi lelaki dan enam bayi perempuan diselamatkan dengan kerjasama IPK Pulau Pinang, Kedah dan Perak, di tempat, masa dan hari yang berlainan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, bayi dan kanak-kanak diselamatkan itu terdiri daripada tujuh warga Thai, satu warga Bangladesh dan satu bayi tempatan.

Menurutnya, pasukan itu dianggotai 25 pegawai dan anggota berjaya menahan 33 suspek termasuk tiga warga Indonesia dan seorang warga Thai.

"Polis turut merampas 19 telefon bimbit pelbagai jenama, dua kereta, lima mykid yang sah, 14 sijil kelahiran yang sah, 18 kad perubatan dan wang tunai RM15,000 daripada semua suspek berusia lingkungan 23 hingga 62 tahun," katanya.

Abdul Rahim berkata, sindiket itu diketuai seorang wanita tempatan dengan menyasarkan wanita warga Indonesia dan Thai yang mengandung anak luar nikah dan berkesempitan wang sebagai sumber untuk mengaut keuntungan.

"Bayi dilahirkan oleh warga asing itu dijual mengikut pakej antara RM18,000 hingga RM30,000 berdasarkan rupa paras dan jantina atau kanak-kanak kepada pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak.

"Siasatan awal mendapati sindiket ini hanya membayar RM2,500 hingga RM4,500 kepada ibu yang mengandung," katanya.

Beliau berkata, kesemua bayi dan kanak-kanak yang diselamatkan itu berada di satu tempat yang selamat, sehingga menunggu perintah mahkamah untuk tindakan susulan.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda," katanya. -SH

PASANGAN BOGEL BERASMARA DICEKUP KERANA KERETA BERGOYANG!!!



PETALING JAYA : Sepasang kekasih yang asyik dengan tanpa segan silu berasmara dalam kenderaan di hadapan rumahnya di Jalan SS 5a/15, Kelana Jaya dicekup oleh anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) SS 5a dalam keadaan berbogel.

Perbuatan tidak bermoral yang dilakukan pada jam 12 malam itu disedari penduduk yang melakukan rondaan di sekitar kawasan tersebut.

Pada mulanya, mereka tersentak selepas melihat sebuah kenderaan pelbagai guna yang terletak di bahu jalan bergoyang.

Ahli Jawatankuasa KRT Zuhri Othman berkata, hasil intipan dilakukan mendapati terdapat bayangan orang seperti sedang menari dalam kenderaan itu.

Mengesyaki terdapat aktiviti tidak bermoral berlaku, penduduk menghampiri kereta terbabit dan dapat melihat dengan jelas, lelaki dan wanita bertelanjang bulat sedang terbaring berpelukan.

“Bila kami ketuk cermin, kedua-duanya bingkas bangun dan hanya sempat menutup anggota sulit masing-masing dengan pakaian dan tangan,” katanya

Zuhri berkata, remaja lelaki berusia 19 tahun yang dicekup berkenaan adalah penuntut sebuah kolej swasta

Katanya, remaja itu mengaku baru pulang menonton wayang mahu menghantar teman wanitanya pulang.

Ketika kejadian, ibu bapa remaja perempuan itu sedang nyenyak tidur dan tidak langsung menyedari kelakuan sumbang anaknya di luar rumah.

“Mereka merayu meminta supaya tidak dikenakan tindakan tegas dan penduduk menasihati pasangan itu supaya tidak mengulangi perbuatan terbabit.

“Rekod dan butiran diri mereka diambil sebelum dibenarkan pulang,” katanya. – Sinar Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...